Anak: Ada atau tiada, itu adalah sebahagian daripada pilihan, rezeki dan ketentuan




Sebagaimana janjiku padamu, akan ku tunaikan. Janji untuk menunaikan permintaan artikel tentang anak. 

Soalan berkaitan anak ini hanyalah ditujukan kepada yang sudah berkahwin. Baru kahwin ke or dah kahwin lama, tetap kena sebab ni favourite question. Dia punya graf pertanyaan tu selalunya akan bertukar dari tanya untuk happiness ke arah tanya untuk ‘busy body’ bila masa beransur masa.

Bukan semua, bukan majoriti, tetapi sesetengah, segelintir. Berdasarkan koleksi pengalaman kenalan-kenalan mahupun sahabat handai, banyak yang kecewa dengan pertanyaan yang bermula sebagai ingin tahu tetapi ending dia penuh dengan perasaan yang kurang menyenangkan. Antara koleksi soalan-soalan yang gemar ditanya adalah:

Baru kahwin
  • ·         “Dah ada isi belum?”
  • ·         “Dah tambah sorang lagi belum?”
  • ·         “Dah ada rezeki?”
  • ·         “Bila nak ada ‘your name’ Junior”
  • ·         “Tak sabar ni nak tengok anak you all, nanti mesti cantik, etc…”
  • ·         “Cepat sikit jangan tunggu lama-lama, tak baik”
Kalau korang nak tahu atau tak tahu, soalan-soalan ni sangat standard dan common. Depends, some people okay with it, some people are not (imagine je lah kalau kena kat korang). Maybe lenggok tanya tu kena betul supaya bunyi tak macam emosi yang keruan sekiranya menyentuh peribadi dan privasi seseorang.

Dah lama kahwin tetapi belum menimang cahaya mata
  • ·         “Belum ada anak lagi?”
  • ·         “Bila you nak ada anak”
  • ·         “Lambatnya you nak ada anak”
  • ·         “Plan ke atau sebab tak boleh”
  • ·         “Dah pergi berubat ke?”
  • ·         “I ada kenal orang yang boleh ubat kalau tak boleh nak ada anak ni”
  • ·         “Boleh try posisi sex untuk senang dapat anak ni"
  • ·         “Ada anak tu best, rezeki, tak baik tunggu lama-lama”
  • ·         “Kahwin untuk ada anak, kalau tak ada anak, nanti husband/isteri cari lain”
  • ·         “Nanti kalau tak bagi anak dekat husband, husband you ok ke? You bagi ke kalau dia nak kahwin lain?”
  • ·         “Rezeki belum ada, maybe you boleh ambil anak angkat”
The list can become longer than this. Kalau korang salah seorang yang kena, do share with me apa common questions yang orang suka tanya for knowledge sharing.

Kenapa orang suka tanya soalan-soalan macam kat atas. Banyak sebab. Ada yang baik, ada yang tak berapa baik. Ada yang reti bertanya, ada yang memang fail bila nak tanya soalan sebab kurang ‘empathy’. Bukan simpati, empati. Empati adalah apabila kita cuba memahami seseorang individu dengan meletakkan diri kita di tempat dia dan cuba merasai apa yang dia rasa. Ini akan membantu kita untuk lebih menolong orang lain, bukan menjatuhkan mahupun menyusahkan orang lain.

Heart-shaped Red Neon Signage

Masyarakat kini lebih gemar untuk menjaga tepi kain orang dengan niat untuk mengambil tahu dan bergosip, tetapi bukan untuk menolong. Tak menjadi masalah untuk bertanya, tapi kita haruslah menjaga sensitiviti dan air muka seseorang terutama di hadapan individu yang lain. Sebelum nak melontarkan sesuatu pertanyaan, cuba fikir dahulu, adakah ini isu sensitif?

Sekiranya ia, pastikan bertanya bila adanya privasi dan susun ayat dengan betul nak beradab. Unless, orang yang you tanya tu memang tak kisah apa pun (ada orang macam ni, gangster aka cool style-tapi baik-baik ada kalanya orang macam ni lagi sensitif). Tak bermakna gangster-gangster atau cool-cool, dia tak ada soft spot. Mustahil dia tak terasa langsung kalau asyik tanya dengan cara yang kurang menyenangkan. Manusia tetap ada hati dan perasaan. Kena cuba untuk menjaga mana yang kita mampu.

