Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia Terkini - 2021

 









Kepada pasangan beragama Islam yang ingin membina bahtera perkahwinan, mulai 1 Julai 2021 Sistem NCR Online akan DITUTUP secara rasmi kepada orang awam. Mulai 2 Ogos 2021, Jabatan Agama Islam Selangor akan menggunakan Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam (SPPIM) secara rasmi bagi urusan nikah, cerai dan rujuk di Negeri Selangor. Bagi urusan perkahwinan/nikah/khidmat nasihat, bolehlah buat permohonan di https://sppim.gov.my/sppim/home

 

Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) merupakan sistem yang disediakan berasaskan proses kerja untuk kegunaan semua Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) khususnya Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di Malaysia secara lebih efisien dan teratur. Modul-modul yang terdapat dalam SPPIM antaranya ialah permohonan kursus pra-perkahwinan, permohonan kebenaran nikah, pendaftaran nikah sehinggalah kepada proses perceraian, rujuk dan rundingcara.

 

Untuk makluman sepanjang PKP 3.0, sebarang pertanyaan dan persoalan berkaitan sistem pengurusan perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) boleh diajukan melalui talian 017-6609760, 019-7545057, 018-9882678, atau emel: hdsppim@islam.gov.my

 

 

Permohanan Kebenaran Berkahwin Online (https://sppim.gov.my/sppim/online/benarnikahonline)


Pasangan yang ingin melangsungkan pernikahan mestilah melakukan permohonan dan mendapatkan kebenaran berkahwin melalui Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di negeri masing-masing. Permohonan Kebenaran Berkahwin Online adalah satu inisiatif Jakim dengan kerjasama Jabatan Agama Islam negeri - negeri bagi tujuan memberikan kemudahan kepada masyarakat umumnya dan pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan khususnya memohon kebenaran pernikahan.


Permohonan Kebenaran Berkahwin Online pada masa ini hanya meliputi permohonan yang dibuat di Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak, Wilayah Persekutuan, Johor dan Selangor namun kemudahan ini akan terus diperluaskan bagi merangkumi negeri-negeri lain di dalam masa yang terdekat.

 


Pendaftaran PraPerkahwinan Online (https://sppim.gov.my/sppim/prakahwin/online/home)

 

Pendaftaran PraPerkahwinan Online adalah satu inisiatif Jakim dengan kerjasama Jabatan Agama Islam negeri - negeri bagi tujuan memberikan kemudahan kepada pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan membuat pendaftaran kursus PraPerkahwinan secara online.


Pemohon boleh melakukan semakan jadual kursus bagi maklumat tarikh, masa dan tempat serta maklumat kekosongan kursus untuk pendaftaran. Pendaftaran kursus PraPerkahwinan secara online pada masa ini hanya meliputi permohonan yang dibuat di Negeri Sembilan, Melaka dan Perlis namun kemudahan ini akan terus diperluaskan bagi merangkumi negeri-negeri lain di dalam masa yang terdekat.

 

 

Permohonan NCR Luar Negara (https://sppim.gov.my/sppim/ncrLuarNegara/home)

 

Modul NCR Luar Negara bertujuan untuk memberi kemudahan kepada pasangan rakyat Malaysia beragama Islam yang ingin menguruskan perihal perkahwinan, perceraian dan rujuk yang berlaku di luar negara melalui Pejabat Perwakilan Malaysia. Sila pilih perihal urusan yang diperlukan mengikut penerangan di bawah:

 

 

1.     Pengesahan Kebenaran & Status

Pengesahan ke atas Dokumen Kebenaran Berkahwin atau pengesahan status diri pemohon sama ada belum atau telah berkahwin dan tiada halangan untuk berkahwin dari pejabat kedutaan. Permohonan ini hanya diproses selepas pemohon mendapat Surat Kebenaran Berkahwin dari Jabatan Agama Islam Negeri.

Sila klik link ini untuk memohon https://sppim.gov.my/sppim/ncrLuarNegara/checkForm?lnType=SBN

 


2.     Pengesahan Dokumen Nikah

Pengesahan Dokumen Pernikahan adalah merupakan satu perakuan daripada Pejabat Perwakilan Malaysia terhadap mana-mana dokumen pernikahan yang telah dikeluarkan oleh Badan, Majlis atau Institusi Agama di luar negara yang menguruskan perkahwinan pasangan berkenaan. Pengesahan ini tidak mengesahkan keabsahan perkahwinan dari sudut syarak.

Sila klik link ini untuk memohon https://sppim.gov.my/sppim/ncrLuarNegara/checkForm?lnType=NLN

 


3.      Keterangan NCR

Keterangan Nikah, Cerai dan Rujuk adalah dokumen yang dikeluarkan oleh Pejabat Perwakilan Malaysia berdasarkan maklumat daripada Surat Perakuan Nikah, Surat Perakuan Cerai atau Surat Persekedudukan Semula (Ruju') yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri untuk kegunaan semasa tinggal di negara berkenaan.

Sila klik ini untuk memohon https://sppim.gov.my/sppim/ncrLuarNegara/checkForm?lnType=STN

 

 

Aduan Rundingcara Online (https://sppim.gov.my/sppim/rundingcara/online/rundingcaraonline)

 

Rundingcara Online adalah satu inisiatif JAKIM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri - negeri bagi tujuan memberikan kemudahan kepada individu atau pasangan yang ingin mendapatkan khidmat nasihat kekeluargaan secara online.

 

Pemohon juga boleh mendapatkan temujanji sesi rundingcara secara bersemuka dengan pegawai rundingcara di Jabatan Agama Islam Negeri, Pejabat Agama Islam Daerah. Permohonan Rundingcara melalui online pada masa ini hanya meliputi Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan).

 

 

GARIS PANDUAN BAGI PROSEDUR PENTADBIRAN PERKAHWINAN PENCERAIAN DAN RUJU’

https://sppim.gov.my/pdf/panduan/prosedur_tadbir_NCR.pdf

 

 

GARIS PANDUAN PERMOHONAN & PENDAFTARAN PERKAHWINAN, PERCERAIAN DAN RUJU’ DI LUAR NEGARA

https://sppim.gov.my/pdf/panduan/panduan_NCR_LuarNegara.pdf

 

 

PANDUAN PENGURUSAN NIKAH DI MALAYSIA

https://sppim.gov.my/pdf/panduan/panduan_pengurusan_nikah.pdf

 

 

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi:

  • Negeri Sembilan : 06-6771352 
  • Melaka : 06-333 3333 samb 5634 / 5635 / 5631 
  • Perlis : 04-979 4401
  • Kedah : 04-774 5425 / 5423 / 5424
  • Perak : 05-2418966/8963 
  • Wilayah Persekutuan : 03-2274 9333 samb 3312 / 3306
  • Johor : 07-2076330/334
  • JAKIM : 017-6609760/ 019-7545057/018-9882678

Masa: 09:00 pagi – 04:30 petang l Email: hdsppim@islam.gov.my

 

Rujukan: https://www.jais.gov.my/v2/index.php dan https://sppim.gov.my/sppim/home

Post a Comment

0 Comments