Prosedur Perkahwinan Islam Selangor (1st step sehingga selamat menikah)



Buat mereka yang beragama Islam, ini adalah prosedur wajib yang harus dijalankan bagi bergelar suami dan isteri yang sah di negara Malaysia. 

Sekiranya anda anak Selangor, ini adalah info khas untuk anda dan pasangan. Sekiranya anda sudah pasti dengan calon pilihan hati untuk mendirikan rumahtangga bersama, sebaik-baiknya bacalah prosedur ini bersama dia supaya sama-sama dapat memahami prosedur ini agar urusan dapat dijalankan dengan mudah.

Prosedur ini akan menjadi mudah kalau kita memahami aturannya dan melakukannya mengikut tatacaranya. Asasnya ia dipanggil sebagai prosedur, maka eloklah kita lakukannya mengikut langkah seperti yang telah disarankan. :)

Prosedur Permohonan Nikah Selangor

Bakal Pengantin Lelaki

Step 1

Masuk ke laman sesawang ncr.jais.gov.my. Pastikan anda dan pasangan mendaftar masuk ke Sistem NCR Online JAIS.

Muat turun Borang 2A dan cetak. (Untuk pemohon lelaki sahaja)

Isi Borang 2A tersebut dengan lengkap. Pastikan mengguna dakwat hitam/biru yang tidak basah dan isikan borang tersebut dengan menggunakan huruf besar. JANGAN tandatangan borang tersebut terlebih dahulu kerana tandatangan akan dibuat di hadapan penolong pendaftar nikah kemudian.


Step 2

Setelah selesai mengisi Borang 2A, pastikan dokumen-dokumen seperti di bawah ini sudah lengkap dan disediakan. Dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut:-

1)     Salinan kad pengenalan pemohon.
2)     Salinan kad pengenalan 2 orang saksi. (Saksi tidak perlu sama dengan saksi ketika akad  nikah, saksi ini adalah untuk memastikan bahawa pemohon itu adalah bujang.)
3)     Salinan sijil kursus pra-perkahwinan. (Pastikan anda telah menghadiri kursus pra-perkahwinan dan mendapat sijil sah yang diiktiraf oleh JAIS.)
4)    Salinan keputusan ujian HIV. (Ujian saringan HIV hanya boleh dilakukan di Klinik Kerajaan sahaja. Keputusan HIV dari Klinik Swasta tidak akan diterima-pakai.)
5)   Surat pengesahan mastautin pemohon daripada penghulu/ketua kampung/nazir masjid/pengerusi JKKK/pengerusi jawatankuasa penduduk taman perumahan. (Sekiranya alamat rumah terkini pemohon bukan sama seperti di dalam kad pengenalan.) (Borang 1A-Akuan Pengesahan Permastautin)
6)     Surat perakuan cerai/kematian pasangan. (Jika pemohon duda)
7)     Surat/kad perakuan Islam dan salinannya. (Jika pemohon mualaf)
8)     Surat kelulusan dari kagat/PDRM. (Jika pemohon anggota tentera/polis)


Step 3

Setelah memastikan Step 1 dan Step 2 tadi telah selesai dijalankan, pemohon dan dua orang saksi tadi hendaklah berjumpa dengan penolong pendaftar nikah di mana pemohon bermastautin (masjid terdekat) untuk mendapatkan pengesahan dan sokongan berkahwin.

Sekiranya tiada penolong pendaftar nikah di kawasan itu atau penolong pendaftar nikah pergi bercuti, sakit dan sebagainya, pemohon boleh pergi ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).

Pemohon dan kedua-dua saksi tadi akan menandatangani borang-borang di hadapan penolong pendaftar nikah/pegawai di Pejabat Agama Islam Derah (PAID).

Pastikan penolong pendaftar nikah/pegawai di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) tersebut telah menandatangani borang borang-borang tersebut bersertakan tarikh dan cop rasmi di borang pemohon.


Step 4

Pemohon hendaklah pergi ke Pejabat Islam Daerah (PAID) (contoh di Shah Alam) di mana pemohon bermastautin untuk mendapatkan kelulusan/kebenaran berkahwin. 2 orang saksi tadi tidak perlu lagi hadir.

Kelulusan/kebenaran berkahwin ini akan diperolehi dalam masa yang sama sekiranya semua borang-borang lengkap dengan bayaran RM 10.

Permohonan nikah setelah mendapatkan kebenaran PAID hanya sah laku selama 3 bulan. Pastikan anda tidak terlalu awal atau terlalu lambat untuk membuat permohonan nikah anda berdasarkan tarikh majlis akad nikah anda. Tempoh masa yang digalakkan untuk membuat permohonan perkahwinan adalah sebulan setengah sebelum tarikh majlis akad nikah dilangsungkan.


Step 5

Surat/borang kebenaran pernikahan yang telah diluluskan tadi bolehlah beri kepada pihak perempuan.


Bakal Pengantin Perempuan


Step 1

Masuk ke laman sesawang ncr.jais.gov.my. Pastikan anda dan pasangan mendaftar masuk ke Sistem NCR Online JAIS. (Ingatkan bakal suami anda sekiranya dia belum mendaftar)

Muat turun dan cetak Borang 2C dan Borang 2D. (Untuk pemohon perempuan sahaja)

Isi Borang 2C dan Borang 2D tersebut dengan lengkap. Pastikan mengguna dakwat hitam/biru yang tidak basah dan isikan borang tersebut dengan menggunakan huruf besar. JANGAN tandatangan borang tersebut terlebih dahulu kerana tandatangan akan dibuat di hadapan penolong pendaftar nikah kemudian.


Step 2

Setelah selesai mengisi Borang 2C (Borang Permohonan Perempuan) dan Borang 2D (Borang Perwakilan dan Wakalah Wali), pastikan dokumen-dokumen seperti di bawah ini sudah lengkap dan disediakan. Dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut:-

1)    Salinan kad pengenalan pemohon.
2)    Salinan kad pengenalan 2 orang saksi. (Saksi tidak perlu sama dengan saksi ketika akad nikah, saksi ini adalah untuk memastikan bahawa pemohon itu adalah bujang.)
3)    Salinan sijil kursus pra-perkahwinan. (Pastikan anda telah menghadiri kursus pra-perkahwinan dan mendapat sijil sah yang diiktiraf oleh JAIS.)
4)    Salinan keputusan ujian HIV. (Ujian saringan HIV hanya boleh dilakukan di Klinik Kerajaan sahaja. Keputusan HIV dari Klinik Swasta tidak akan diterima-pakai.)
5)    Salinan borang permohonan 2C. (Jika permohonan nikah luar daerah/negeri/negara.)
6)    Surat pengesahan mastautin pemohon daripada penghulu/ketua kampung/nazir masjid/pengerusi JKKK/pengerusi jawatankuasa penduduk taman perumahan. (Sekiranya alamat rumah terkini pemohon bukan sama seperti di dalam kad pengenalan.)
7)    Surat kelulusan/kebenaran berkahwin lelaki. (Surat yang telah diluluskan kepada bakal suami di Step 5.)
8)    Surat perakuan/pengesahan/akuan sumpah nikah ibu bapa (Jika pemohon perempuan adalah anak sulung atau walinya adalah abang lelaki yang sulung.)
9)    Surat wakalah. (Jika wali tidak dapat hadir semasa akad nikah.)
10)  Surat perakuan/akuan sumpah kematian wali. (Jika bapa telah meninggal dunia.)
11)  Surat/kad perakuan Islam dan salinannya. (Jika pemohon mualaf)
12)  Surat kelulusan dari kagat/PDRM. (Jika pemohon anggota tentera/polis)
13)  Surat perakuan cerai/kematian pasangan dan salinannya. (Jika pemohon janda/balu)


Step 3

Setelah memastikan Step 1 dan Step 2 tadi telah selesai dijalankan, pemohon, wali yang sah dan dua orang saksi tadi hendaklah berjumpa dengan penolong pendaftar nikah di mana pemohon bermastautin (masjid terdekat) untuk mendapatkan pengesahan dan sokongan berkahwin. 2 orang saksi tersebut perlu mengenali wali pemohon.

Sekiranya tiada penolong pendaftar nikah di kawasan itu atau penolong pendaftar nikah pergi bercuti, sakit dan sebagainya, pemohon boleh pergi ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).

Pemohon, wali yang sah, dan kedua-dua saksi tadi akan menandatangani borang-borang di hadapan penolong pendaftar nikah/pegawai di Pejabat Agama Islam Derah (PAID).

Pastikan penolong pendaftar nikah/pegawai di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) tersebut telah menandatangani borang borang-borang tersebut bersertakan tarikh dan cop rasmi di borang pemohon.


Step 4

Pemohon hendaklah pergi ke Pejabat Islam Daerah (PAID) (contoh di Shah Alam) di mana pemohon bermastautin untuk mendapatkan kelulusan/kebenaran berkahwin. Wali dan 2 orang saksi tadi tidak perlu lagi hadir.

Kelulusan/kebenaran berkahwin ini akan diperolehi dalam masa yang sama sekiranya semua borang-borang lengkap dengan bayaran RM 10.

Surat kebenaran berkahwin yang diperoleh mestilah diserahkan kepada penolong pendaftar nikah sebelum majlis akad nikah dijalankan.

Permohonan nikah setelah mendapatkan kebenaran PAID hanya sah laku selama 3 bulan. Pastikan anda tidak terlalu awal atau terlalu lambat untuk membuat permohonan nikah anda berdasarkan tarikh majlis akad nikah anda. Tempoh masa yang digalakkan untuk membuat permohonan perkahwinan adalah sebulan setengah sebelum tarikh majlis akad nikah dilangsungkan.


Step Terakhir Bagi Pemohon Lelaki dan Perempuan

Surat perakuan nikah boleh diambil selepas 14 hari (2 minggu) dari tarikh penolong pendaftar nikah menghantar borang dan dokumen nikah ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) untuk didaftarkan.

Surat perakuan nikah boleh diambil oleh suami dan isteri sahaja (dua-dua). Pastikan anda menandatangani akuan penerimaan ketika mengambil surat tersebut.

Pastikan suami anda menandatangani ruangan ta’liq pada surat pengakuan nikah berwarna biru.


