Tajuk artikel kali ni macam kenal tak? Biasa tak dengar? Kalau
dah kahwin, ni memang antara soalan wajib dan favourite orang akan tanya. Ini koleksi pengalaman dari kebanyakan kawan-kawan yang dah kahwin. Kalau belum kena maybe sebab
orang memang dah tahu or orang tu rasa soalan tu agak private. Depends macam
mana dia tanya. Ada orang bertanya niat dia baik, ada yang saja nak ambil tahu
tetapi untuk mengata di belakang kita. So tengok nasib macam mana. Apa pun in the end, let
them judge, we should know ourselves better.
Berbalik kepada soalan cepumas di atas, memang antara favourite
questions yang orang suka tanya bila dah kahwin. Kalau korang jenis duduk dengan keluarga/family, ini antara famous statement orang akan kata:
- · ‘Kenapa tak duduk sendiri’
- · ‘Suami/isteri tak ada rumah ke’
- · ‘Rumah sendiri belum beli ke’
- · ‘Dah kahwin ni duduk sendiri baru best’
- · ‘Tak ada privacy la duduk dengan family’
- · ‘Boleh ke duduk dengan mertua’
- · ‘Boleh ke husband duduk dengan family wife’
- · ‘Boleh ke wife duduk dengan family husband’
- · ‘Kalau belum ada rumah lagi, belilah rumah’
- · ‘Biar sewa, tak beli pun tak apa, asalkan tak duduk dengan mak ayah’
- · ‘Duduk sendiri barulah bertanggungjawab’
Siapa yang dah kahwin biasa tak dengar soalan dan statement yang macam kat atas ni? Especially kalau duduk dengan family, this is normal. Kan? Kebanyakkan statement memang tak ada insurans.
Kepada orang yang bertanya, tak salah tanya, tapi janganlah
mengeluarkan statement yang menunjukkan awak ni tak memahami dan sangatlah
judgemental. Cuba tanya elok-elok, ini tanya tentang rumah macam nak offer
rumah, tapi diri sendiri pun rumah masih ada loan or mak ayah beli, then nak
judge orang. Tak baik tau. Bukan semua orang cerita tentang harta dan hidup dia. So janganlah judge.
Kepada orang yang kena tanya, bertabahlah dan biarkan je. Kalau
hardcore sangat soalan-soalan atau statement dia, balas je balik dengan
berhemah dan bijak. Kadang-kadang diorang ni mungkin bosan dan jenis yang suka ambil tahu tentang hidup orang. So kita kena tahu macam mana nak anwer dengan orang yang macam ni,
Buat yang jenis suka bertanya, lepas tu sindir atau sibuk nak bagi comment yang tak membina, bukan semua orang yang tak duduk sendiri tu tak mampu. Ada
yang keluarganya memerlukannya disebabkan faktor-faktor kewangan atau
kesihatan. Ada yang mak ada ayah tak ada, ada yang ayah ada, mak tak ada. Ada
yang tak ada adik beradik, siapa nak jaga mak ayah dia yang dah tua? Ada yang
parents sakit, adik beradik lain sibuk dengan hal dunia, siapa lagi nak jaga?
Ada yang memang tak mampu nak beli rumah, dia duduk la dengan keluarga dia.
Rumah sekarang bukan murah, nak beli flat pun kena ada at least RM 100,000++.
Jangan cakap macam-macam bila tahu orang tu tak mampu nak
beli rumah, mulalah cakap, siapa suruh kahwin awal, rumah pun tak ada.
Statement lain pula, rumah sendiri dah ada? Ambillah loan beli rumah
cepat-cepat. Kita kenalah start invest, rumah makin lama makin mahal (siapa tak
tahu). Ala murah je apartment ni compared dengan yang lain. Rumah tak payah
beli mahal-mahal, asalkan ada rumah, tak menumpang dengan mak ayah.
Macam-macam orang kita ni. Usahlah begitu. Senang-senang
je jatuh dosa. Lagi-lagi kalau perkara tu tak benar, dibuat-buat dan kemudian
disebarkan. Yang penting orang tu ada atap (bumbung) atas kepala, lindung dia
dari panas terik dan hujan. Ramai lagi yang tak berbumbung, yang tu nak cakap
apa pula?
Bukan semua orang bagi tahu satu dunia, aku ada rumah, rumah
aku dekat alamat sekian-sekian, harga rumah aku lebih dari RM xxx,xxx, aku
pakai duit gaji aku sendiri, tak duduk dengan mak ayah, barulah berdikari duduk
sendiri. Best ke buat macam tu? Rasa bagus ke? Tak baik buat macam tu. Jatuh riak dan takbur.
