Kadar Mas Kahwin Mengikut Negeri di Malaysia

Kadar Mas Kahwin Mengikut Negeri di Malaysia


Senarai kadar mahar di atas adalah dirujuk daripada JAKIM. 

Saya pasti bagi negeri Selangor kadar mas kahwinnya tidak berubah iaitu masih RM 300 bagi orang kebanyakan (orang biasa). Bagi negeri-negeri lain, ada yang menyatakan mas kahwin telah berubah. Yang pasti, anda boleh rujuk ke JAKIM terus untuk maklumat yang paling tepat. Sekiranya sukar atau gagal menghubungi JAKIM, anda boleh bertanya kepada penolong pendaftar nikah anda ataupun kawan-kawan satu negeri anda yang baru berkahwin.

Bagi yang tertanya-tanya mas kahwin ini apa dan bila nak bagi, di sini akan saya jelaskan serba sedikit untuk anda.

Apa itu mas kahwin?

Mas kahwin atau juga dikenali sebagai mahar merupakan pemberian wajib suami kepada isteri. Pemberian mas kahwin ini akan menjadi hak sepenuhnya isteri. Dinasihatkan agar pemberian mas kahwin ini adalah dalam bentuk tunai agar memudahkan urusan majlis yang akan dilangsungkan.

Bilakah mas kahwin harus diberi?

Mahar haruslah diberi ketika majlis akad nikah dilangsungkan tidak kira anda ingin melangsungkan majlis akad nikah anda di masjid, dewan, rumah atau di mana sahaja yang elok anda hajatkan. Mas kahwin ini sebaik-baiknya diberi dalam bentuk tunai. 

Mas kahwin ini bolehlah digubah menjadi bunga dan apa sahaja yang mudah untuk dikira kemudian oleh tok kadi (sebelum akad selalunya tok kadi akan tanya dan tengok). Bagi sesetengah daerah di negeri Selangor, ada tok kadi yang kira mas kahwin nak pastikan cukup atau tidak seperti nilai yang telah diisi di dalam borang.

Kadar mahar wajib diberi seperti yang telah ditetapkan oleh JAKIM iaitu mengikut negeri. Sekiranya anda berkahwin di Selangor, maka mas kahwinnya adalah RM 300. Ini adalah minima. Terpulang kepada anda untuk memberi lebih tapi tidaklah kurang dari yang telah ditetapkan. Ada negeri seperi Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis yang tidak menetapkan mas kahwin. 

Sebagai contoh, pasangan yang berkahwin di negeri Kelantan, mas kahwinnya boleh menjadi RM 10,000. Ada juga yang meletakkan mas kahwin mengikut tarikh mereka bersama, tarikh lahir, mengikut taraf pendidikan, pangkat, kebesaran dan sebagainya. Secara terangnya, mas kahwin yang asal di negara ini ditetapkan juga mengikut darjat, kebesaran dan sebagainya.

Maka, terpulanglah kepada suami untuk memberi seberapa nilai mas kahwin kepada isteri asalkan yang wajib itu diberikan dan dipenuhkan. Jangan keliru, mas kahwin dan hantaran adalah berbeza. Boleh baca dengan lebih lanjut tentang wang hantaran di artikel saya http://www.sofianaznim.com/2014/12/isu-wang-hantaran.html

Semoga artikel ni membantu serba sedikit dalam memahami tentang mas kahwin. ;)

Post a Comment

17 Comments

  1. thanx ats info, sgt berguna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Petra. Semoga urusan anda berjalan dengan baik hendak-Nya. =)

      Delete
  2. salam.. still valid ke nilai tu? sampai hujung tahun?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Berdasarkan pengetahuan saya, masih valid terutama bagi negeri Selangor dengan kadar mas kahwin RM 300. Sekiranya Tuan/Puan inginkan kepastian, cuba hubungi Jabatan Agama Negeri di mana tempat mastautin bakal pengantin wanita. =)

      Delete
  3. Mas kahwin ni based on alamat perempuan, or lokasi tmpt nikah? Cthnya kalau orang selangor nikah kat kl, kadar mas kahwin ikut negeri selangor atau wilayah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadar mas kahwin berdasarkan alamat di kad pengenalan bakal pengantin perempuan. Sekiranya alamat di Selangor, maka kadar mas kahwin adalah berdasarkan kadar negeri Selangor. Untuk maklumat lanjut, saudari dinasihati untuk merujuk kepada penolong pendaftar nikah di masjid yang terdekat. InsyaAllah mereka dapat menerangkan segala proses pernikahan dengan lebih jelas kepada saudari. Terima kasih Adina kerana sudi singgah di blog saya. Semoga saya dapat membantu Adina sedikit sebanyak. Selamat menjalani alam perkahwinan dengan penuh bahagia. =)