Friendly Reminder:

Pastikan anda dan tunang anda menghadiri kursus pra-perkahwinan bersama sekiranya masing-masing belum berbuat demikian. Usahlah sekadar menghadiri dan mendapatkan sijil, tetapi menghayati bersama apa yang disampaikan bagi kebaikan rumahtangga yang mendatang.

Jangan lupa untuk menjalani ujian saringan HIV di klinik kerajaan sahaja. Anda boleh juga melakukan ujian HIV bersama tunang anda dan pastikan datang seawal klinik dibuka untuk mengelakkan kekecewaan beratur panjang atau tidak dapat mengambil keputusan pada hari yang sama. Temu janji tidak dilayan sama sekali.

Sekiranya anda dan pasangan anda tinggal di daerah dan kawasan yang sama, anda berdua bolehlah menguruskan prosedur ini bersama-sama kerana ia lebih memudahkan dan menjimatkan masa serta mengeratkan rasa kasih sayang dan tanggungjawab bersama.

Semoga artikel ini sedikit sebanyak membantu anda dan pasangan. Semoga semuanya akan berjalan dengan lancar. =)


Update: Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia Terikini - 2021 

Post a Comment

286 Comments

  1. kenapa link tak boleh pakai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini link untuk saudara/saudari bagi post Prosedur Perkahwinan Islam
      http://persadaperkahwinan.blogspot.com/2014/12/prosedur-perkahwinan-islam-selangor.html

      Semoga membantu =)

      Delete
    2. Laman web jais kini boleh dilayari. Boleh cuba log in dan selesaikan urusan pengisian borang. =)

      Delete
    3. nie link dia : http://ncr.jais.gov.my
      takde www kt depan tu..

      Delete
    4. Thanks cik Sofia Naznim, blog nie sgt membantu :)

      Delete
    5. Terima kasih juga kepada awak kerana banyak membantu. Saya telah menukar semula link website jais. Syukur, I'm happy kalau blog ini dapat membantu awak dan juga yang lain. Semoga bermanfaat. Thank you so much..=)

      Delete
    6. Kalau pihak lelaki dari selangor, n perempuan dari terengganu macam mane proses dia..

      Delete
    7. Sebagai contoh kalau awak bernikah di Selangor, awak perlu isi borang bermastautin Selangor. Kiranya, awak perlu completekan 2 borang nikah. Mula-mula isi borang kebenaran negeri (lelaki) then isi borang kebenaran negeri (perempuan)-Terengganu, lepas dah settle yang Terengganu, bawa semua borang lelaki+perempuan yang dah complete ke negeri awak nak bernikah tu (Selangor) dan isi borang negeri tu pula. Prosesnya agak rumit dan dinasihatkan untuk awak start lengkapkan borang awal sebelum tarikh akad nikah. Untuk kepastian yang jitu dan makluman lanjut, saya syorkan awak untuk telefon pejabat agama. =)

      Delete
    8. Maaf nk mencelah sikit =) borang Permastautinan tu cuma perlu diisi jia alamat dalam ic BERBEZA daerah dgn rumah tpt pemohon tu tinggal..

      yang lain tu sama mcm penerangan tu =)

      Delete
    9. Betul tu Rafina. Thank you for sharing. =)

      Delete
    10. Assalamualaikum..Sye Nak tnya..Klau lelaki dr negeri selangor Nak bnikah di kl..mcm mne prosedur yerk??mohon pencerahan..tq

      Delete
  2. Ye... kenapa tak boleh pakai link www.ncr.jais.gov.my tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah cuba berkali-kali untuk log in ke ncr jais tapi tak ada. Kawan-kawan yang lain pun tak dapat juga. Malah laman web rasmi jais pun tak dapat nak log in. Kemungkinan besar server mereka down.

      Delete
    2. Laman web jais kini boleh dilayari. Boleh cuba log in dan selesaikan urusan pengisian borang. =)

      Delete
    3. nie link dia : ncr.jais.gov.my
      takde www kt depan tu..

      Delete
    4. Tepat sekali. Tiada www di depan dan saya telah update semula link tersebut. Thank you very much for the update and great help! =)

      Delete
  3. page www.ncr.jais.gov.my asyik error...tak boleh bukak..kenapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah cuba berkali-kali untuk log in ke ncr jais tapi tak ada. Kawan-kawan yang lain pun tak dapat juga. Malah laman web rasmi jais pun tak dapat nak log in. Kemungkinan besar server mereka down buat masa sekarang.

      Delete
    2. ingat aku sorg je yg pening...huhu

      Delete
    3. click link nie dulu, http://ncr.jais.gov.my/index.php/dashboard/perkahwinanProcedur pastu click laman utama untuk daftar.

      Delete
  4. tak boleh buka laman web. bummer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laman web jais kini boleh dilayari. Boleh cuba log in dan selesaikan urusan pengisian borang. =)

      Delete
  5. dekat mana boleh sy ambil borang utk saringan HIV?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak boleh ambil borang saringan dekat klinik kesihatan kerajaan atau hospital kerajaan. Nanti nak pergi buat saringan mereka akan beri borang untuk awak dan pasangan.

      Delete
  6. Saya ambil borang terus di perjabat agama.. Dari bulan 8 saya cuba buka laman web jais tapi gagal. Tak perlu bayar untuk ambil borang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laman web jais kini boleh dilayari. Boleh cuba log in dan selesaikan urusan pengisian borang. =)

      Delete
  7. kalau pengantin perempuan bukan orang selangor pun kena daftar jugak ke dalam website ni ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daftar mengikut negeri dalam IC pengantin perempuan. Contoh negeri Perak, daftar mengikut jabatan agama Islam Perak.

      Delete
  8. Setahu sy website tu kena godam atau hack. Segala urusan perlu la ke pejabat agama utk mengisi borang secara manual.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laman web jais kini boleh dilayari. Boleh cuba log in dan selesaikan urusan pengisian borang. =)

      Delete
  9. thanks sis for the info..
    kira skang ni semua isi online eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Most welcome Kyo =)
      Betul tu. Sekarang semua isi online. Tapi jangan lupa print borang yang dah diisi secara online untuk beri kepada jurunikah nanti ya.

      Delete
  10. saksi borang susah la nak hadir.. ada yang berada di johor..dan sorang lagi bekerja.. takkan nak ambil cuti semata2 nak sign borang nikah saya.. T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saksi memang wajib hadir ketika proses tandatangan borang depan pendaftar/jurunikah. Mungkin Cik Ajie boleh try cari saksi lain yang benar-benar available untuk hari yang semua free dan tinggal berdekatan dengan tempat mendaftar.

      Hanya pastikan ada saksi iaitu lelaki berumur 18 tahun ke atas dan mengenali Cik (pemohon) dan pasangan. Kedua-dua saksi ni boleh tolong both of you instead of 4 saksi. Confirmkan juga dengan jurunikah Cik Ajie. Cari masa yang sesuai untuk semua berkumpul beserta wali Cik. =)

      Delete
  11. Salam...klu sy org perak,perempuan pulak org sabah?mcm mne pulak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..
      1) Pihak lelaki boleh selesaikan dokumen di negeri asal iaitu Perak. (Buat Step 1 and 2)
      2) Pihak perempuan settlekan dokumennya di Sabah. (Buat Step 1 and 2)
      3) Lepas semua dokumen pihak lelaki dah settle, baru beri kepada pihak perempuan.
      4) Boleh jumpa jurunikah/pendaftar nikah (di tempat pihak perempuan) selepas kedua-dua dokumen lelaki dan perempuan dah lengkap.

      Semoga membantu. =)

      Delete
  12. Salam, nak tanya. nak jadi saksi dalam borang nikah apa syarat-syaratnya? Kawan perempuan boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Diyana. Kawan perempuan tak boleh. =( Syarat saksi adalah lelaki yang berumur 18 tahun ke atas dan mengenali Cik/Encik. Kalau saksi lelaki tu kenal dua-dua (Cik dan pasangan) lagi bagus. Senang sikit. Pastikan ada 2 saksi lelaki seperti yang telah dinyatakan. =)

      Delete
  13. maaf la sy msih tak phm..bile da isi on9 and print borg bleh isi..tp jgn hantar dlukn kt PAID...sje nk prepair awl..nati tros hantar je..nikah bln dpn..hrp bls ye..tq

    ReplyDelete
  14. Hi Amira. Betul tu. Jangan hantar terus kat PAID. Lepas Amira print borang, isi maklumat tapi make sure jangan tandatangan dulu sebab nanti awak dan pasangan kena tandatangan depan jurunikah/pendaftar (rujuk Step 3).

    Seandainya tiada jurunikah di kawasan tersebut atau jurunikah sakit, pergi cuti dan sebagainya, barulah kena pergi PAID. Tapi kalau jurunikah ada and after semua proses tandatangan selesai beserta saksi-saksi dan wali, barulah pergi ke PAID dengan pasangan anda. Dua-dua wajib hadir ke PAID.

    Pastikan Amira hantar borang yang dah lengkap beserta dokumen-dokumen wajib yang diperlukan sekurang-kurangnya sebulan setengah sebelum majlis. Saya syorkan untuk Amira selesaikan borang-borang tersebut dengan cepat sekiranya penikahan akan berlangsung tidak lama lagi untuk mengelakkan sebarang permasalahan.

