Welcome to

Rainbow Pegasus by Sofia Naznim

Search Me

Monday, January 11, 2021

Tourism Selangor Lancar Video Promosi Pelancongan Sempena Kempen “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!"



TOURISM SELANGOR LANCAR VIDEO PROMOSI PELANCONGAN SEMPENA KEMPEN

 “NAK BERCUTI? PUSING SELANGOR DULU!”

 

Video Khas Menampilkan Duta Kempen, Che Puan Juliana Evans Menerokai Tarikan Pelancongan Negeri Selangor Boleh Mula Ditonton pada 12 Januari ini


Kerajaan Negeri Selangor menerusi Tourism Selangor selaku Agensi Promosi Pelancongan Rasmi Negeri akan secara rasmi melancarkan video promosi pelancongan untuk Kempen Pelancongan Domestik; "Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!" yang sedang giat digerakkan sebagai salah sebuah inisiatif bagi memulihkan industri pelancongan Negeri Selangor yang terkesan oleh pandemik Covid-19.


Video promosi pelancongan Kempen "Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu" akan dilancarkan serta boleh mula ditonton di saluran YouTube rasmi Tourism Selangor pada 12 Januari 2021 pada pukul 12.00 tengah hari di pautan https://www.youtube.com/watch?v=CHzQdXhtBo0&feature=youtu.be.


Video berdurasi 2 minit 30 saat itu turut menampilkan Duta Kempen, Che Puan Juliana Evans dan seleksi tarikan pelancongan menarik meliputi 9 buah Daerah di Negeri Selangor; Petaling, Kuala Langat, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Hulu Selangor, Sepang, Hulu Langat, Gombak dan Klang.


Antara ikon pelancongan Negeri Selangor yang ditampilkan adalah seperti Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Batu Caves, Kajang Heritage Centre, Sultan Abdul Aziz Royal Gallery, i-City Shah Alam dan Sunway Lagoon. Apa yang lebih menarik, video tersebut turut menampilkan pengalaman Duta Kempen, Che Puan Juliana Evans di Sky Mirror, Istana Bandar Kuala Langat, Kuala Kubu Bharu Heritage Trail, serta pengalaman beliau melakukan aktiviti sukan ekstrem, White Water Rafting di Kuala Kubu Bharu.


Che Puan Juliana Evans yang merupakan seorang hos, pelakon, dan selebriti dengan lebih 19 tahun dalam industri telah dilantik sebagai Duta untuk Kempen "Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu" untuk tempoh dua tahun. Dalam sebuah kenyataan di Majlis Pelancaran Kempen ini pada Disember lalu berkata, "Saya berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor dan Tourism Selangor kerana memberi peluang kepada saya untuk menggalas tanggungjawab ini. Sebagai seorang anak jati Negeri Selangor, saya amat berbangga dilantik menjadi Duta Kempen ini. Tambahan pula, saya seorang yang gemarkan aktiviti pelancongan, dan Negeri Selangor mempunyai pelbagai destinasi pelancongan yang cantik dan menarik. Jadi, kepada peminat saya, jika  "Nak Bercuti, Pusing Selangor Dulu!"

 

Adalah menjadi harapan Tourism Selangor, agar video promosi pelancongan dengan nafas baharu ini akan dapat memberikan pendedahan kepada umum tentang tarikan pelancongan menarik yang terdapat di Negeri Selangor, seterusnya menjadikan Negeri Selangor sebagai destinasi percutian pilihan pelancong domesik seterusnya memacu pertumbuhan ekonomi Negeri Selangor.


Namun harus diingatkan, amalan berlandaskan SOP perlu diberikan penekanan pada setiap masa.


Poster pengumuman tayangan video promosi pelancongan Tourism Selangor sempena Kempen “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu”

 

 Tonton di: 

 https://www.youtube.com/watch?v=CHzQdXhtBo0&feature=youtu.be




Paparan skrin dari video promosi pelancongan Tourism Selangor


Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel dan di laman YouTube di saluran “Tourism Selangor”.


No comments:

Post a Comment

Follow my Instagram Journey @sf_artography