Rainbow Pegasus by Sofia Naznim

Rainbow Pegasus by Sofia Naznim

Search Me

Wednesday, June 10, 2020

20 Restoran dan Kafe Terbaik di Selangor Yang Menawarkan Perkhidmatan Penghantaran Makanan



Isu semasa yang melanda negara telah menghalang pergerakan masyarakat untuk keluar dari rumah. Walaubagaimanapun, dengan kuasa internet dan teknologi pada hari ini, orang ramai boleh membeli makanan hanya dengan menekan butang dihujung jari! Sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, kami telah menyenaraikan restoran dan kafe yang menyediakan perkhidmatan penghantaran dan pembungkusan atau takeaway yang pasti dapat memudahkan hidup anda.

 

Sarapan pagi

 

1) Strangers at 47

 

Tidak tahu apa untuk di makan pada pagi hari? Kini, anda boleh dapatkan makanan sarapan yang enak di Strangers at 47. Terletak di Petaling Jaya, kafe ini menawarkan pelbagai set menu makanan yang terdiri daripada Rice box, Pasta box, ayam panggang dan lempeng yang sudah pasti akan memuaskan hati anda! Terdapat juga menu khas bagi yang inginkan takeaway selama tempoh PKP di mana anda boleh membuat pesanan melalui WhatsApp sahaja!

 


2) Third Letter, Bukit Jelutong

 

Bagi yang ingin mendapatkan menu terbaik untuk sarapan lewat pagi, The Third Letter adalah tempatnya! Antara menu utama mereka adalah Beef Bacon Egg Carbonara, Belacan Seafood Olio dan TTL Lamb pasta yang sangat lazat! Kafe ini turut menyediakan perkhidmatan penghantaran dan takeaway di mana anda boleh membuat pesanan melalui laman web rasmi mereka. Selain itu, kafe ini sangat mudah dicari kerana ianya terletak bertentangan dengan ibu pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor.

 

 

3) The Foxhole Bakery Café, Subang Jaya

 

Sekiranya anda sedang mencari makanan sihat untuk memulakan hari anda, The Foxhole Bakery Café adalah pilihan terbaik! Jika anda sedang mengamalkan diet yang sihat, anda boleh mencuba menu terkenal mereka iaitu Gym Junkie Brekkie yang berkalori rendah! Anda juga boleh mencuba menu lain yang boleh didapati di laman web rasmi kedai ini. Menariknya ialah anda boleh mendapatkan potongan sebanyak 15% sekiranya anda menggunakan kaedah takeaway. Bukankah itu menajubkan?

 

 

4) Hemma Kafe

 

Berkeinginan untuk makan makanan Barat atau Asia di pagi hari? Hemma Kafe yang berdekatanan dengan Sekolah Antarabangsa IDRISSI menyediakan menu sarapan utama mereka yang dipanggil Breakfast Platter yang terdiri daripada ham ayam, cendawan sosej yang dihidangkan dengan croissant mini serta telur hancur, sudah pasti akan memberikan anda tenaga. Bagi membuatkan sarapan pagi anda lebih baik, jangan lupa untuk memesan minuman terbaik di kafe ini!

 

 

5) Fat Cat Café, Sunway GEO Avenue

 

Terkenal dengan menu mereka iaitu Japanese-Fusion Rice bowl dan Ramen Goreng, Fat Cat Café dianggap sebagai tempat yang sesuai untuk sarapan lewat pagi anda! Selain daripada kawasan persekitarannya yang indah, makanan mereka yang sangat lazat menjadi tarikan orang ramai. Terdapat juga Jaya Grocer yang berdekatan di mana anda boleh membeli barangan dapur anda sambil membuat pesanan pembungkusan makanan anda!

 

 

 

Makanan Tengahari

 

1) SevenLicious Café

 

Seperti nama kedainya, hidangan makanan dan minuman oleh SevenLicious Café sudah pasti lazat! Anda boleh mendapatkan makan tengah hari dari kafe ini dengan mencuba menu istimewa mereka seperti mee, sup dan banyak lagi! Jika anda lebih sukakan makanan laut, jangan lupa untuk mencuba udang goreng tepung atau udang masak pedas mereka.