    Saya harap semua akan berjalan dengan lancar dan semoga info ini membantu Amira dan pasangan. =)

    ReplyDelete
  15. trima kàsih ye..hehe..bkn bln dpn..thun dpn..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Amira. All the best to you and your future husband. =)

      Delete
  16. Salam...saya nak tnya...sya dh dpt borng kbnran nikah dri pjbt agama..then..org kt pjbt tu just ckp..bawak balik borng nie..msa hari akad nikah nt bawk bg tok kadi..mslhnya skrng..adakah tok kadi@imam kawasan tu dh dinformkn oleh pjbt agama..ataw kami perlu pergi brjmpa dngn dia untuk ttpkan waktu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Encik Rozaimie. Encik perlu isi borang nikah seperti prosedur yang telah saya share di atas. Pastikan borang-borang dan dokumen wajib ada. Buat appointment dengan tok kadi bagi menentukan tarikh, masa dan tempat nikah. Bawa bakal isteri bersama dan pastikan semua dokumen lengkap. Call tok kadi kalau boleh sebelum berjumpa. Nanti lepas dah jumpa tok kadi dan selesai semua step dalam prosedur, tunggu hari nikah je. Tok kadi akan bawa borang-borang yang diperlukan time nikah. =)

      Delete
  17. Assalamualaikum awk.. klau ic sy melaka tp nk nikah kt selangor mcm mne ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..Awak kena isi borang bermastautin Selangor kalau awak bernikah di Selangor. Kiranya, awak perlu completekan 2 borang nikah. Mula-mula isi borang kebenaran negeri Melaka, lepas dah settle yang Melaka, bawa semua borang lelaki+perempuan yang dah complete ke negeri awak nak bernikah tu (Selangor) dan isi borang negeri tu pula. Prosesnya agak rumit dan dinasihatkan untuk awak start lengkapkan borang awal sebelum tarikh akad nikah. Untuk kepastian yang jitu dan makluman lanjut, saya syorkan awak untuk telefon pejabat agama negeri atau pendaftar nikah. =)

      Delete
  18. Assalam, nak tanya kalau untuk saksi bujang, org bukan Islam boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Syarat menjadi saksi bagi nikah adalah wajib beragama Islam. =)

      Delete
  19. Salam miss sofia..jika saya orang selangor dan akan melangsungkan pernikahan di Selangor tetapi saya buat ujian HIVdi Perak dengan tunang saya, adakah ujian itu diterima oleh jabatan agama islam selangor nanti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam =) Boleh, InsyaAllah tiada masalah. Ujian HIV boleh diambil di mana-mana klinik atau hospital kerajaan. Selamat melangsungkan pernikahan dengan pasangan. =)

      Delete
  20. salam.. sy dan tunang org langkawi.. tp tunang sy kerja di shah alam.. dia dah mohon borg nikah di selangor.. tp 2x kena reject.. dia dah dptkan sign pngesahan bermastautin dr pengerusi tmpat tinggal.. bila pegi pjbt agama bwk saksi semua tu diorg ckp kena pegi jumpa ustaz surau tmpat tinggal pulak.. kenapa mcm tu pulak ya? kenapa diorg reject lg? majlis lg sebulan tp still tak settle lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nasihah. =) Nasihat saya adalah untuk meneliti semula senarai semak pihak lelaki (tunang). Ikut prosedur no 4, iaitu dapatkan pengesahan daripada penolong pendaftar nikah kariah (yang berada di surau atau masjid). Dah settle no 4, baru buat prosedur no 5, iaitu mendapatkan pengesahan dari PAID. Rujuk senarai semak di http://ncr.jais.gov.my/images/SenaraiSemakPermohonanNikahLelaki.pdf

      Semoga membantu saudari sedikit sebanyak.

      Delete
    2. Kalau ic 02 tapi saya dah duduk penang macam mana

      Delete
    3. Kalau awak nak bernikah di Penang, dapatkan borang nikah di pejabat agama Penang.

      Delete
  21. saya nak tanya ic saya selangor.. tunang saya wilayah persekutuan.. jadinya dikira luar daerah ke.... lagi 1 kalau buat 2 bulan setengah sebelum nak kahwin boleh juga ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiranya awak dan tunang di luar kariah. Untuk kepastian dan penerangan tentang kariah, Acap boleh rujuk terus ke JAIS. Sebaik-baiknya prepare dokumen 2 bulan sebelum pernikahan. Pastikan kursus kahwin dah selesai. Jalani juga ujian HIV bersama pasangan. Kiranya Acap dah boleh prepare semua dari sekarang. Pastikan semua dokumen lengkap mengikut prosedur. =)

      Delete
  22. as salam, sy nak tye. untuk negeri selangor, boleh ke pergi hiv test dlu n kemudia baru isi borang nikah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Boleh Ramizah. Saya dulu pun buat macam tu dulu juga. Lebih senang kalau dah selesai kursus kahwin dan HIV test, then baru senang sikit hati nak prepare dokumen yang lain-lain. Semoga semua berjalan dengan lancar. =)

      Delete
  23. Kalau ic number wilayah persekutuan. Duduk selangor tapi nak nikah di johor. Macam mana yer? Harap balas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahu saya kalau awak nak bernikah di Johor, awak kena dapatkan borang bermastautin di kawasan tempat awak nak melangsungkan majlis pernikahan. Sebagai contoh, nak kahwin di masjid Mersing, senang untuk awak kalau awak duduk di dalam kawasan kariah tersebut. Untuk kepastian, saya suggest untuk Fatin terus pergi ke masjid terdekat yang ada penolong pendaftar kahwin. Rujuk kepada dia dan InsyaAllah dia orang yang lebih mahir bagi menyelesaikan perkara ini. Semoga semua akan berjalan dengan lancar.

      Delete
  24. Assalammualaikum sis.surat pengakuan bujang skrg dah x perlu ke? Ke perlu bg calon lelaki dan perempuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Ain. =) Perlu bagi calon lelaki dan perempuan. Mereka nak tahu kita ni bujang atau pernah berkahwin atau masih berkahwin.

      Delete
  25. salam...sy nk tnya kalau print borang nkah kna berwarna ke?lg satu npe bla isi borang nkah kata laluan xblh buka..sbb sblm ne sy pnh online 3 tahun lps borang nkah dan lupa kata laluan bila nak online yg baru..tq..tlg bls msg saya dngn kdar segera sbb sy nk melangsungkn perkhwinan dlm msa 3 bln lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Borang nikah boleh print hitam putih. Don't worry. Saya suggest awak click Lupa kata laluan dan reset kata laluan baru bila dah dapat email dari JAIS. Kalau mereka tak bagi email, call JAIS/Jabatan Agama Negeri terus. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. =)

      Delete
  26. Assalamualaikum, saya ingin bertanya..
    1) Saya (bakal pengantin perempuan)
    - tinggal : Kuala Lumpur
    - alamat no.kad pengenalan : Sungai Petani, Kedah
    - berasal : Kota Kinabalu, Sabah. No. kad pengenalan juga berasal dari Sabah
    - tempat cadangan bernikah : Sungai Petani Kedah
    - tarikh cadangan bernikah : 16 Januari 2016

    2) Pasangan saya (bakal pengantin lelaki)
    - tinggal : Petaling Jaya Selangor
    - alamat no.kad pengenalan : Bandar Utama, Petaling Jaya Selangor
    - berasal : Gopeng, Perak. No. kad pengenalan juga berasal dari Perak.
    - tempat cadangan bernikah : Sungai Petani Kedah

    3) Wali saya, tinggal di Pendang, Kedah ialah Bapa saudara sulung memandangkan bapa saya telah meninggal dunia.

    Saya ingin bertanya, bagaimana prosedur kebenaran bernikah? Diharap dapat membantu..



    ReplyDelete
    Replies
    1. Si suami perlu mengambil borang nikah di Selangor, lengkapkan dan akan dapat surat kebenaran berkahwin dari pejabat agama Selangor untuk berkahwin di Kedah.

      Kemudian, borang yg lengkap tadi perlu diserahkan kepada isteri di KL.

      Bermakna, isteri perlu menunggu borang si suami LENGKAP terlebih dahulu kemudian baru boleh dikepilkan sekali borang si isteri untuk diserahkan
      di pejabat agama di mana isteri menetap (Kedah).

      Then, bila dua-dua dah lengkap, boleh hantar borang nikah di pejabat agama tempat bernikah, Kedah.

      Wali perlu ada sebagai salah seorang untuk menandatangani borang agar borang itu lengkap sebelum majlis nikah. Di sini, wali boleh pergi ke pejabat pendaftar nikah Kedah selepas borang awak dan bakal suami lengkap.

      Saya suggest untuk awak rujuk kepada JAIS/Pejabat Agama terdekat. Pergi bersama bakal suami kalau boleh sebab prosesnya agak rumit supaya tiada masalah di tengah jalan. Saya harap semua akan berjalan dengan baik dan lancar. =)

      Delete
  27. Salam, mohon bertanya..
    Alamat pada ic saya KL,
    masjid untuk akad nikah nanti juga poskod yang sama (should be KL), tapi dlm mukim Petaling (tak pasti Selangor or KL).
    Saya patut reg under JAWI or JAIS ye?
    If JAWI, camne ngan ujian HIV saya? Kena amik semula ke? sbb kalau JAWI kena bawak form JAWI ke klinik kan?

    Diharap dapat membantu. TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. =)Apa yang saya faham awak kena tahu kariah awak di mana. Saya suggest untuk awak pergi ke masjid yang terdekat dan berhubung dengan pedaftar nikah/tok kadi yang ada di situ. Double check dengan JAIS/JAWI juga.

      Kalau awak confirm kahwin di kawasan KL, maksudnya kena pakai borang JAWI. Saya tak pasti JAIS ada borang ke tak. Sebab saya tak perlu isi borang. Saya terus pergi ke klinik dan dapat keputusan lepas check up and hantar borang beserta dokumen lengkap. Boleh check dengan JAWI untuk confirmkan.

      Semoga membantu saudari serba sedikit. =)

      Delete
  28. Assalamualaikum. adakah pndaftaran online perlu buat paling awal 3 bulan sblm tarikh nikah? Atau boleh daftar lebih awal ?

    rancangan saya utk daftar online awal agar dpt print terus borang2 yg berkaitan yg akan diisi dan dihantar selepas masuknya hari2 3 bulan sblm tarikh nikah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Daftar online boleh buat awal. Ujian HIV awak kena tunggu 3 bulan before majlis nikah. Awak boleh prepare dan isi borang yang berkaitan 2/3 bulan sebelum majlis nikah. =)

      Delete
  29. Assalam,
    borang2 tu memang kena isi online even dah isi manual?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Nak selamat saya suggest awak untuk isi online dan print borang-borang yang berkenaan. =)

      Delete
  30. Salam. Maaf krg faham. Kedua2 belah pihak lelaki mahupun perempuan perlu mohon dr negeri selangor juga ke walau lelaki bkn asal selangor? Step 1 krg faham.

    Bakal suami mastautin di sarawak dan mohon melalui pej agama srwk.

    Saya mohon melalui pej agama selangor.

