Duduk dengan keluarga ke sendiri? Belum ada rumah?



Tajuk artikel kali ni macam kenal tak? Biasa tak dengar? Kalau dah kahwin, ni memang antara soalan wajib dan favourite orang akan tanya. Ini koleksi pengalaman dari kebanyakan kawan-kawan yang dah kahwin. Kalau belum kena maybe sebab orang memang dah tahu or orang tu rasa soalan tu agak private. Depends macam mana dia tanya. Ada orang bertanya niat dia baik, ada yang saja nak ambil tahu tetapi untuk mengata di belakang kita. So tengok nasib macam mana. Apa pun in the end, let them judge, we should know ourselves better.

Berbalik kepada soalan cepumas di atas, memang antara favourite questions yang orang suka tanya bila dah kahwin. Kalau korang jenis duduk dengan keluarga/family, ini antara famous statement orang akan kata:

  • ·         ‘Kenapa tak duduk sendiri’
  • ·         ‘Suami/isteri tak ada rumah ke’
  • ·         ‘Rumah sendiri belum beli ke’
  • ·         ‘Dah kahwin ni duduk sendiri baru best’
  • ·         ‘Tak ada privacy la duduk dengan family’
  • ·         ‘Boleh ke duduk dengan mertua’
  • ·         ‘Boleh ke husband duduk dengan family wife’
  • ·         ‘Boleh ke wife duduk dengan family husband’
  • ·         ‘Kalau belum ada rumah lagi, belilah rumah’
  • ·         ‘Biar sewa, tak beli pun tak apa, asalkan tak duduk dengan mak ayah’
  • ·         ‘Duduk sendiri barulah bertanggungjawab’

Siapa yang dah kahwin biasa tak dengar soalan dan statement yang macam kat atas ni? Especially kalau duduk dengan family, this is normal. Kan? Kebanyakkan statement memang tak ada insurans.

Kepada orang yang bertanya, tak salah tanya, tapi janganlah mengeluarkan statement yang menunjukkan awak ni tak memahami dan sangatlah judgemental. Cuba tanya elok-elok, ini tanya tentang rumah macam nak offer rumah, tapi diri sendiri pun rumah masih ada loan or mak ayah beli, then nak judge orang. Tak baik tau. Bukan semua orang cerita tentang harta dan hidup dia. So janganlah judge.

Kepada orang yang kena tanya, bertabahlah dan biarkan je. Kalau hardcore sangat soalan-soalan atau statement dia, balas je balik dengan berhemah dan bijak. Kadang-kadang diorang ni mungkin bosan dan jenis yang suka ambil tahu tentang hidup orang. So kita kena tahu macam mana nak anwer dengan orang yang macam ni,

Buat yang jenis suka bertanya, lepas tu sindir atau sibuk nak bagi comment yang tak membina, bukan semua orang yang tak duduk sendiri tu tak mampu. Ada yang keluarganya memerlukannya disebabkan faktor-faktor kewangan atau kesihatan. Ada yang mak ada ayah tak ada, ada yang ayah ada, mak tak ada. Ada yang tak ada adik beradik, siapa nak jaga mak ayah dia yang dah tua? Ada yang parents sakit, adik beradik lain sibuk dengan hal dunia, siapa lagi nak jaga? Ada yang memang tak mampu nak beli rumah, dia duduk la dengan keluarga dia. Rumah sekarang bukan murah, nak beli flat pun kena ada at least RM 100,000++.


Jangan cakap macam-macam bila tahu orang tu tak mampu nak beli rumah, mulalah cakap, siapa suruh kahwin awal, rumah pun tak ada. Statement lain pula, rumah sendiri dah ada? Ambillah loan beli rumah cepat-cepat. Kita kenalah start invest, rumah makin lama makin mahal (siapa tak tahu). Ala murah je apartment ni compared dengan yang lain. Rumah tak payah beli mahal-mahal, asalkan ada rumah, tak menumpang dengan mak ayah.

Macam-macam orang kita ni. Usahlah begitu. Senang-senang je jatuh dosa. Lagi-lagi kalau perkara tu tak benar, dibuat-buat dan kemudian disebarkan. Yang penting orang tu ada atap (bumbung) atas kepala, lindung dia dari panas terik dan hujan. Ramai lagi yang tak berbumbung, yang tu nak cakap apa pula?