 

 

2) myBurger Lab, Petaling Jaya

 

MyBurgerLab dikenali ramai sebagai ShakeShack dan In-N-Out versi Malaysia. Sekiranya ini pertama kali anda ke myBurger Lab, kami cadangkan anda untuk mencuba Beautiful Mess atau The In-N-Out Tribute! Selain itu, mereka juga baru menambah hidangan bernama the kaiju ke dalam menu di laman web rasmi di mana anda boleh membuat pesanan di dalam talian atau terus ke kedai untuk takeaway.

 

 

3) Macaroni Food & Coffee, Klang

 

Hiasan dalam restoran yang bergaya vintaj ini bukan sahaja dikelilingi persekitaran yang tenang untuk makan tetapi kesemua makanan di menunya juga adalah sangat enak. Terdapat pelbagai pilihan makanan tengahari seperti pizza, burger, makaroni dan juga lain-lain. Juga disediakan menu kanak-kanak sekiranya anda mempunyai anak kecik dirumah.

 


4) Foodsbury

 

Masih belum makan tengahari? Pilihan anda terhad? Jangan bimbang, Foodsbury mempunyai segalanya yang anda perlukan! Anda boleh mencuba Spicy Tomyam Spaghetti mereka yang dihiasi dengan Shredded Chicken atau Salmon Fillet bagi menu makan tengah hari anda. Juga, pastikan anda tidak terlepas menu khas mereka khusus semasa PKP ini. Anda tidak akan menghadapi masalah untuk mencari kafe ini kerana ianya terletak berhampiran dengan Concorde Hotel Shah Alam.

 

 

5) The View Cafe- Best Western I-City

 

Dikelilingi pemandangan indah, kafe ini terletak di tingkat atas bangunan I-City Shah Alam. Selain menyediakan tempat untuk anda berjumpa dengan kawan-kawan, kafe ini turut menyediakan pelbagai jenis pilihan makanan tempatan mereka seperti Briyani serta pelbagai pilihan makanan barat juga!

 


Makanan Tradisional

 

1) Pinggan Puteh

 

Pinggan Puteh adalah gabungan kafe Insta-Worthy dan makanan tradisional yang terbaik di Shah Alam. Sekiranya anda datang ke kafe ini, jangan lupa untuk mencuba hidangan utama mereka iaitu Nasi Kenduri, Kuih Abuk-Abuk dan Daging Tumbuk! Sepanjang tempoh PKP ini, anda boleh dapatkan menu khas bagi pesanan takeaway dan juga bagi perkhidmatan penghantaran.

 


2) Willy Satay, Bangi

 

Adakah anda sedang mencari sate terbaik di Bangi? Jangan ketinggalan untuk mencuba semua yang ada dalam menu yang ditawarkan untuk anda. Di sini terdapat sate ayam, daging lembu dan juga babat! Willy Satay juga menawarkan anda dengan menu mereka yang lain seperti Char Kuey Teaw dan Kuey Teaw Goreng yang harus dicuba.

 

 

3) Gerobak Sate, Bukit Jelutong

Mustahil untuk terlepas Gerobak Sate terkenal ini dari senarai kami! Jika dibandingkan dengan Willy Satay, Gerobak Sate tidaklah banyak pilihan hidangan yang disediakan kerana memang secara khususnya mereka pakar dalam pembuatan sate yang begitu enak sehingga ramai pengunjung yang juga bukan dari Bukit Jelutong ke mari untuk menikmati hidangan mereka.

 

 

4) Kueh Café

 

Adakah anda berkeinginan untuk makan makanan Malaysia yang terbaik tetapi terhalang dengan perintah kawalan pergerakan yang sedang dilaksanakan ini?Jangan bimbang, dengan perkhidmatan penghantaran seperti Foodpanda, GrabFood dan lain-lain, anda kini boleh memesan apa-apa yang anda mahu tanpa perlu meninggalkan rumah! Ini adalah peluang untuk anda untuk mencuba menu khas makanan tradisional Malaysia yang ditawarkan di Kueh Café seperti Nasi dagang, Nasi Lemak Ayam Rempah, Roti Jala dan banyak lagi!

 

 

5) Bak Kut Teh Klang Yip Weng, Puchong

 

Bagi mereka yang tidak tahu, Bak Kut Teh ialah makanan tradisional orang Cina iaitu tulang rusuk daging khinzir yang dimasak di dalam sup herba. Terdapat banyak restoran Cina yang menjual Bak Kut Teh tetapi Bak Kut Teh Klang Yip Weng di Puchong sudahpun menempah namanya sebagai restoran yang menghidagkan Bak Tuk Keh terenak di Selangor dengan menu utama mereka iaitu Bak Kut Teh Sup dan Bak Kut Teh Kering. Jika anda ingin merasai Bak Kut Teh yang terbaik ni negeri ini, jangan lupa untuk mengunjung ke restoran ini!