    Yg sy faham slps bakal suami selesai isi maklumat dlm borg online yg disediakan jbtn agama sarawak, die prlu serahkan pd sy utk sy bawa ke pej agama di selangor.

    Betulkan sekiranya sy salah. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Betul tu. Bakal suami selesaikan borangnya dahulu. Isi borang berdasarkan tempat bermastautin. Selepas dia selesaikan dokumennya, baru serahkan kepada awak supaya awak boleh selasaikan bahagian awak. Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan harap dipermudahkan urusan awak dan bakal suami. =)

      Delete
  31. Salam. Maaf krg faham step 1. Kalau lelaki n perempuan dr negeri berlainan pun perlu isi borang dr selangor ke?

    Bakal suami asal melaka dan mastautin di srwk. Dia mohon melalui jab agama sarawak.

    Sy mohon melalui jab agama selangor.

    Yg sy faham, slps bkl suami selesai borang yg dr srwk tu, dia akn serahkn pd sy utk sy hantar pej agama di selangor.

    Betulkan sy kalau sy salah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Betul tu. Bakal suami selesaikan borangnya dahulu. Isi borang berdasarkan tempat bermastautin. Selepas dia selesaikan dokumennya, baru serahkan kepada awak supaya awak boleh selasaikan bahagian awak. Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan harap dipermudahkan urusan awak dan bakal suami. =)

      Delete
  32. Assalam sis..sy shafika..nak tanya kalau no ic sy 10 di selangor..tapi sy menetap di Kuala Lumpur..dan tunang sy di terengganu..tapi sy ingin menikah di Kuala lumpur..perlu ke sy print borang ini..mohon tunjuk ajar..heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam Shafika. =) Apa yang saya faham kalau Shafika nak bernikah di KL, dapatkan borang nikah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan awak kena buktikan awak bermastautin di KL. Dapatkan borang pengesahan tempat tinggal dekat laman web JAWI. Awk try refer dengan JAWI sebab setiap negeri lain sikit dia punya requirement. Harap membantu dan semoga semua berjalan dengan lancar. =)

      Delete
  33. Assalamualaikum,
    nak bertanya..saya isi borang online tersebut untuk daftar tetapi apabila saya click DAFTAR, tertera di bahagian kad pengenalan bahawa no kad pengenalan sudah wujud..sedangkan masih belum register..bagaimana ya..???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Kalau awak belum daftar, pelik juga no IC dah wujud time baru nak register. Saya suggest awak refer dekat JAIS terus supaya mereka boleh check kalau ada teknikal problem. Semoga semua berjalan dengan baik. =)

      Delete
    2. Terima kasih

      Delete
  34. Salam. Saya orang selangor manakala tunang orang perak, tapi pernah bermaustatin di selangor lebih dari 4 bulan sebelum berpindah ke cyberjaya. Soalan saya,
    1. tunang boleh mohon di bawah negeri selangor juga ke?
    2. kalau tidak boleh, masih perlu daftar online di website JAIS ke?
    3. apa maksudnya Surat/borang kebenaran pernikahan yang telah diluluskan tadi bolehlah beri kepada pihak perempuan? kiranya ni kalau mohon berasingan ke? mcm mana pula kalau mohon serentak?

    ReplyDelete
  35. Salam. Menjawab pertanyaan awak:

    1. Kalau tunang awak bermastautin (tinggal) di Selangor, dia boleh mohon di negeri Selangor dengan mengisi lengkap borang bermastautin Negeri Selangor. Tetapi kalau dia tinggal di tempat lain (luar negeri Selangor),kena mohon mengikut negeri tersebut.

    2. Kalau Selangor, daftar under JAIS. Kalau KL, daftar under JAWI. Daftar mengikut negeri.

    3. Lelaki kena lengkapkan semua dokumen, then after dah lengkap baru bagi pihak perempuan untuk dia settlekan bahagian dia. Unless, both of you duduk kariah sama, then boleh buat serentak sebab prosedur semua sama dan tak sukar berbanding yang lain.

    Semoga membantu dan hopefully semua berjalan dengan lancar hendakNya. =)

    ReplyDelete
  36. Sekarang sy tak paham dengan jais punye online.Ada ruang kosng utk diisikan oleh bakal isteri dan tempat utk nikah dan tarikh nikah.persoalannye, sy xtahu mcamane proses nk book tok kadi dan masjid yg sy nak nikah tu.perlu ke sy settle kn borang dulu baru pergi jumpe tok kadi ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isi mana yang boleh. Bahagian tu Ammar boleh kosongkan dulu. Nanti update. Ammar boleh pergi terus book tok kadi kat tempat yang awak nak menikah. Kalau awak nak menikah di masjid/rumah/dewan, awak pergi ke masjid berdekatan yang ada tok kadi untuk refer. Best choice is to jumpa tok kadi cepat-cepat and book tarikh and tempat. =)

      Delete
    2. So boleh la ni isi pakai pen dekat ruang yg xisi mase online tu?

      Delete
    3. Kalau boleh update online balik sebab awak boleh "Simpan" maklumat untuk update kemudian kan?

      Delete
  37. Assalam, saya ada 2 persoalan:
    1) Saya nk bernikah bln 4 tahun ni. Tapi saya baca borang kebenaran tu valid 3 bulan je. Jadi bulan 2 baru sy bru blh apply?

    2) Bakal bini asal perak, kawan saya dari perak ckp borang kbnran perak valid 1 bulan je? betul ke? klu betul mksudnye bln 3 la baru die blh proses ke pjbt agma perak? x terlalu lewat ke nk book tok kadi?

    TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam Syazwan.

      1) Borang kebenaran tu memang valid 3 bulan je. Nak selamat, apply bulan 2 supaya borang tu sah.

      2) Saya tak pasti tentang validity borang kebenaran bagi negeri Perak. Sekiranya sebulan je dia valid, bulan 3 baru selesaikan semua. Tetapi saya nasihatkan untuk book tok kadi siap-siap. Book sekarang tok kadi tu. Beritahu dia tarikh nikah dan tempat nak nikah semua.

      Semoga urusan awak dipermudahkan. =)

      Delete
  38. saya dah buat test hiv.dan saya da download borang nikah tu.tetapi ada satu borang yg xda.borang hiv.tunang sy org kl.sy tgk borang tunang sy ada borang hiv.mmg selangor takda borang hiv ke?klinik just bagi borang yg kita pernah check hiv je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dulu buat pun tak ada borang hiv. Terus pergi klinik, isi borang yang klinik kerajaan tu bagi. Result tu sepatutnya dah memadai. Make sure klinik kerajaan. Barangkali setiap negeri berbeza-beza borangnya. Tak tahu kenapa tak standardize.

      Saya check laman web jais, ni Q&A dia:

      Perlukah setiap pasangan yang akan menjalankan Majlis Ijab-Qabul di Negeri Selangor menjalani ujian darah/ HIV ?

      Setiap pasangan yang akan melaksanakan Majlis Ijab-Qabul dalam Negeri Selangor DIWAJIBKAN menjalani pemeriksaan ujian darah / HIV di klinik kesihatan kecil KERAJAAN yang terpilih sahaja.

      Delete
  39. kalau Perempuan Tinggal Di Selangor
    hendak nikah di selangor
    lelaki tinggal di KL (Foreiner)
    apa procedure lelaki ye? JAIS or JAWI ..
    atau bole tak lelaki guna alamat rumah perempuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak bernikah di Selangor, isi borang JAIS dan ikut prosedur JAIS (seperti artikel ini). Kalau guna alamat perempuan, takut nanti panjang pula cerita dari JAIS sebab ingat duduk sekali.

      Sekiranya bakal suami ada duduk rumah sewa di Selangor atau rumah saudara di Selangor, boleh guna alamat tersebut. Cuma kena sekalikan bukti seperti bil api (boleh refer dengan JAIS) dan dapatkan surat pengesahan mastautin daripada penghulu/ketua kampung/nazir masjid/pengerusi JKKK/pengerusi jawatankuasa penduduk taman perumahan. (Sekiranya alamat rumah terkini pemohon bukan sama seperti di dalam kad pengenalan.)

      Semoga urusan awak dipermudahkan. =)

      Delete
  40. Sy janda.. Sy isi online dia kata nom pengenalan sudah wujud. Jd mcm Mana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin Puan Wan boleh refer straight kepada JAIS sebab itu berkaitan dengan sistem mereka. Mungkin ada langkah-langkah yang perlu diambil sebelum daftar semula untuk sebarang permohonan.

      Puan boleh refer dekat link ni untuk hubungi mereka: http://www.jais.gov.my/direktori/PAID

      Semoga urusan awak dipermudahkan. =)

      Delete
  41. Salam..mcm mne ye kalo ic pmpuan selangor n akd nikah nk buat d melaka?isi borang Selangor atau melaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..Isi borang Melaka kalau nak menikah di Melaka. Pastikan awak dapatkan surat pengesahan mastautin daripada penghulu/ketua kampung/nazir masjid/pengerusi JKKK/pengerusi jawatankuasa penduduk taman perumahan. (Sekiranya alamat rumah terkini pemohon bukan sama seperti di dalam kad pengenalan.)

      Semoga urusan awak dipermudahkan. =)

      Delete
  42. Assalammualaikum sis, saye nak tanye. Adakah adik beradik lelaki yg suda cukup umur boleh menjadi saksi semasa nak mendaftar borang nikah nanti? Arap dpat bantu saya... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam sis. Syarat sah saksi adalah seperti berikut:

      1. Muslim

      2. Lelaki

      3. Berakal

      4. Baligh

      5. Merdeka

      6. Adil (tidak fasiq).

      7. Melihat, tidak sah menjadi saksi orang yang buta.

      8. Mendengar, tidak sah menjadi saksi orang yang pekak.

      9. Kuat ingatan, maksudnya ingat apa yang didengar dan yang dilihat.

      10. Faham dengan bahasa yang digunakan dalam ijab dan qabul.

      11. Bukan yang tertentu menjadi wali seperti bapa atau saudara lelaki yang tunggal (tidak ada saudara lelaki yang lain), ertinya : tidak sah perkahwinan sekiranya bapa atau saudara yang tunggal itu mewakilkan kepada orang lain untuk mengakadkan perkahwinan itu sedangkan mereka menjadi saksi dalam perkahwinan tersebut.