Bukan semua orang bagi tahu satu dunia, aku ada rumah, rumah aku dekat alamat sekian-sekian, harga rumah aku lebih dari RM xxx,xxx, aku pakai duit gaji aku sendiri, tak duduk dengan mak ayah, barulah berdikari duduk sendiri. Best ke buat macam tu? Rasa bagus ke? Tak baik buat macam tu. Jatuh riak dan takbur.

Kita sebelum nak meninggi diri, ukur betul-betul. Kalau dah ukur, mesti malu nak buat. Even kalau nak menasihat pun ada caranya. Usahlah merendahkan dan menjatuhkan yang lain. Meskipun kita ni kaya ataupun berduit (mahupun ambil loan; sedangkan diri tu berhutang), tak perlulah berlagak. Harta patut disembunyikan bukan dihebohkan dengan cara yang memudaratkan dan membahayakan. Paling penting hati dan mulut kita ni, janganlah suka hati menilai sehingga membidas kata-kata yang kurang enak.

Kalau nak jual barang ke rumah ke, tak perlu paksa-paksa, orang tu tahu apa dia nak. Rumah bukan MLM. Guna cara yang berhemah tak perlu peril-memperli. Ingat, suatu ketika dulu, siapa yang ada rumah? Everyone start from nothing. Everyone ada dia punya pace. Everyone ada sebab kenapa dan mengapa dia lakukan something. Everyone ada usaha dan rezeki masing-masing.

Sebagai orang luar, cuba memahami dan jangan buruk sangka. Kadang-kala orang yang kita terlebih nilai dengan prasangka yang tidak baik itulah yang lebih berharta dari kita. Mungkin bukan dari segi kewangan, tapi kebaikan yang kita tak nampak. Janganlah mengherdik. Elakkan diri dari mengumpat dan menfitnah.



Soalan berkaitan rezeki ini haruslah ditanya dengan cermat dan prihatin dengan memikirkan sensitiviti. Tanyalah dengan beradab. Kalau overly tanya tu, nak belikan rumah ke kat orang yang awak tanya tu?

Sekurang-kurangnya orang yang buat keputusan untuk duduk dengan mak ayah untuk jaga mak ayah dia itu adalah anak yang baik. Kita tak tahu mugkin dia yang bayar rumah, dia jaga makan minum mak ayah dia. Bila lagi nak berbakti kat mak ayah? Tak kan bila dah kahwin, mak ayah, keluarga ditinggalkan?

Dapat pasangan yang memahami, syukur. Dapat mertua yang memahami bertambah-tambah syukurnya. Tak salah duduk bersama asalkan bahagia. Mak ayah, adik beradik juga harus pandai memberi ruang dan privasi. Kalau kedua-dua pihak bijak memberi kerjasama, tidak menjadi masalah untuk tinggal bersama, malah hubungan akan menjadi lebih akrab kerana saling menyayangi dan memahami.


Siapa yang beli rumah dengan duit sendiri tu bagus, Alhamdullilah. Tetapi tak perlu perli orang yang tak ada rumah. Bukan semua orang nak beli rumah. Kalau dia dah ada rumah buat apa nak beli. Bagi dia kalau dia tak nak invest dalam perumahan, tapi dia invest di tempat/portfolio yang lain. Betul tak? Banyak lagi cara untuk berjaya. Salah satu adalah dengan tidak menundukkan orang lain. :) 

Apa pun kepada yang dah ada rumah sendiri, mereka pun dulu start dengan tak ada rumah. Nak membantu biar kena cara, tak perlu perli, tak perlu paksa, tak perlu meninggi diri dan kurang adab. Kadang-kadang orang yang senyap atau cakap tak ada tu orang yang ada banyak harta. 

Kesimpulannya, kita haruslah sentiasa berusaha untuk mendapat rezeki dan tawakal serta redha dengan pemberian yang Tuhan bagi. Kalau hari ni awak ada rumah, dia ada rezeki lain yang awak tak ada. Setiap orang diberi rezeki dan peluang yang berbeza. Justeru, usahlah kita terlalu cepat menilai dan bertanya tanpa adab. Fikir sebelum tanya dan cakap, jangan cepat sangat menilai tanpa memahami.



Salam ingatan.
Sofia

Pictures credit to Google images

Post a Comment

0 Comments