Kepada yang suka bertanya pula, jangan terlalu skeptical dan memandang perkara pada satu area sahaja. Kita harus cuba untuk memahami dengan lebih mendalam dan tahu tentang batas percakapan. Elakkan menghina, mengherdik, bercakap tentang soal rezeki dengan pasti dan membuat pihak yang ditanya itu rasa kecewa ataupun marah. Kalau kena orang yang belum nak ada anak lagi, tak apa lagi. Kalau yang tak boleh ada anak atau anak dia sudah meninggal bagaimana? Fikir-fikirkanlah.

Close-up of Baby Feet

Malah ada juga ibu-ibu yang sedang mengandung (kebanyakannya yang mengandung anak pertama) yang terlalu menghebohkan hal anak dengan melukakan hati kawan-kawan yang tidak mempunyai anak. Ini terjadi apabila mereka berjumpa dan sangat heboh dan keterlaluan di dunia social network. Ada yang berpada-pada, ada yang terlalu berlebihan. Usahlah keterlaluan, lagi-lagi yang masih sedang mengandung. Ingatlah bila kita ada, ada yang tiada. Dan bila kita tiada ada yang ada. Cakap yang baik-baik, bukan yang pelik-pelik.

Kita harus ingat juga, bukannya semua orang nak ada anak serta merta, bukan semua orang bersedia untuk ada anak, bukan semua orang boleh ada anak dan ada orang yang mungkin pernah kehilangan, keguguran atau mempunyai trauma-trauma tertentu di dalam hidup mereka. Bukan tiada anak itu tiada rezeki. Kadang kala tiada anak itu mungkin lebih baik untuk dia/mereka (itulah rezeki mereka). Janganlah mempermainkan isu rezeki kalau kita sendiri tidak memahaminya.

Rezeki datang dalam pelbagai bentuk, salah satunya anak. Tetapi ada pelbagai jenis rezeki juga dikurniakan oleh Tuhan, kalau dia tidak menganugerahkan anak. Dia maha Kaya dan Mengetahui, dia tahu apa yang Dia lakukan. Mungkin itu yang terbaik untuk individu mahupun pasangan tersebut dan itulah rezeki yang orang lain mampu mempersendakan tanpa memahami.

Smiling Baby Biting Right Index Finger

Ramai yang ada anak tetapi tidak bahagia kerana pasangan tidak memahami,  tidak menolong, curang dan sebagainya. Ramai juga yang tiada anak tetapi bahagia kerana mereka saling memahami dan juga setia walaupun ada mengalami keadaan sukar dalam soal anak mahupun perkahwinan. Semua ada baik buruknya. Tiada yang sempurna.

Namun, kita harus berusaha untuk menjaga rumah tangga sendiri. Jangan disebabkan mulut terlalu tidak baik, kita menyebabkan bahtera perkahwinan orang lain musnah. Elakkan dari mengumpat dan menfitnah. Setiap pasangan ada rezeki yang berbeza, jangan pernah samakan.

Bukan semua suami reti menghargai isteri yang mangandung dan melahirkan anak. Sangat menggerunkan tetapi inilah hakikat masa kini. Bukan di Negara kita sahaja, tetapi Negara lain juga sedang berleluasa. Nisbah wanita lebih banyak berbanding lelaki, ini adalah salah satu sebabnya. Selain subjek poligami yang sering ‘digalakkan’ kini dan disalahtafsir dan disalahgunakan, makin lama, makin menjadi kalau tidak memahami dan mendalami.

Person Holding Baby's Feet

Mencari pasangan yang baik itu sukar, kalau ada itulah antara rezeki yang terbaik. Bukan senang sahaja bersama, perit jerih itu juga yang diharungi bersama. Itulah antara rezeki perkahwinan yang sukar didapati sekarang dan kalau dimiliki, hargailah.

Biarlah orang nak tanya soalan macam mana pun dan create speculation, yang penting anda tahu hal bahtera keluaga indah anda dan layarilah dengan kekuatan dan kesabaran. Sesetengah orang cemburu melihat kebahagiaan rumahtangga walaupun berdua. Sesungguhnya kita yang merancang, Tuhan yang tentukan, tetapi biarlah merancang dengan baik, bersama. ;)

Akhir kata, sangat normal untuk bertanya dan bersembang tetapi biar kena pada cara. Kalau kita tahu itu pilihan dia  atau dia mempunyai cerita dan pengalaman yang tersendiri, hormatilah dan cubalah untuk memahami. Kalau kita tahu itu bukan masa buat pasangan itu, jangan dipaksa-paksa. Hiduplah bermasyarakat dengan menolong dan memahami supaya tiada hati yang dilukai. =)

Salam sayang,
Sofia

Frozen Wave Against Sunlight

Post a Comment

0 Comments