      Seandainya adik-beradik lelaki awak menepati syarat-syarat tersebut, boleh jadi saksi semasa nak daftar borang nikah.

      Semoga membantu. =)

      Delete
  43. Assalammualaikum..sis, saya nak tye..Sye ic kl tp tinggal di selangor and bakal suami sye ic negeri sembilan tp stay di penang. Kami nk nikah di selangor. Jd mcm mne ye prosedur nye tu sis? Kurang faham la . ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam sis. Ikut prosedur nikah seperti artikel di atas since nak menikah di Selangor. Cuma perlu isi borang bermastautin kalau tinggal di Selangor (lain dengan IC).

      Kalau boleh, dapatkan husband tempat tinggal dekat Selangor (isi borang bermastautin), senang kalau mukim sama. Kalau tak, husband kena settlekan borang dengan refer kat Jabatan Agama Islam Negeri (Penang). Semoga membantu. =)

      Delete
  44. Salam, saya dari pihak perempuan drai selangor dan tunang dari kedah dan akan bernikah di Selngor. Macamna prosedurenya, adakah tunang saya perlu apply kebenaran nikah di negeri die di kedah after that baru bagi borang tersebut pada saya? ada xprosedure2 lain yang diperlukan? Terima Kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Tunang awak perlu dapatkan borang bernikah dari Jabatan Agama Islam Negeri (Kedah) untuk bernikah di Selangor. Setelah selesai, tunang kena settlekan semua dokumen seperti prosedur di dalam artikel ini, kemudian berikan kepada awak. Awak boleh ikut prosedur di atas dan InsyaAllah semoga urusan lain dipermudahkan. Sama-sama dan semoga membantu serba sedikit. =)

      Delete
  45. salam.. borang2 sy smua dh settel .. just nk anta kt jais selangor jea nnty .. sy nk tnye brapa lame yea dia proses.. sbb tarikh nikah sy lagi 2 minggu nie .. sempat kea??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..Saya harap awak dah hantar dekat JAIS untuk mereka proses sebab tinggal seminggu je lagi awak nak kahwin dari tarikh hari ni. Tahniah! =)

      Apa pun ni step dia:

      Step 4

      ♡Pemohon hendaklah pergi ke Pejabat Islam Daerah (PAID) (contoh di Shah Alam) di mana pemohon bermastautin untuk mendapatkan kelulusan/kebenaran berkahwin. Wali dan 2 orang saksi tadi tidak perlu lagi hadir.

      ♡Kelulusan/kebenaran berkahwin ini akan diperolehi dalam masa yang sama sekiranya semua borang-borang lengkap dengan bayaran RM 10.

      ♡Surat kebenaran berkahwin yang diperoleh mestilah diserahkan kepada penolong pendaftar nikah sebelum majlis akad nikah dijalankan.

      Semoga membantu dan hopefully semuanya dipermudahkan. =)

      Delete
  46. saya nak tanya mengenai surat perakuan nikah ibu bapa tu,boleh ke jika saya berj surat perakuan nikah tu dari pihak perempuan sahaj sebab gagal temui yang lelaki punya. jadi bagaimana ye? terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berdasarkan pengalaman, wajib untuk ada surat tu sebagai bukti mak ayah kita sah berkahwin. Try minta bakal husband cari sampai dapat, kalau tak, takut kena turun naik pejabat pendaftaran pula. Minta tolong ayah or mak hubby carikan sebab selalunya surat nikah dapat dua. At least salah seorang mesti ada. Hopefully jumpa. Kalau tak juga try refer terus kat JAIS kalau ada budi bicara. Better ada supaya senang sikit prosedur nikah nanti.

      Semoga membantu dan urusan awak dipermudahkan. =)

      Delete
  47. Assalamualaikum. Saya seorg janda manakala bakal suami seorg duda. Kami merancang utk bernikah dlm bulan May 2016 di Selangor. Saya berasal dari Terengganu manakala bakal suami berasal dari Kelantan. Apakah prosedur yg perlu kami lalui? Adakah kami juga perlu menghadiri kursus kahwin dan menjalani ujian HIV? Mohon pencerahan. Sekian terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Mengikut situasi Puan, pastikan segala senarai dokumen yang diperlukan diperolehi dari Pejabat Agama daerah/negeri masing-masing. Jika kedua pasangan dari negeri lain, pasangan perlu mendapatkan Borang Permohonan Nikah dari negeri asal. Kemudian ikut prosedur negeri Selangor seperti artikel di atas (bagi bernikah di Selangor).

      Mengikut status Puan dan pasangan, dapatkan sijil penceraian atau kematian pasangan yang sebelumnya.

      Mengikut peraturan pentadbiran pengurusan pernikahan dalam negeri selangor, duda dan janda tidak perlu lagi menghadiri kursus pra-perkahwinan. Namun pihak jabatan amat menggalakkan kehadiran pemohon berstatus sedemikian untuk membantu mereka mendapat maklumat prosedur pernikahan terkini dan menambah kefahaman mengenai pengurusan rumahtangga, supaya lebih mantap lagi. Boleh refer dengan JAIS untuk ketepatan info masa terkini (tertakluk kepada perubahan semasa).

      Setahu saya ujian HIV adalah wajib kerana mereka ingin tahu tahap kesihatan terkini Puan dan pasangan.

      Sekiranya ada keraguan, sila berurusan terus dengan pihak JAIS atau Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing. Saya harap saya dapat membantu serba sedikit. Semoga urusan dipermudahkan. =)

      Delete
  48. Assalamualaikum, saya ingin bertanya..
    1) Saya (bakal pengantin lelaki)
    - tinggal : pandan ria ampang, selangor n bekerja di ampang juga
    - alamat no.kad pengenalan : muar, ledang
    - berasal : muar, ledang. No. kad pengenalan juga berasal dari Muar, ledang
    - tempat cadangan bernikah : Seberang jaya, pulau pinang
    - tarikh cadangan bernikah : 28 mei 2016

    2) Pasangan saya (bakal pengantin perempuan)
    - tinggal : Seberang jaya, pulau pinang
    - alamat no.kad pengenalan : Seberang jaya
    - berasal : Seberang jaya No. kad pengenalan juga berasal dari seberang jaya
    - tempat cadangan bernikah : Seberang jaya

    3) Wali saya, tinggal di seberang jaya.

    Saya ingin bertanya, bagaimana prosedur kebenaran bernikah? Diharap dapat membantu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.

      1) Awak perlu dapatkan borang permohonan nikah dari negeri asal untuk menikah di Pulau Pinang. Then lengkapkan semua dokumen dan kemudian serahkan kepada pihak perempuan untuk dia lengkapkan dokumen dia (ikut prosedur seperti artikel di atas).

      2) Wife tak ada masalah sebab menikah di tempat kelahiran dan mastautin dia.

      3) Wali tak ada masalah juga sebab nak melangsungkan pernikahan di Pulau Pinang. Nanti awak kena pergi Pulau Pinang untuk tandatangan borang dengan wali, 2 saksi dan imam.

      Semoga membantu dan segala urusan dipermudahkan. =)

      Delete
  49. Maaf nak taya sy ni pmpuan kalau saksi sy..sy ltak nme abg n adik sy bole kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh letak nama abang dan adik, yang penting mereka cukup umur (18 tahun) dan menepati syarat sah saksi seperti berikut:

      1. Muslim

      2. Lelaki

      3. Berakal

      4. Baligh

      5. Merdeka

      6. Adil (tidak fasiq).

      7. Melihat, tidak sah menjadi saksi orang yang buta.

      8. Mendengar, tidak sah menjadi saksi orang yang pekak.

      9. Kuat ingatan, maksudnya ingat apa yang didengar dan yang dilihat.

      10. Faham dengan bahasa yang digunakan dalam ijab dan qabul.

      11. Bukan yang tertentu menjadi wali seperti bapa atau saudara lelaki yang tunggal (tidak ada saudara lelaki yang lain), ertinya : tidak sah perkahwinan sekiranya bapa atau saudara yang tunggal itu mewakilkan kepada orang lain untuk mengakadkan perkahwinan itu sedangkan mereka menjadi saksi dalam perkahwinan tersebut.

      Seandainya adik-beradik lelaki awak menepati syarat-syarat tersebut, boleh jadi saksi semasa nak daftar borang nikah.

      Semoga membantu. =)

      Delete
  50. Thank you so much. Entry blog sangat sangat mudah difahami :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks to you too Min kerana sudi membaca dan memberi komen yang membina. Semoga membantu dan wish you the best in life. =)

      Delete
  51. Nak tanya kalau surat akaun bujang tarikh tahun lepas nk guna untuk tahun 2016 boleh ke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak dari negeri mana ya? Saya Selangor dulu pakai saksi je.

      Delete
  52. KEliru ni. Nk isi borang nikah tu. Kena isi dlm online je ke atau bley print out borang n isi dgn pen? Tolong jwb ye!

    ReplyDelete
  53. Assalamualaikum...sya nak tanya sikit...
    Bakal suami sya orang sarawak tapi bekerja di kuantan..dan sya pulak orang selangor..kami akn bernikah di selangor...perlu ke pihak lelaki isi borang kebenaran untuk bernikah di selangor jugak ke cma perlu pakai borang dari pejabat agam di kuantan shaja..bagi menikah di selangor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Arisa.

      Memandangkan hendak melangsungkan pernikahan di Selangor, isi borang Selangor.

      Sekiranya bakal suami ada duduk rumah sewa di Selangor atau rumah saudara di Selangor, boleh guna alamat tersebut. Cuma kena sekalikan bukti seperti bil api (boleh refer dengan JAIS) dan dapatkan surat pengesahan mastautin daripada penghulu/ketua kampung/nazir masjid/pengerusi JKKK/pengerusi jawatankuasa penduduk taman perumahan. (Sekiranya alamat rumah terkini pemohon bukan sama seperti di dalam kad pengenalan.)

      Semoga urusan awak dipermudahkan. =)

      Delete
  54. Assalamualaikum
    Saya(bakal pgantin perempuan)
    1) ic - Kelantan
    2) mastautin - SELANGOR (dengkil)
    3) tempat nikah - SELANGOR ( selayang)


    Adakah sy perlu mdptkan ttgn pendaftar nikah kariah mastautin atau tempat nikah?berlainan jariah..tq atas pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.