 

 

Kedai kopi dan pencuci mulut

 

1) Cake Jalan Tiung

 

Bukankah kita semua memerlukan sedikit kemanisan untuk menceriakan kehidupan seharian? Di Cake Jalan Tiung, mereka menawarkan kek yang unik dan pelbagai perisa untuk dipadankan dengan dan kopi yang sangat lazat sehingga membuatkan anda mahukannya lagi! Dengan adanya PKP, Cake Jalan Tiung telah menyediakan menu khas bagi anda memilih hidangan anda untuk dibungkus untuk dibawa pulang atau dengan penghantaran terus ke rumah.

 

 

 2) Bert’s

 

Mari cuba Meringue Sundae Dessert yang terkenal dari Bert’s Café di mana ianya sudah pasti akan memenuhi keinginan anda! Tidak terlepas dari senarai, Bert’s Café memberikan anda kopi dan pencuci mulut yang terbaik dari menu! Persekitaran kafe yang turut memberikan suasana santai adalah sangat sesuai untuk anda membawa rakan-rakan atau orang tersayang anda.

 

 

3) Bukku Café

 

Berlokasi di Klang, Bukku Café adalah tempat terbaik untuk bersantai sambil menikmati secawan kopi. Kafe ini turut memberikan anda keselesaan yang membuatkan anda berasa seperti betul-betul berada di rumah. Kafe ini juga menawarkan Almond Tiramisu Cake dan Burnt Cheesecake yang kian menjadi kegilaan ramai!

 

 

4) Wild Sheep Home, Petaling Jaya

 

Wild Sheep Home dapat dikesan dengan mudah kerana ianya terletak berhampiran dengan Pasar Tani. Anda boleh singgah ke kafe ini dan mencuba minuman kopi dan pencuci mulut yang mereka tawarkan yang lain daripada yang lain! Juga, jangan lepaskan peluang anda untuk mencuba menu khas yang baru iaitu Happy Pack atau Pek Gembira di mana anda akan mendapat kopi dan ais krim secara percuma. Untuk pengetahuan anda, pakej ini akan disediakan sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan. Pengambilan tempahan makanan anda boleh dibuat dari jam 11am.


Jadi, apa yang anda nantikan? Rebutilah peluang untuk mendapatkan Happy Pack ini!

 


5) Brew and Bread, Kota Kemuning

 

Brew and Bread Café yang kini telah berada di dalam industri perniagaan selama 9 tahun sudah memenangi beberapa anugerah di mana salah satu daripadanya ialah Coffee World Cup Review. Hidangan utama mereka iaitu Ayam pongteh, Hot bunny Crab Pasta dan banyak lagi menjadi identiti kafe ini! Jika anda merancang untuk membeli apa-apa dari kafe ini sama ada untuk di bawa pulang atau pesanan melalui talian, pastikan anda tidak lupa untuk memesan kopi dan kek mereka!

 

Disebabkan perintah kawalan pergerakan yang kini diamalkan, ramai orang menghadapi masalah untuk mencari kedai makan yang menyediakan perkhidmatan penghantaran dan takeaway. Oleh itu, senarai di atas adalah sebahagian daripada restoran dan kafe di Selangor yang dapat membantu anda. Namakan sahaja, dari menu sarapan pagi sehingga kopi dan pencuci mulut, semuanya ada. Harap-harap ianya dapat membantu anda!



Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel


Tentang Tourism Selangor

Tourism Selangor adalah cabang pelancongan Kerajaan Negeri yang ditubuhkan untuk meningkatkan bilangan pelancong tempatan dan antarabangsa ke Negeri Selangor dengan membangunkan keindahan dan keunikan tersendiri Negeri. Banyak inisiatif telah diambil untuk mencapai matlamat ini seperti menganjurkan kempen di peringkat domestik dan antarabangsa, mengadakan misi perdagangan pelancongan yang dilakukan di luar negara, melancarkan misi jelajah dan kembara, dan banyak lagi.

No comments:

Post a comment

Follow my Instagram Journey