Inai Pengantin Cantik dan Berseri


Pemakaian inai kini sudah menjadi salah satu kemestian bagi menyerikan bakal pengantin perempuan pada hari pernikahan dan hari bersanding serta bertandang. 

Kebiasaannya majlis berinai akan diadakan 2 atau 3 hari (majlis berinai curi) sebelum majlis pernikahan dilangsungkan. 

Terdapat majlis berinai kecil dan juga majlis berinai besar. Majlis ini terpulang kepada pihak perempuan samaada hendak diadakan mahupun tidak. Majlis ini merupakan adat resam Melayu diadakan bagi meraikan bakal pengantin perempuan oleh ahli keluarga, saudara mara dan sahabat terdekat. 

Masa terbaik untuk berinai adalah 2 hari sebelum majlis akad nikah berlangsung agar inai yang dipakai akan kelihatan merah dan cantik pada hari pernikahan. 

Sekiranya pemilihan inai adalah dari daun inai dan dipakai secara tradisional, majlis boleh diadakan 2 hari sebelum ataupun malam nikah tersebut. Sekiranya pemilihan inai adalah dari inai tube, pastikan inai hanya dipakai pada malam akad nikah. Ini kerana inai tube kurang tahan lama kesannya berbanding inai tradisional-daun inai.

Pastikan anda benar-benar mencari orang yang berpengalaman dalam memakaikan dan melukis inai agar inai anda akan membuahkan hasil yang cantik dan bertepatan dengan kehendak anda. Inai akan menjadi salah satu perhiasan utama ketika majlis perkahwinan anda. 

Paling penting, pastikan anda selesa dengan design yang anda pilih. Terpulang kepada minat masing-masing. Ada yang suka plain dan ada yang suka design sikit dan design banyak. 


Tips-tips Penjagaan Inai Cantik Berseri

1) Hasil Inai
Hasil warna inai akan bergantung kepada jenis kulit dan suhu badan si pemakainya. Jikalau pemakainya berkulit putih, warna inai akan menjadi orange kemerahan atau merah hati. Kalau pemakainya berkulit kuning langsat, warna inai akan menjadi lebih gelap. Jika pemakainya berkulit hitam manis, warna inai akan menjadi darah beku atau merah maroon. Selalunya mereka yang berdarah A akan mendapat hasil inai yang lebih cantik namun ini bergantung juga mengikut blood circulation badan pemakai inai.

2) Basuh Bersih
Sebelum memakai inai, pastikan jari jemari tangan dan kaki anda bebas dari segala kekotoran agar dapat hasil yang cantik dan berseri. Basuh bersih-bersih dan lap sehingga kering. Setelah inai dipasang, elakkan bahagian yang dipasang inai dari terkena air serta merta. 

3) Menanggalkan Inai
Pastikan inai betul-betul kering. Buka inai perlahan-lahan dengan penuh kesabaran untuk mendapatkan hasil yang cantik. Sekiranya masih melekat, tunggu beberapa minit sehingga inai benar-benar boleh dibuka dengan rapi. Bagi inai tiub, tunggu 30 hingga 45 minit untuk mendapat hasil yang baik. 

4) Ketahanan Inai
Sapukan inai dengan minyak bayi (minyak zaitun, bebas alkohol & perfume) agar inai tak akan mudah pudar. Jauhkan peluntur, lotion, sabun dan apa sahaja yang mempunyai kandungan alkohol, soda bikarbonat, clorin dan air garam. Elakkan diri dari bermain air, basuh pinggan dan basuh baju. Makan pakai sudu dan garfu.

Contoh Inai bagi Majlis Akad Nikah








Contoh Inai bagi Majlis Persandingan






Bagi saya, hasil inai saya sangat memuaskan kerana hasilnya merah menyala dengan corak yang saya ketengahkan. Saya tak pernah pakai inai sebelum berkahwin and sangat nervous dengan hasil inai. 

Sewaktu kak Norish dan kakak-kakak inai yang lain memakai inai untuk saya, nervous je rasa sebab takut result tak seperti yang saya harapkan. Saya tak sangka hasil inainya sungguh cantik buat saya dan the colour is very beautiful. 

Walaupun kulit saya tak putih, lebih kepada kuning langsat, saya bersyukur hasilnya merah hati. Kata mereka kerana darah saya. Kata sahabat yang lain kerana kuatnya rasa cinta saya kepada suami saya. Apa pun yang penting hasilnya kita rasa memuaskan dan baik. Hasil inai saya dan suami sama-sama merah hati dan sangat cantik hasilnya. Hasil inai kami kebetulan betul-betul sama colour and we both were pleased with the result.

Colour inai time akad nikah orange kemerah-merahan sebab saya buat dua hari sebelum majlis akad nikah. Saya pula banyak melakukan kerja mengemas and that's why dia pudar sikit dari hari first saya buat. Colour inai time hari bersanding memang merah menyala sebab saya buat inai malam sebelum bersanding. Lepas buat inai, balik saya terus tidur dan hasilnya tetap sama sebab kurang buat aktiviti yang berat dan bermain air. 

Hasil inai ini adalah dari lukisan henna oleh Kak Norish. Beliau sangat friendly, berbakat dan pandai melukis. Paling best dia suka kucing and rumah dia banyak sangat kucing-kucing comel and manja. Rasa nak bawa balik je kucing-kucing dia semua! 

Hospitality yang diberi oleh Kak Norish and the crew memang terbaik. Saya ambil pakej inai kahwin dengan dia dengan harga yang reasonable with excellent result. Saya dah survey merata-rata and I would say this is the best inai service I had. 

Bagi yang tinggal di kawasan Selangor atau Kuala Lumpur yang memerlukan servis melukis inai atau henna bolehlah mengunjungi Studio Henna Kak Norish di Uptown Seksyen 24, Shah Alam atau di Noor Collectionz Alam Avenue, Shah Alam. Kak Norish boleh dihubungi di 017-3276448/017-3276405 for appointment and booking. 


Salam mesra,
Sofia =)

Post a Comment

2 Comments

  1. salam hai sofia apa khabar .

    terima kasih atas review awak yang sangat menarik :).

    kalau ada masa lapang sila lah singgah ke Studio Henna akk di padang jawa ya nnti. :)

    boleh cuba rawatan spa mini akk pula nnti :D...

    jangan lupa hubungi akk di talian ya :)

    Terima kasih Skali lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Kak Noor! Khabar baik. Akak apa khabar?
      Sama-sama. =) Saya memang suka dengan hasil inai akak.
      Saya pun ada janji yang saya akan tulis tentang servis akak.
      Thank you so much. Cantik =D
      InsyaAllah ada rezeki nanti saya datang dengan husband. ^.^
      Most welcome akak. =)

      Delete