      Saya suggest untuk awak pergi masjid tempat awak bermastautin (Dengkil) dan dapatkan kepastian dari pendaftar nikah di situ. Pastikan pendaftar nikah di Selayang dihubungi seawal mungkin sebelum tarikh pernikahan untuk book dia bagi majlis awak. Semoga urusan awak dipermudahkan. :)

      Delete
  55. Terbaik lah sofia. Alhamdulillah semua info ada.

    Terima kasih!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih banyak-banyak atas support dan komen yang membina. Semoga saya dapat membantu mana yang termampu. You're most welcome iXora! :)

      Delete
  56. Assalam. Saya tinggal di selangor tapi nak kahwin di dewan Kuala Lumpur. Bakal suami orang selangor. Saya nak tanya masa buat permohonan nikah di masjid, Jais dan Jawi perlukah saya bawa kedua-dua saksi? Atau masa di Jawi sahaja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Saksi perlu ada ketika permohonan dilakukan di hadapan penolong pendaftar nikah beserta wali. Sekiranya awak perlu pergi Jais dan Jawi yang wali perlu hadir, maka kedua-dua saksi perlu hadir juga.

      Boleh refer Step no 3 seperti di bawah:

      Setelah memastikan Step 1 dan Step 2 (rujuk article di atas) tadi telah selesai dijalankan, pemohon, wali yang sah dan dua orang saksi tadi hendaklah berjumpa dengan penolong pendaftar nikah di mana pemohon bermastautin (masjid terdekat) untuk mendapatkan pengesahan dan sokongan berkahwin. 2 orang saksi tersebut perlu mengenali wali pemohon.

      ♡Sekiranya tiada penolong pendaftar nikah di kawasan itu atau penolong pendaftar nikah pergi bercuti, sakit dan sebagainya, pemohon boleh pergi ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).

      ♡Pemohon, wali yang sah, dan kedua-dua saksi tadi akan menandatangani borang-borang di hadapan penolong pendaftar nikah/pegawai di Pejabat Agama Islam Derah (PAID).

      ♡Pastikan penolong pendaftar nikah/pegawai di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) tersebut telah menandatangani borang borang-borang tersebut bersertakan tarikh dan cop rasmi di borang pemohon.

      Semoga urusan awak dipermudahkan. :)

      Delete
  57. assalamualaikum, nk tanya, borang A2 sy dh isi dan print. bahagian tanda tgn saksi tu perlu sign sndri atau dpn jurunikah?
    1. IC sy selangor (lelaki)
    2. IC perempuan N9
    3. nk nikah N9

    procedure seterusnya bagaimana ye? TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Sign depan jurunikah.

      Sekiranya hendak melangsungkan pernikahan di Negeri Sembilan, isi borang negeri tersebut.

      Sekiranya awak ada duduk rumah sewa di Negeri Sembilan atau rumah saudara di Negeri Sembilan, boleh guna alamat tersebut. Cuma kena sekalikan bukti seperti bil api (boleh refer dengan Jabatan Agama Negeri Sembilan) dan dapatkan surat pengesahan mastautin daripada penghulu/ketua kampung/nazir masjid/pengerusi JKKK/pengerusi jawatankuasa penduduk taman perumahan. (Sekiranya alamat rumah terkini pemohon bukan sama seperti di dalam kad pengenalan.)

      The best is to contact Jabatan Agama Negeri Sembilan dan bakal isteri boleh try rujuk dengan mereka terus sekiranya berhampiran.

      Semoga semuanya berjalan dengan lancar. :)

      Semoga urusan awak dipermudahkan. =)

      Delete
  58. assalamualaikum.. sy ada soalan.. alamat ic sya di perak.. tapi tingal di kuala lumpur.. boleh ka saya uruskan mengisi borang di kl .. tetapi saya nikah di seremban n9.. perlu penjelesan sahabat2.. tq
    mohd amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Amin.

      Sekiranya hendak melangsungkan pernikahan di Negeri Sembilan, isi borang negeri tersebut.

      Sekiranya awak ada duduk rumah sewa di Negeri Sembilan atau rumah saudara di Negeri Sembilan, boleh guna alamat tersebut. Cuma kena sekalikan bukti seperti bil api (boleh refer dengan Jabatan Agama Negeri Sembilan) dan dapatkan surat pengesahan mastautin daripada penghulu/ketua kampung/nazir masjid/pengerusi JKKK/pengerusi jawatankuasa penduduk taman perumahan. (Sekiranya alamat rumah terkini pemohon bukan sama seperti di dalam kad pengenalan.)

      Kalau boleh contact Jabatan Agama Negeri Sembilan dan bakal isteri boleh try tolong rujuk di Jabatan Agama NS kalau dia berasal dari Negeri Sembilan (duduk berhampiran).

      Semoga semuanya akan berlangsung dengan baik. :)

      Delete
  59. Kalau bkl pngntin lelaki yg hantakan untuk perempuan boleh ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah seorang boleh tolong hantarkan semua borang yang dah lengkap. Cuma nanti kad nikah, dua-dua wajib kena pergi ambil. :)

      Delete
  60. Sy nak tanya, sy akan menikah bulan 9 nanti. Bolehkan sy menyelesaikan urusan sy di step 3 tanpa membawa Surat kelulusan/kebenaran berkahwin lelaki. (Surat yang telah diluluskan kepada bakal suami di Step 5.)?

    Bakal suami belum pergi ke pej.agama lagi sebab masih awal cuma sy nak tanya boleh atau tak sy uruskan step 3 terlebih dahulu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak boleh mulakan step 3 lepas step 1 dan 2 dah selesai. Buat masa sekarang jawapannya belum. Masa yang terbaik untuk selesaikan step 1-3 adalah 2-3 bulan sebelum tarikh pernikahan. Paling awal bulan 6 atau awal bulan 7. Jangan terlalu awal sebab nanti mereka tak terima. Cuma awak patut book tok kadi untuk majlis nikah sebab takut dia tak available pada tarikh pernikahan awak. Dah boleh buat persiapan yang lain juga. Nanti senang, cuma perlu upload di laman web dan tunggu signature pihak yang berkaitan bila dah tiba masanya. :)

      Delete
  61. Ok. Sy dah faham. Terima kasih banyak2 :)

    Maaf sy nak tanya lagi, sy bercadang untuk buat semua prosedur di atas bersama bakal suami. Jadi, bagaimana bakal suami nak menyerahkan surat/borang kebenaran pernikahan yang telah diluluskan kepada sy? sedangkan sy akan buat semua proses dengannya? Maksud sy di step 2 no 7 adakah sy perlu membawa surat tersebut apabila berjumpa dengan penolong pendaftar nikah?
    Ataupun memang dia perlu menguruskan semua sehingga selesai kemudian part sy pula. Sy agak pening sikit di sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Badriyah..
      Saya gembira menjawab :)

      Awak boleh buat semua prosedur dengan bakal suami, lebih senang dan cepat. Bakal suami harus menyerahkan borang di (step 3) yang memerlukan tandatangan 2 orang saksi dan pendaftar nikah. Once borang ni dah selesai sign, dia boleh bagi awak.

      Nak lebih senang, Step 3 tu, awak dan dia boleh buat pada hari yang sama, tetapi awak kena bawa wali awak bersama. Dengan syarat, 2 orang saksi awak dan 2 orang saksi suami hadir pada hari itu.

      Nak lebih senang lagi, 2 orang saksi awak dan dia adalah orang yang sama, cuma pastikan saksi ini mengenali awak dan suami juga. Pastikan borang awak (Step 1 dan 2) dah settle, tinggal nak 2 orang saksi, wali dan pendaftar nikah untuk sign je.

      Saya harap saya dapat membantu serba-sedikit dalam penerangan proses yang agak sukar ini. Boleh tanya lagi kalau kurang jelas. (^.^) Semoga urusan awak dipermudahkan. :)

      Delete
    2. Ooo faham2. Maksudnya surat/borang kebenaran pernikahan yang telah diluluskan tu diperolehi semasa step 3. Terima kasih banyak2 :)

      Delete
    3. Borang nikah sekiranya dah lengkap dengan tandatangan semua pihak termasuk pendaftar nikah (step 3), just tinggal nak pergi PAID untuk dapatkan kelulusan dan kebenaran berkahwin (step 4). Semoga membantu dan all the best to you and partner. Sama-sama..:)

      Delete
  62. salam nk tya bahagian saksi bg borang 1 permaustatin nak isi nama siapa?.. nama saksi kita atau ketua kg ker penghulu.... thanks kesulitan.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Imtira..Bagi Borang 1 (Akuan Pengesahan Pemastautinan) hendaklah disahkan oleh Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung / Nazir / Pengerusi Jawatankuasa Penduduk / Pengerusi Taman Perumahan (bagi pemohon yang mempunyai perbezaan alamat tempat tinggal dengan alamat di dalam MyKad). Semoga membantu. :)

      Delete
  63. Assalamualaikum. Entry ni sangat sangat membantu, terima kasih ya. :)

    Saya ada satu soalan berkenaan ini:

    "Nak lebih senang lagi, 2 orang saksi awak dan dia adalah orang yang sama, cuma pastikan saksi ini mengenali awak dan suami juga. Pastikan borang awak (Step 1 dan 2) dah settle, tinggal nak 2 orang saksi, wali dan pendaftar nikah untuk sign je. "

    Saya dan bakal suami berasal dari Selangor tetapi mukim berbeza. Boleh apply tak cara di atas?

    Thank you sooo much!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Terima kasih Elena atas sokongan Elena dan saya happy dapat membantu mana yang boleh. :)

      Boleh. Just pastikan kedua-dua saksi benar-benar mengenali awak dan suami. Contoh, adik-beradik lelaki/saudara lelaki/sahabat lelaki.

      Semoga semua berjalan lancar untuk awak dan pasangan.

