Welcome to

Rainbow Pegasus by Sofia Naznim

Search Me

Wednesday, June 10, 2020

10 Pasaraya dan Pembekal Barangan Runcit di Selangor yang Menyediakan Khidmat Penghantaran


Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan telah menukar pilihan dan gaya orang ramai dalam membeli-belah barangan keperluan mereka di rumah. Seperti yang diarahkan oleh pihak Kerajaan, kerjasama semua untuk duduk di rumah adalah amat dihargai bagi membantu menghentikan wabak ini daripada merebak. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu bimbang kerana hanya dengan satu klik sahaja, anda dapat membeli apa sahaja yang anda perlukan melalui atas talian! Disini kami memberikan anda senarai pasaraya dan pembekal baragan runcit yang menyediakan perkhidmatan penghantaran di Selangor!

 

1)       Tesco

 

Tesco adalah sebuah pasaraya berantai besar di Malaysia, mustahil untuk ianya terlepas dari senarai ini! Tesco menyenaraikan pelbagai pilihan barangan runcit di laman sesawang mereka di https://eshop.tesco.com.my/groceries/. Tambahan pula, mereka turut menawarkan pelbagai promosi menarik yang anda pasti tidak mahu ketinggalan!

 

 

2)       Mydin

 

Mydin kini memberikan peluang untuk anda membeli barangan runcit melalui atas talian! Anda boleh memilih sama ada untuk mengambil barang pembelian anda di pasaraya terdekat mereka atau memilih untuk barangan anda dihantar terus ke rumah. Hanya dengan melayari laman sesawang mereka di https://www.mydin.com.my/online-store/onlinestore, anda akan mendapat segala maklumat yang anda ingin tahu termasuk jenis-jenis promosi yang mereka sediakan serta barangan dan jenama terlaris mereka.



3)       Mygroser

 

Mygroser.com pasti akan membuat hidup anda lebih mudah kerana mereka mempunyai pekerja terlatih khas bagi penghantaran barang pembelian anda ke rumah! Segalanya hanya di hujung jari anda, ini kerana anda boleh mengimbas produk-produk yang boleh didapati hanya dengan melayari laman web mereka. Matlamat Mygroser adalah untuk menyampaikan hanya produk yang segar dan berkualiti. Jadi, apa lagi yang anda tunggu? Buatlah pesanan anda sekarang!

 

4)       BMS Organic

 

Terkenal dengan barangan organik mereka, BMS Organic menggalakkan anda untuk mengamalkan cara permakanan sihat! Ambil peluang semasa berada di rumah ini untuk membuat pilihan hidup yang sihat dengan membuat pembelian produk-produk organik yang mereka tawarkan di laman web rasmi mereka di https://www.bmsorganics.com/

 

5)       Happy Fresh

 

Adakah anda tahu bahawa Happy Fresh adalah antara salah satu pembeli peribadi atau personal shopper yang terbaik di Malaysia? Bukan sahaja mereka dapat membantu dalam pembelian barangan di pasaraya pilihan anda, mereka juga akan membuat penghantaran terus ke rumah! Adakah anda tertanya-tanya bagaimana untuk melakukannya? Sangat mudah, anda hanya perlu melayari ke laman web  https://www.happyfresh.my/ dan klik pada butang daftar!

 

 

6)       Signature Market

 

Dengan adanya Signature Market, ia memudahkan semua untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat. Di sini, anda boleh mendapatkan pelbagai jenis produk yang berkualiti tinggi pada harga yang sangat berpatutan. Mereka turut menawarkan perkhidmatan pembelian atas talian 24 jam yang membolehkan anda untuk membuat pembelian barangan runcit pada bila-bila masa sahaja yang anda mahu!

 

 

7)       Bigbox Asia

 

Terperangkap di rumah disebabkan MCO? Kini Bigbox sentiasa bersedia untuk berkhidmat untuk anda! Anda kini boleh mendapatkan barangan keperluan dengan harga yang rendah bersama tawaran-tawaran hebat mereka yang terdapat di laman sesawang https://www.bigboxasia.com/. Apa yang anda nantikan, lakukan pesanan anda sementara stok masih ada. Percayalah, anda sudah pasti tidak mahu ketinggalan!

 


8)       Potboy

 

Membeli barangan runcit di atas talian tidak akan lengkap sekiranya anda tidak menggunakan perkhidmatan daripada Potboy di https://potboy.com.my/. Bukan sahaja mereka membuatkan anda tertarik dengan promosi terbaik pada harga yang rendah, anda juga boleh mendapatkan barangan pembelian anda dihantar ke rumah secara percuma!

 


9)       Organic Express

 

Organic Express adalah pembekal barangan runcit terbaik apabila ia berkaitan dengan bahan-bahan segar. Antara barangan mereka yang menarik adalah seperti Organic box dan Stay @ Home Hearty Snack Box mereka yang terdiri daripada makanan-makanan ringan sihat yang terbaik sepanjang tempoh MCO ini!

 

 

10)   Jaya Grocer

 

JayaGrocer adalah pilihan yang tepat sekiranya anda sedang mencari produk makanan yang diimport atau tempatan yang terbaik bagi keperluan anda setiap hari! Melalui perkhidmatan penghantaran, barangan runcit kegemaran anda akan dihantar terus ke rumah, Jaya Grocer sudah pasti akan menjadikan pembelian atas talian anda lebih mudah! Anda boleh menyemak senarai barangan runcit di laman web mereka atau dengan memuat turun aplikasi mereka di telefon pintar anda!

 

Berada di rumah mungkin telah menghadkan segala pergerakan anda untuk melakukan banyak 

perkara, terutamanya membeli barangan dapur di kedai mahupun di pasaraya secara bebas. 


Tetapi adakah anda tahu bahawa semasa anda berada di rumah, anda masih boleh membuat 

pembelian di atas talian yang bukan sahaja menjimatkan masa, tetapi juga tenaga! 


Ambillah peluang ini untuk menghabiskan masa dengan orang-orang yang anda sayangi di rumah. 


Dengan adanya senarai ini, pembelian barangan keperluan seperti makanan akan menjadi lebih 

mudah! Layari laman web yang tertera untuk pengalaman membeli belah atas talian yang terbaik.


 

Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel


Tentang Tourism Selangor

Tourism Selangor adalah cabang pelancongan Kerajaan Negeri yang ditubuhkan untuk meningkatkan bilangan pelancong tempatan dan antarabangsa ke Negeri Selangor dengan membangunkan keindahan dan keunikan tersendiri Negeri. Banyak inisiatif telah diambil untuk mencapai matlamat ini seperti menganjurkan kempen di peringkat domestik dan antarabangsa, mengadakan misi perdagangan pelancongan yang dilakukan di luar negara, melancarkan misi jelajah dan kembara, dan banyak lagi.

No comments:

Post a comment

Follow my Instagram Journey