Kita sebelum nak meninggi diri, ukur betul-betul. Kalau dah
ukur, mesti malu nak buat. Even kalau nak menasihat pun ada caranya. Usahlah
merendahkan dan menjatuhkan yang lain. Meskipun kita ni kaya ataupun berduit (mahupun
ambil loan; sedangkan diri tu berhutang), tak perlulah berlagak. Harta patut
disembunyikan bukan dihebohkan dengan cara yang memudaratkan dan membahayakan.
Paling penting hati dan mulut kita ni, janganlah suka hati menilai sehingga
membidas kata-kata yang kurang enak.
Kalau nak jual barang ke rumah ke, tak perlu paksa-paksa,
orang tu tahu apa dia nak. Rumah bukan MLM. Guna cara yang berhemah tak perlu peril-memperli.
Ingat, suatu ketika dulu, siapa yang ada rumah? Everyone start from nothing.
Everyone ada dia punya pace. Everyone ada sebab kenapa dan mengapa dia lakukan
something. Everyone ada usaha dan rezeki masing-masing.
Sebagai orang luar, cuba memahami dan jangan buruk sangka.
Kadang-kala orang yang kita terlebih nilai dengan prasangka yang tidak baik
itulah yang lebih berharta dari kita. Mungkin bukan dari segi kewangan, tapi
kebaikan yang kita tak nampak. Janganlah mengherdik. Elakkan diri dari mengumpat
dan menfitnah.
Soalan berkaitan rezeki ini haruslah ditanya dengan cermat dan
prihatin dengan memikirkan sensitiviti. Tanyalah dengan beradab. Kalau overly
tanya tu, nak belikan rumah ke kat orang yang awak tanya tu?
Sekurang-kurangnya orang yang buat keputusan untuk duduk
dengan mak ayah untuk jaga mak ayah dia itu adalah anak yang baik. Kita tak
tahu mugkin dia yang bayar rumah, dia jaga makan minum mak ayah dia. Bila lagi
nak berbakti kat mak ayah? Tak kan bila dah kahwin, mak ayah, keluarga ditinggalkan?
Dapat pasangan yang memahami, syukur. Dapat mertua yang
memahami bertambah-tambah syukurnya. Tak salah duduk bersama asalkan bahagia.
Mak ayah, adik beradik juga harus pandai memberi ruang dan privasi. Kalau
kedua-dua pihak bijak memberi kerjasama, tidak menjadi masalah untuk tinggal
bersama, malah hubungan akan menjadi lebih akrab kerana saling menyayangi dan
memahami.
Siapa yang beli rumah dengan duit sendiri tu bagus,
Alhamdullilah. Tetapi tak perlu perli orang yang tak ada rumah. Bukan semua orang nak beli rumah. Kalau dia dah ada rumah buat apa nak beli. Bagi dia kalau dia tak nak invest dalam perumahan, tapi dia invest di tempat/portfolio yang lain. Betul tak? Banyak lagi cara untuk berjaya. Salah satu adalah dengan tidak menundukkan orang lain. :)
Apa pun kepada yang dah ada rumah sendiri, mereka pun dulu start dengan tak ada rumah. Nak membantu biar kena cara, tak perlu perli, tak perlu paksa, tak perlu meninggi diri dan kurang adab. Kadang-kadang orang yang senyap atau cakap tak ada tu orang yang ada banyak harta.
Apa pun kepada yang dah ada rumah sendiri, mereka pun dulu start dengan tak ada rumah. Nak membantu biar kena cara, tak perlu perli, tak perlu paksa, tak perlu meninggi diri dan kurang adab. Kadang-kadang orang yang senyap atau cakap tak ada tu orang yang ada banyak harta.
Kesimpulannya, kita haruslah sentiasa berusaha untuk mendapat
rezeki dan tawakal serta redha dengan pemberian yang Tuhan bagi. Kalau hari ni
awak ada rumah, dia ada rezeki lain yang awak tak ada. Setiap orang diberi
rezeki dan peluang yang berbeza. Justeru, usahlah kita terlalu cepat menilai
dan bertanya tanpa adab. Fikir sebelum tanya dan cakap, jangan cepat sangat
menilai tanpa memahami.
Salam ingatan.
Sofia
Pictures credit to Google images
0 Comments