      You're most welcome! =)

      Delete
  64. assalamualaikum,slmt hari raya maaf zahir n batin,sy nk tnye,cm sy ni ic slangor,tp sy brkerja di jb,bru 7bln di jb,under mana sy nk daftar?johor or slangor?bakal sy lk org klntn,de org ckp sy kne daftar under jhor,yg lain ckp lk slangor de yg ckp lk kne daftar ikut pmpn di klntn,so cmna??harap dpt membantu pertanyaan sy ni,tq

    ReplyDelete
  65. Waalaikumsalam Alip. Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin. Boleh saya tahu awak dan pasangan nak menikah di mana? Kalau awak nak bernikah di tempat lain selain tempat dalam IC awak, awak kena mohon kebenaran berkahwin di negeri tersebut. Contoh, nak menikah di Kelantan, kena dapatkan borang kebenaran nikah dari Jabatan Agama Islam Kelantan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy akan nikah di kelantan,bakal sy daftar di kelantan,bukan sy kene mohon borang tuk nikah luar negeri ek?sy kene daftar under mana?

      Delete
  66. Maaf Alip. Kalau begitu, awak kena minta surat kebenaran berkahwin luar kariah daripada JAIS supaya boleh berkahwin di Kelantan. Prosedur perkahwinan ikut negeri IC (in this case Selangor). Settlekan bahagian awak di Selangor. Bakal isteri di Kelantan. Semoga membantu. :)

    ReplyDelete
  67. Salam.. sy nak tanye. bakal suami lahir kat Labuan, alamat rumah dekat i/c, alamat n.sembilan.. tp dia keje n tinggal kat selangor, dah 4 bulan duduk sini..Sy memg duduk selangor and nikah nanti dekat selangor juga..Jadi ye, dia kene isi borang tu under n.sembilan punya ke atau selangor punya ye ?. lagi satu, andai kata dia kene isi borang tu under selangor punya, perlu ke dia kene isi borang permaustatin tu ??

    Harap dapat balas ye.. Terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..Bakal suami haruslah mengisi borang mastautin dengan menunjukkan bukti yang dia tinggal di Selangor. Surat pengesahan mastautin bolehlah memohon daripada penghulu/ketua kampung/nazir masjid/pengerusi JKKK/pengerusi jawatankuasa penduduk taman perumahan. (Sekiranya alamat rumah terkini pemohon bukan sama seperti di dalam kad pengenalan.) (Borang 1A-Akuan Pengesahan Permastautin) Dapatkan bil elektrik/bil air sebagai bukti bakal suami tinggal di situ. Sama-sama dan semoga segala urusan dipermudahkan. :)

      Delete
  68. Salam admin, tumpang bertanya hal urusan pernikahan..Sy berasal dri kelantan, sy menetap dan bkerja di selangor alamat ic pun selangor..Perlukah ape2 borang atau memohon kebenaran nikah dari negeri kelahiran sy? Sbb sy akan nikah di Batu Pahat Johor..minta pencerahan yg patut sy lakukan..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Zaidi. Awak kena minta surat kebenaran berkahwin luar kariah daripada JAIS supaya boleh berkahwin di Johor. Semoga membantu. :)

      Delete
  69. salam..

    borang nikah isi online sekarang. just nak tanye, isi yang wajib je kan atau yang bertanda bintang merah.. pendaftar nikah ok ke kalau kita skip2 yg xwajib?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Saya nasihatkan awak untuk isi borang nikah dengan lengkap. Bagi ruangan pendaftar nikah, awak pergi ke masjid kawasan awak nak menikah untuk dapatkan nama pendaftar nikah dan book siap-siap tarikh pernikahan. Hopefully membantu. ;)

      Delete
  70. salam..hai sofia..sy dah baca blog ni dan sgt membantu..and awk tetap menjawab soalan2 dari tahun lepas lagi..thanks..tp sy ada beberapa soalan.. :) harap awak tak kisah untuk menjawab..

    1.sy lahir dan tinggal di selangor..bakal suami sy ic dan alamat kedah,tp menetap di selangor..jadi dia perlu isi borang online di selangor atau kedah sbb kami bercadang untuk nikah di selangor?

    2. Semasa nak book tok kadi,ada apa2 borang yg perlu kita bawak tak..

    itu saja soalan saya buata masa ni.. :)

    ReplyDelete
  71. Salam..Hi..Terima kasih banyak-banyak sebab sudi singgah ke blog saya. Saya gembira untuk membantu semampu saya dan thanks for your support and encouragement. :)

    Menjawab pertanyaan saudari,
    1) Sekiranya bakal suami sudah bermastautin di Selangor, dia boleh mengisi borang online Selangor dan isi borang mastautin dengan menunjukkan bukti yang dia tinggal di Selangor. Surat pengesahan mastautin bolehlah memohon daripada penghulu/ketua kampung/nazir masjid/pengerusi JKKK/pengerusi jawatankuasa penduduk taman perumahan. (Sekiranya alamat rumah terkini pemohon bukan sama seperti di dalam kad pengenalan.) (Borang 1A-Akuan Pengesahan Permastautin) Dapatkan bil elektrik/bil air sebagai bukti bakal suami tinggal di situ.

    2) Tak perlu bawa apa-apa untuk book tok kadi untuk tarikh dan masa nikah. Pergi masjid yang paling dekat dengan tempat awak berdua nak nikah dan pastikan tok kadi ada sebelum awak dan pasangan datang. Call dulu dan buat appointment kalau boleh. Sesetengah tu busy. :p

    Semoga membantu dan dipermudahkan urusan awak dan pasangan. :)

    ReplyDelete
  72. Hi Sofia..ok..berkenaan jawapan no 1 awak yg diatas, mcm mne plak kalau alamat sy di kad pengenalan adalah alamat rumah lama..kerana sy sudah berpindah..tetapi alamat baru di daerah n negeri yg sama iaitu selangor..adakah sy perlu mengisi borang bermastautin juga dan memintak pengesahan penghulu/ketua kg juga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi :) Yes kena isi juga borang bermastautin dan dapatkan pengesahan penghulu/ketua kampung/nazir masjid/pengerusi JKKK/pengerusi jawatankuasa penduduk taman perumahan. Semoga membantu. ;)

      Delete
  73. hai assalamualaikum nak tanya
    sy bakal berkahwin di kl
    lahir di kl
    ic berlamat di n9
    bermastautin di selangor 2 tahun sudah

    bakal isteri org kl
    bakal nikah di kl

    jadi borang kahwin mana patut sy isi? borang selangor ke atau kl?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, Waalaikumsalam. Awak perlu minta surat kebenaran berkahwin luar kariah daripada JAIS supaya boleh berkahwin di Kuala Lumpur. Isi borang Selangor, lengakapkan dan bagi bakal isteri untuk lengkapkan bahagian dia pula. Semoga membantu. :)

      Delete
  74. Assalam pun sofia..sy lahir dan tinggal di Selangor. Majlis pernikahan sy akan diadakan di selangor. Tetapi sy cuai terisi borang 1A iaitu borang akuan permastautin.. bila saya nk delete semula tak boleh, cuma ada options ubah dan print. saya risau ianya berkait dgn borang 2C yang sy akan isi nanti..mcmna ye..harap puan dpt mmbantu. terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Syafiqa. Awak cuba option ubah kalau boleh. Kalau tak boleh juga, cuba try call Jais. Sepatutnya kalau belum cetak, masih boleh ubah. Semoga membantu serba sedikit. Semoga semua berjalan dengan lancar untuk Syafiqa dan pasangan. :)

      Delete
  75. assalamualaikum..
    terima kasih sediakan ruang utk bakal pengantin bertanya ttg kemusykilan utk daftar perkahwinan ni.mcm2 situasi dn mcm2 keadaan dijawab oleh author dgn setia :-) sy jg bakal berkahwin bulan januari 2017 inshaAllah.sy ingin bertnya...

    situasinya
    ic ppuan: 14 (wilayah persekutuan)
    tmpt tinggal ppuan skrg ikut alamat dlm ic: cheras kl
    ic lelaki: 02 (kedah)
    tmpt tinggal lelaki skrg ikut alamat dlm ic:segambut kl
    tmpt nk nikah: selangor (masjid tmpt tinggal ppuan qariah selangor)

    ok.. btul tk pemahaman sy begini..
    lelaki isi borang jawi (sbb dia tinggal dn beralamat di segambut kl)
    ppuan isi borang jais (sbb qariah tmpt tinggal ppuan dok belah selangor walopun dia alamat kl)

    sy jd konfius ngan borang dn negeri nk daftar sbb alamat ppuan kl tp qariahnya selangor dan nk kahwin di masjid tmpt tinggal ppuan.lg satu,perlu ke lelaki isi borang pemastautin (sbb ic dia kedah?)

    harap sy dpt cterkn dgn jelas.tkasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Sal. Terima kasih atas komen yang sangat membina. Saya sangat gembira untuk membantu yang termampu melalui artikel-artikel saya. Tahniah saya ucapkan dan semoga awak dan pasangan berbahagia hendak-Nya. :)

      Berikut adalah jawapan saya based on apa yang saya faham melalui penerangan Sal.

      Lelaki isi borang JAWI sebab dia tinggal di KL. Tetapi dia perlu isi borang permastautin kerana alamat IC dia Kedah.

      Perempuan juga isi borang JAWI sebab tinggal di KL (Cheras). Tetapi awak menyatakan qariah awak Selangor di sini. Sekiranya awak bukan tinggal di Cheras (KL), sebaliknya awak tinggal di Selangor, awak haruslah mengisi borang JAIS.

      Kalau nak menikah di luar kawasan kariah, haruslah mendapatkan borang permohonan berkahwin di luar qariah daripada JAWI (sekiranya memang tinggal di KL). Tetapi kalau memang tinggal di Selangor, nak nikah di Selangor, tak perlu mohon kebenaran.

      Harap membantu serba sedikit. ;)

      Delete
  76. macam mana kalau dua2 pemastautin selangor, tapi nak bernikah di pangkor? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak menikah di luar kawasan qariah, haruslah mendapatkan borang permohonan berkahwin di luar qariah daripada JAIS (sekiranya memang tinggal di Selangor). Tetapi kalau memang tinggal di Selangor, nak nikah di Selangor, tak perlu mohon kebenaran.

      Semoga membantu serba sedikit. ;)

      Delete
  77. assalamualaikum..

    Untuk Kes saya.

