cantik ,

Makeup natural masa hari perkahwinan ❤

Thursday, July 14, 2016 Sofia Naznim 0 Comments


Salam sejahtera buat semua ;)

Kali ni saya nak share dengan awak semua tentang someone yang banyak membantu saya pada hari pernikahan dan persandingan saya, my makeup artist, Alia Aleeyaa. Before saya jumpa dia, saya try juga cari-cari dekat kedai-kedai makeup macam Benefit, Mac semua. Selagi tak jumpa yang berkenan, selagi tu la nervous. (>.<) 

Alhamdullilah saya berkenalan dengan Alia di Sephora Starhill, Kuala Lumpur berhampiran dengan Pavilion. Time tu, Sephora baru je buka. Saya pergi sana sebab semangat nak cari barang-barang makeup before kahwin dan kat sana banyak jenis brand yang kita boleh pilih. 

Punyalah tengok Youtube, ingat nak makeup sendiri. Cuba-cuba tapi jauh sekali dari pro. Not my expertise and sebenarnya saya pun tak reti nak makeup tebal-tebal and selalunya makeup kahwin dia mesti lain sikit. Aura makeup kahwin ni kena ada 'wow' factor. Kalau tak, nampak biasa-biasa. 

First time saya beli barang makeup yang complete that time dengan bantuan Alia dan dia memudahkan kerja saya sebab saya memang blur time tu. First timer, biasalah kan. Tapi yang paling best bila dia makeup kan saya terus rasa tertawan. Paling penting cara dia berinteraksi dan layan saya memang baik, penuh respect dan genuine. 

Saya tanya dia buat makeup kahwin tak and dia kata boleh. Saya beritahu dia yang saya tak nak terlalu tebal sampai tak nampak muka asal saya, nak natural dan dia kata boleh buat. Terus rasa lega sikit and I'm a happy lady. Saya terus book dia. On my wedding day, syukur dia datang dan makeup kan saya. Dia makeup saya untuk hari nikah dan hari sanding. 





My husband, saya letak bedak sikit je dan Alhamdullilah nampak seri lelaki dia. Dia pun rasa tak perlu makeup dan saya pun rasa dia tak perlu. Kalau you all rasa husband perlu sangat makeup time hari sanding, touch up dengan compact powder and concealer untuk cover pimples je kalau ada. Jangan overdo sebab lelaki lebih better nampak senatural yang boleh. Bedak je pun tak apa, supaya tak nampak berminyak especially untuk tangkap gambar nanti.

Saya and hubby memang buat semua sendiri, no wedding planner. Best sebab awak boleh betul-betul pilih apa yang awak dan suami nak dengan harga yang reasonable. Plus kami nak simple, so bersyukur berusaha sama-sama dengan buat A to Z dengan helpful family dan kena rajin research. Sebab tu saya buat blog merangkumi persada perkahwinan khas untuk bakal-bakal pengantin di luar sana. =)




You can see the result dalam pictures di bawah. Syukur, saya suka, suami suka, family suka dan orang yang hadir pun puji. Paling penting, she didn't overdo my makeup and I simply love the overall result. 





So kalau cik adik nak someone yang menyenangkan dan boleh bagi result yang cantik, call Alia cepat-cepat dan terus book siap-siap once both side agree. Zaman sekarang memang banyak makeup artist tapi mahal sangat dan banyak yang overdo. Tapi kalau nak tebal pun tak ada masalah, dia boleh buat. Ikut citarasa masing-masing.

To me, she is a talented make up artist with a lot of experiences, wonderful lady, awesome makeup kit dan harga dia charge sangat berpatutan. InsyaAllah event apa-apa pun dia boleh buat. Nak tunang, nikah, sanding, dinner, make up for modelling/photography, just call/msg/whatsapp her at 014-9715627. =) 




Semoga entri ni membantu especially kepada bakal pengantin di luar sana. Bakal husband yang landing di page ni bolehlah share dengan bakal wife k. Sejuk hati dia bakal husband banyak membantu sebelum kahwin, apatah lagi selepas kahwin nanti. Teruskan sharing dan semoga hari pernikahan dan persandingan nanti, you guys nampak cantik dan berseri. =) 


Love,
Sofia

You Might Also Like

0 comments :