Resipi Istimewa Murtabak





Jom Berbuka Puasa dengan Resipi Murtabak Kaya Sayuran Alpro Pharmacy


Murtabak merupakan juadah tradisi istimewa di sepanjang bulan Ramadan. Murtabak datang dalam pelbagai bentuk dan inti, seperti daging cincang atau isi ayam selain pilihan lain berintikan keju dan mi yang lebih moden. Walaupun merupakan kegemaran tempatan, murtabak mempunyai kandungan kolesterol dan lemak yang tinggi, maka ia harus dinikmati dengan kadar yang berpatutan.

 

Alpro Pharmacy, rangkaian farmasi preskripsi terbesar di Malaysia, bekerjasama dengan Pakar Diet Alpro, Nor Anieza Binti Abas, untuk mencuba resipi versi murtabak sayur yang mudah dan boleh disediakan di rumah.

 

Resipi ini juga sesuai untuk dinikmati selepas berpuasa selama lebih 13 jam setengah di bulan Ramadan.

 


BAHAN-BAHAN (untuk 6 biji)

  • 250g isi ayam (dicincang)
  • 6 keping kulit popia
  • 2 biji telur (saiz B)
  • 2 sudu makan rempah kari ayam/daging (dibancuh)
  • 50g bunga kobis (dipotong kecil)
  • 30g lada benggala (dipotong dadu)
  • 25g lobak merah (dipotong dadu)
  • 30g kobis (dipotong halus)
  • 1 biji bawang besar (saiz sederhana) - dipotong dadu
  • 1 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 biji cili merah (pilihan)
  • 3 batang daun sup
  • 1 sudu kecil garam
  • 1⁄2 kiub ayam
  • 1 sudu kecil gula
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Sedikit air

 


CARA-CARA

1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau dan lembut.

2. Masukkan rempah dan masak sehingga pecah minyak.

3. Masukkan ayam, bunga kobis dan lobak merah. Tambahkan sedikit air. Masak sehingga ayam

masak dan sayur empuk.

4. Tambah perasa dengan kiub ayam, garam dan gula. Kacau sehingga sedikit kering.

5. Masukkan kobis, lada benggala dan cili. Kacau sehingga rata.

6. Sebelum diangkat, masukkan daun sup dan gaul.

7. Pecahkan telur di dalam mangkuk kecil asing dan pukul sedikit.

8. Angkat bahan yang dimasak tadi ke dalam mangkuk besar. Masukkan telur yang dipukul ke

dalam dan gaul rata.

9. Bentangkan kulit popiah di atas talam. Sudukan (3 sudu) inti tadi ke atas kulit popiah.

10. Lipat kulit popia dengan cara melipat atas, bawah, kiri dan kanan.

 

Untuk memanggang murtabak seeloknya, gunakan kuali yang rata. Letakkan 1 sudu makan minyak secukupnya supaya murtabak tidak terlekat pada kuali. Panaskan kuali dan minyak dengan api perlahan. Letakkan murtabak di atas kuali. Tekan sedikit murtabak, terbalikkan, dan tekan sekali lagi sehingga murtabak masak dengan sekata.

Apabila sudah siap, murtabak tersebut boleh dihidangkan dengan kuah bawang.


 

Resepi kuah bawang

  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 2 sudu makan cuka makan
  • 2 sudu kecil gula
  • Sedikit garam

 

Cara-cara

Campurkan semua bahan dan gaul rata. Siap dihidang bersama murtabak.

 

Untuk maklumat lanjut berkenaan Farmasi Alpro dan mendapatkan informasi terkini, sila layari halaman Facebook dan Instagram rasmi Alpro.

 

Perundingan dengan ahli farmasi profesional di mana-mana cawangan Alpro di seluruh negara adalah percuma. Sebagai alternatif, anda juga boleh berhubung dengan ahli farmasi melalui talian hotline Whatsapp e-farmasi di 019-7021923.

 

Tentang Farmasi Alpro

Alpro merupakan komuniti farmasi pertama dan satu-satunya rangkaian preskripsi terbesar di Negara ini dengan pengisian lebih dari 250,000 preskripsi setiap tahun.Ia juga telah dianugerahkan pensijilan ISO 9001:2015 untuk produk farmaseutikal dan kini merupakan rangkaian farmasi preskripsi terbesar di Malaysia. Mengisi lebih daripada 250,000 preskripsi setahun, Alpro telah dianugerahkan oleh Malaysia Book of Records pada tahun 2021 untuk bilangan Preskripsi terbanyak yang dikeluarkan oleh Komuniti Farmasi dalam Setahun.

Sila layari laman web https://www.alpropharmacy.com untuk maklumat yang lanjut.

Post a Comment

0 Comments