    Saya beralamatkan Putrajaya. Bakal Suami beralamatkan Melaka.
    Saya akan bernikah di Ipoh. Bagaimana ye prosedurnya. Makin lama makinn konfius pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam...

      Kalau nak menikah di luar kawasan qariah (berlainan dengan tempat tinggal), haruslah mendapatkan borang permohonan berkahwin di luar qariah daripada Jabatan Agama tempat bernikah (Ipoh). Cuba dapatkan prosedur menikah di luar kawasan qariah. Boleh berhubung dengan Jabatan Agama Islam untuk maklumat yang lebih tepat. Prosedur perkahwinan di Malaysia memang mengelirukan.

      Semoga membantu serba sedikit. ;)

      Delete
  78. Nak tanya lah kalau dalam ic alamat rumah lama dengan alamat rumah baru tak sama kene print jugak kan borang permaustatin tu? tapi sama selangor jugak, rumah lama dgn baru...

    surat pengakuan bujang, perempuan kene buat jugak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau qariah sama tak perlu isi borang pengesahan mastautin. Walaupun di Selangor, qariah mungkin berbeza. Cuba check dengan orang masjid atau JAIS.

      Surat pengakuan bujang kena buat kalau dalam checklist tu ada.

      Semoga membantu. :)

      Delete
  79. Assalamualaikum, saya ingin bertanya..

    1) Saya (bakal pengantin lelaki)
    - tinggal : klang, selangor
    - alamat no.kad pengenalan : selangor
    - tempat cadangan bernikah : sarawak
    - tarikh cadangan bernikah : 17 March 2017

    2) Pasangan saya (bakal pengantin perempuan)
    - tinggal : sarawak
    - alamat no.kad pengenalan : sarawak
    - tempat cadangan bernikah : sarawak


    Saya ingin bertanya, bagaimana prosedur kebenaran bernikah?Bila masa yg sesuai nak isi borang nikah? Diharap dapat membantu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..

      Permohonan dan mengisi borang nikah boleh dilakukan 3 bulan sebelum tarikh nikah.

      Kalau nak menikah di luar kawasan qariah (berlainan dengan tempat tinggal), haruslah mendapatkan borang permohonan berkahwin di luar qariah daripada Jabatan Agama tempat bernikah (Sarawak). Cuba dapatkan prosedur menikah di luar kawasan qariah. Boleh berhubung dengan Jabatan Agama Islam/Jabatan Agama Islam Sarawak untuk maklumat yang lebih tepat.

      Harap membantu serba sedikit. ;)

      Delete
  80. Salam sofia..

    Bakal pengantin lelaki:
    Ic: pahang
    Bermastautin: selangor
    Tempat cadangan nikah: kelantan

    Bakal pengantin perempuan:
    Ic: kelantan
    Tempat bermastautin: selangor
    Tempat cadangan bernikah: kelantan

    Jadi, pihak lelaki isi borang dr majlis agama pahang & isi borang permastautin? Dan pihak perempuan isi borang jabatan agama islam kelantan? Macam tu ke? Tq ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..

      Pihak lelaki bolehlah mengisi borang nikah dari majlis agama Pahang dan selasaikan semua borang di Pahang.

      Kalau nak menikah di luar kawasan qariah(berlainan dengan tempat tinggal dan IC), haruslah mendapatkan borang permohonan berkahwin di luar qariah daripada Jabatan Agama tempat bernikah (Kelantan). Cuba dapatkan prosedur menikah di luar kawasan qariah. Boleh berhubung dengan Jabatan Agama Islam/Jabatan Agama Islam Kelantan untuk maklumat yang lebih tepat.

      Setelah pihak lelaki selesai dengan semua borang-borang, bolehlah beri kepada pihak perempuan supaya pasangan awak boleh selesaikan semua borang-borangnya di Kelantan.

      Semoga membantu serba sedikit. ;)

      Delete
  81. Assalamualaikum...nk tnye,masa dkat ruangan jam minit kena isi juga ke?sbb,sy dh masuk kn tarikh dgn btul..bila print,jadi lain tarikh nye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..:) Nak selamat saya nasihat letak je. Sepatutnya apa yang awak isi patut print keluar benda yang sama. Mungkin sistem error. Try untuk input jam dan minit. Semoga berjaya.

      Delete
  82. Assalamualaikum
    Saya(perempuan asal sarawak)
    Ic:sarawak
    Pasangan (lelaki asal selangor)
    Ic:selangor
    Bekerja:sarawak
    Bercadang berkahwin d sarawak

    surat kebenaran nikah(selangor)lelaki
    -Lampiran keputusan saringan hiv untuk lelaki sahaja @ lelaki & perempuan?

    Keliru sebab permohonan nikah d sarawak keputusan saringan hiv x perlu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam..

      Mengikut dapatan saya tak perlu. Awak boleh confirmkan melalui link ini http://e-munakahat.sarawak.gov.my/web/home/article_view/0/81/
      Setiap negeri mempunyai prosedur yang berlainan.

      Semoga membantu. :)

      Delete
  83. Hi sis,
    Mohon tanya saya masih punyai bapa tapi boleh tak kalau saya mahu tukarkan adik lelaki umur 18 tahun sbagai wali saya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi sis,

      Unfortunately tak boleh. Kena juga bapa jadi wali. Melainkan bapa meninggal. Kalau bapa meninggal pun dia akan ikut hierarchy. Contoh kalau datuk belah bapa ada, datuk yang kena jadi wali.

      Take care sis :)

      Delete
  84. Salam Sofia,
    Tok kadi, jurunikah, dengan penolong pendaftar nikah tu orang yang sama ke lain lain? Confuse lah.
    Penolong pendaftar yang sign borang kebenaran tu boleh jadi tok kadi kita lah kan? ke tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..:)

      Semua tu orang yang sama. Boleh je jadi tok kadi time kahwin. Book cepat-cepat tau. 3 bulan/2 bulan sebelum tarikh nikah. ;)

      Delete
  85. Assalamualaikum, saya ingin bertanya..

    jika pengerusi penduduk tempat tinggal bercuti..macam mana ye cik untuk sy dapatkan pengesahan permastautin ni ?

    harap dapat membantu

    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikummusalam..

      Kalau dia cuti, awak boleh try pergi masjid yang terdekat untuk dapatkan pengesahan. Pastikan ada nazir je kat masjid tu.

      Semoga membantu. Sama-sama. :)

      Delete
  86. Salam..nikah di selangor dan lelaki dr terengganu tapi bekerja di selangor. Macam mane prosedurnye?? thanks. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..

      Sekarang bakal suami tinggal di mana ya? Kalau sekarang dia tinggal di Selangor, perlu dapatkan borang mastautin. Kalau tinggal di Terengganu, kena dapatkan kebenaran untuk menikah di Selangor dari Jabatan Agama Terengganu. Kalau di Selangor, prosedur ikut negeri Selangor, seperti prosedur yang saya share dalam artikel di atas.

      Sama-sama dan semoga membantu :)

      Delete
  87. Salam.. sy nak tanye kalau lelaki dari terengganu tapi bermastautim di Selangor dan bakal benikah di selangor mcm mane prosudernye? Thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..

      Kalau sekarang dia tinggal di Selangor, perlu dapatkan borang mastautin. Kalau di Selangor, prosedur ikut negeri Selangor, seperti prosedur yang saya share dalam artikel di atas.

      Sama-sama dan semoga membantu :)

      Delete
  88. salam,

    situasi saya, lelaki berasal dari perak tapi dah menetap di selangor beberapa tahun dan perempuan pula berasal dari kelantan dan juga sudah menetap di selangor beberapa tahun

    jadi, soalan nya:
    1) lelaki kena isi borang dari perak or selangor? borang HIV kena ambil dimana?
    2) perempuan pula bagaimana?borang kelantan or selangor? borang HIV kena ambil dimana?

    saya bertanya pasal borang HIV sebab dengar kata borang HIV kelantan or perak xsama dgn negeri lain.Tapi boleh je buat test dekat mana2 klinik kesihatan kerajaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..

      Awak dan bakal wife boleh dapatkan borang mastautin and isi borang tu since dah lama menetap di selangor. Borang HIV download and print dari lawan web JAIS. Boleh ambil ujian HIV dekat klinik kesihatan kerajaan.

      Semoga membantu dan urusan berjalan dengan lancar. :)

      Delete
    2. Jawapan saya adalah sekiranya awak ingin menikah di Selangor, bukan tempat asal (Perak/Kelantan)

      Delete
  89. Salam.. saya ingin bertanya.. situasi saya, pihak lelaki berasal dari Selangor, dan akan bernikah di Penang. Adakah saksi yang tandatangani borang itu juga turut perlu hadir semasa hari akad nikah di Penang??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Masturi. :)
      Saksi yang sama tak perlu hadir ketika akad nikah. Saksi perlu ada ketika nikah, cuma tak semestinya orang yang sama yang hadir ketika menandatangani borang di hadapan pendaftar nikah.

      Semoga membantu. ;)

      Delete
  90. Salam.. saya ingin bertanya.. situasi saya, pihak lelaki berasal dari Selangor, dan akan bernikah di Penang. Adakah saksi yang tandatangani borang itu juga turut perlu hadir semasa hari akad nikah di Penang??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Zaid. :)
      Saksi yang sama tak perlu hadir ketika akad nikah. Saksi perlu ada ketika nikah, cuma tak semestinya orang yang sama yang hadir ketika menandatangani borang di hadapan pendaftar nikah.

      Semoga membantu. ;)

      Delete
  91. Salam.. saya ingin bertanya.. situasi saya, pihak lelaki berasal dari Selangor, dan akan bernikah di Penang. Adakah saksi yang tandatangani borang itu juga turut perlu hadir semasa hari akad nikah di Penang??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Zaid. :)
      Saksi yang sama tak perlu hadir ketika akad nikah. Saksi perlu ada ketika nikah, cuma tak semestinya orang yang sama yang hadir ketika menandatangani borang di hadapan pendaftar nikah.

      Semoga membantu. ;)

      Delete
  92. Salam,

    Kalau situasi nya begini mcm mana cara nya. Lelaki warga Msia menetap di Selangor dan perempuan warga Singapura. Terimakasih.

    ReplyDelete