      Delete
  4. Sekiranya pihak lelaki bagi mas kawin rm5000 tapi kita tulis kat form tu rm300 je.boleh kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Form yang perlu tulis berapa harga mas kahwin yang perlu diberi itu hanya perlu diisi ketika hari nikah selepas akad nikah dilangsungkan. Yang wajib diberi adalah RM 300 tetapi sekiranya pihak lelaki ingin memberi lebih, seharusnya jumlah itu ditulis dalam form tersebut. Bahagian jumlah dan hantaran/hadiah dalam form tersebut sebenarnya harus dilengkapkan oleh penolong pendaftar nikah yang menikahkan saudari dan pasangan pada hari pernikahan. Sebaiknya dikosongkan bahagian jumlah tersebut dan rujuk kepada penolong pendaftar nikah yang akan menikahkan saudari dan bakal suami. Pastikan borang tersebut lengkap dan sentiasa rujuk kepada penolong pendaftar nikah saudari agar semuanya lengkap dan tepat. Semoga semua urusan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. =)

      Delete
  5. Sy nk Tanya. Penetapan mas kahwin ni mengikut apa ? Ikut negeri kelahiran atau negeri tempat nikah atau negeri tempat tinggal ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadar mas kahwin berdasarkan alamat di kad pengenalan bakal pengantin perempuan. Sekiranya alamat di Selangor, maka kadar mas kahwin adalah berdasarkan kadar negeri Selangor. Untuk maklumat lanjut, saudari Intan dinasihati untuk merujuk kepada penolong pendaftar nikah di masjid yang terdekat. InsyaAllah mereka dapat menerangkan segala proses pernikahan dengan lebih jelas kepada saudari. Terima kasih Intan kerana sudi singgah di blog saya. Semoga saya dapat membantu Intan sedikit sebanyak. Selamat menjalani alam perkahwinan dengan penuh bahagia. =)

      Delete
  6. upah kadi dan saksi bagi selangor berape?

    ReplyDelete
  7. Dalam borang prosedur perkahwinan negeri ada tertulis jumlah yang perlu diberikan. Pendaftar nikah juga akan minta sediakan sebelum majlis nikah dilangsungkan. Untuk kepastian boleh rujuk kepada pendaftar nikah/tok kadi anda. Secara amnya, pengantin lelaki yang harus sediakan upah nikah ini. Recommended untuk buat 4 sampul. Sampul pertama untuk Jurunikah RM200, sampul kedua untuk Registration RM20, sampul ketiga untuk Saksi 1 RM50, sampul keempat untuk Saksi 2 RM50. Jadi jumlah semua ialah RM320. Ini ialah jumlah yg dicadangkan. Sekiranya nak tambah, dialu-alukan. =)

    ReplyDelete
  8. Dalam borang prosedur perkahwinan negeri ada tertulis jumlah yang perlu diberikan. Pendaftar nikah juga akan minta sediakan sebelum majlis nikah dilangsungkan. Untuk kepastian boleh rujuk kepada pendaftar nikah/tok kadi anda. Secara amnya, pengantin lelaki yang harus sediakan upah nikah ini. Recommended untuk buat 4 sampul. Sampul pertama untuk Jurunikah RM200, sampul kedua untuk Registration RM20, sampul ketiga untuk Saksi 1 RM50, sampul keempat untuk Saksi 2 RM50. Jadi jumlah semua ialah RM320. Ini ialah jumlah yg dicadangkan. Sekiranya nak tambah, dialu-alukan. =)

    ReplyDelete
  9. kalau mas kawin untuk orang dari luar negeri bagaimana? luar negara malaysia?. misal orang malaysia menikahi orang indonesia. bagaimana mahar yg wajar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya nasihatkan agar Dewi terus berhubung dengan Jabatan Agama di mana tempat dewi bercadang untuk bernikah dengan bakal suami. Boleh bertanya dengan mereka kerana mungkin syarat dan harga berbeza kerana perkahwinan melibatkan dua negara. Mahar yang wajar adalah mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh jabatan agama. Kadar lebih tak mengapa. Jangan kurang sahaja. Semoga membantu serba sedikit. =)

      Delete
  10. Assalamualaikum, saya nak tahu dari mana ye ambil sumber nilai mas kahwin ni? saya cari di laman web jakim tak jumapa.. boleh tolong bagi link..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Saya dapat sumber ni dari sahabat yang dapat sumber dari JAKIM juga. Saya tulis ni sebab saya pun tak dapat nak jumpa kat laman web mereka. Link laman web tersebut ada kadar mas kahwin untuk Negeri Sembilan je. Kalau awak nak kepastian, terus contact JAKIM tanya berapa kadar untuk negeri yang awak nak tahu. Manalah tahu harga dah naik. Tapi last time, Selangor memang RM 300. Hopefully membantu. =)

      Delete