Bercuti Tanpa Meninggalkan Rumah? Jom tengok 16 Syor Tourism Selangor!


Dengan peningkatan jumlah kes Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia dan serata dunia, rancangan percutian harus ditunda dan tempahan awal penerbangan dan penginapan perlu dibatalkan atau ditangguhkan ke tarikh yang lain. Anda boleh mengambil kesempatan ini untuk “bercuti” menerusi alam maya dan menikmati keindahan destinasi pelancongan tanpa perlu meninggalkan rumah menerusi cara-cara berikut:


1.Layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.travel bagi percutian pertama anda ke semua 9 Daerah di Negeri Selangor.

 

2.Ambil peluang ini untuk membaca semua entri blog percutian dan pelancongan di https://selangor.travel/travel-stories/ untuk idea percutian anda yang seterusnya setelah tempoh PKP tamat.

 

3.Bagi peminat seni, luangkan masa bersama orang tercinta dengan lawatan maya ke Galeri Shah Alam dengan melayari laman web rasmi mereka di https://galerishahalam.com/video/ 

 

4.Gunakan data internet percuma untuk rakyat sepanjang tempoh PKP ini untuk  mendapatkan pelbagai promosi hotel dan pakej pelancongan yang menarik di hujung jari anda!

 

5.Alami Selangor melalui video Hos Komuniti Selangor di YouTube https://www.youtube.com/watch?v=5MnIpiIS2VM dan langgani saluran YouTube rasmi Tourism Selangor untuk maklumat lanjut tentang produk dan acara pelancongan Negeri Selangor.

 

6.Tonton video yang dimuat-naik ke saluran Menarik di K. Selangor di YouTube untuk pengalaman melancong ke Daerah bersejarah, Kuala Selangor https://www.youtube.com/channel/UCQq_PVNeKlbyyfTc1mnJXXw

 

7.Rasai keseronokan dengan melayari laman web Sunway Lagoon di https://sunwaylagoon.com/ bagi melihat sendiri tarikan taman tema terbesar di Malaysia ini dan juga promosi-promosi yang ditawarkan sebagai persediaan untuk anda ke sana.

 

8.Menikmati perkhidmatan penghantaran makanan dari restoran-restoran dan kafe-kafe popular di Selangor ke pintu rumah anda di https://selangor.travel/20-best-eateries-with-takeaways-and-delivery-services-in-selangor/

 

9.Sarapan pagi di dalam bilik tidur anda.

 

10.Ambil ilham dari hotel 5 bintang dengan menghiaskan bilik tidur anda dengan cadar putih bersama tuala mandian yang baru dicuci untuk pengalaman penginapan mewah dirumah.

 

11.Berkelah di dalam rumah bersama orang tersayang.

 

12.Tiada apa yang lebih romantik daripada pengalaman menyaksikan jajaran bintang di langit malam sambil menonton filem di halaman rumah anda.

 

13.Jika anda gemar mengembara untuk seleksi makanan tular dan popular – hasilkan sendiri makanan yand harus dicuba di Selangor untuk mengisi masa lapang anda di rumah. Dapatkan idea-idea dan resepi masakan di https://selangor.travel/15-must-try-dishes-in-selangor-in-2020/

 

14.Rindukan masakan ibu di rumah? Hasilkan sendiri makanan kegemaran anda dari resepi yang anda minta dari ibu anda!

 

15.Khaskan satu diari percutian bagi tempat-tempat yang anda ingin lawati. Senaraikan segala maklumat yang dapat diperolehi seperti masa, tempat, harga tiket penerbangan dan penginapan, keperluan pakaian, belanjawan dan seleksi restoran terutamanya jika anda mempunyai alahan atau mahukan restoran halal yang menepati mod pengangkutan anda.

 

16.Cetak peta dunia dan tandakan detinasi yang anda pernah lawati dan yang anda ingin lawati. Anda juga boleh memulakan dengan peta Negeri Selangor!

 

Dengan senarai ini, kini semua orang boleh beructi tanpa perlu berjalan jauh dan meninggalkan rumah masing-masing. Pengalaman percutian boleh dinikmati dalam keselesaan di rumah, sambil menjamu makanan yang cukup enak dan bangun dari tidur di bilik mewah bak hotel 5 bintang. Tanpa anda sedari, idea-idea ini akan menemani anda sepanjang tempoh dua minggu ini lagi dan akan sekaligus memberi semangat kepada anda. Cipta memori terindah dengan hanya berada di rumah. Kongsikan senarai ini bersama rakan-rakan dan orang tersayang anda.

 

Patuhi PKP dan duduk dirumah. Anda boleh selamatkan diri anda dan orang lain. Kami di Tourism Selangor prihatin akan komuniti dan seluruh rakyat Malaysia.

Close Up of Pictures

 

Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel

 

Tentang Tourism Selangor

Tourism Selangor adalah cabang pelancongan Kerajaan Negeri yang ditubuhkan untuk meningkatkan bilangan pelancong tempatan dan antarabangsa ke Negeri Selangor dengan membangunkan keindahan dan keunikan tersendiri Negeri. Banyak inisiatif telah diambil untuk mencapai matlamat ini seperti menganjurkan kempen di peringkat domestik dan antarabangsa, mengadakan misi perdagangan pelancongan yang dilakukan di luar negara, melancarkan misi jelajah dan kembara, dan banyak lagi.


Post a Comment

0 Comments