bahasa ,

Nota Kehidupan

Tuesday, August 09, 2016 Sofia Naznim 0 Comments


❣  Gaji RM 1800, RM 1200 diberi kepada ibu bapanya. 
Mengaji sehingga tingkatan 2, orang caci hina kata tiada masa depan. 
Gaji RM 4,800, RM 200 diberi kepada ibu bapanya. 
Mengaji sehingga Ijazah, experience kerja 10 tahun, orang sanjung kata hebat memanjang. 
Seorang yang katanya hina, meniaga cendol di bahu jalan. 
Seorang yang katanya hebat, seorang tauke kedai. 
Janganlah suka hati menghina, memandang rendah orang lain. 
Tengok orang muka samseng kata tiada masa depan. 
Sedangkan hati mereka ada yang lebih mulia...




❣  Mungkin lebih baik kita beri makanan yang khas untuk si kucing jalanan makan dari memberi sisa yang cuma tak lalu suap dan pandang.

Mungkin lebih baik juga kita beri sisa makanan yang tinggal cuma dari pembaziran dan sadaqah kepada si kucing jalanan.

Abaikan ‘mungkin’.



❣  Memberi itu penting. 
Tak semestinya menggunakan duit baru nak memberi. 
Buat sendiri pun boleh. 
Hasilkan sendiri lebih bermakna. 
Tapi kalau ada duit pun banyak alasan, memang tak akan ke mana. 
Dalam hidup ini memberi lebih besar nikmatnya dari menerima. 
Jadi bila kita ada, hulurlah pada yang memerlukan, pada yang disayangi dan dicintai. 
Bila hati rasa nak bagi, bagi. 
Takut nanti kita tak sempat nak bagi...

Hasil nukilan,
Sofia Naznim


You Might Also Like

0 comments :