Year End Sale sehingga 70% Beli@hurr x Rizman Ruzaini, Pereka Fesyen Terkenal Malaysia!




Siapa tak kenal Rizman Ruzaini, pereka fesyen terkenal tanah air yang selalu memaparkan koleksi fesyen terkini dan eksklusif! 
Berita baik untuk semua peminat fesyen Rizman Ruzaini, jangan lepaskan peluang keemasan untuk dapatkan the hottest fashion melalui promosi jualan hujung tahun di laman web Beli@hurr http://shop.hurr.tv.  

Tak perlu risau tentang harga sebab harga ada diskaun menarik antara 50% hingga 70% okay! Harga serendah RM 149, dah dapat baju Rizman Ruzaini guys, memang class you! Lagi best, ada 24 gaya untuk dimiliki, so memang best kalau borong banyak-banyak! Kos penghantaran pun percuma! SALE bermula dari sekarang sampai 31 Disember 2019, dapatkan kualiti rekaan yang bermutu tinggi dengan tawaran diskaun hebat hari ini! 

Abang-abang kacak kat luar sana jangan ketinggalan mendapatkan kombo jaket biker metalik bersama t-shirt monogram Rizman Ruzaini yang dijual pada harga RM199 sahaja! 

Adik-adik manis pula, serlahkan gaya chic anda dengan kombo top dan skirt berpetak pada harga serendah RM149. Banyak lagi fesyen menarik boleh dilihat di laman web http://shop.hurr.tv. Untuk peminat fesyen macam saya memang wajib beli, lagi-lagi Rizman Ruzaini! 😍

So apa tunggu lagi guys, dapatkan baju kesukaan RR anda di https://shop.hurr.tv/collections/rizman-ruzaini

Kalau nak tengok secara live betapa cantiknya koleksi RR digayakan oleh model-model, anda boleh tonton di https://www.youtube.com/watch?v=AtaAwvtWh5Y di mana Rizman Ruzaini juga berkongsi dengan Julia Farhana Marin tentang koleksi fesyen ekslusif dari sudut reka dan material pakaian serta pelan masa hadapan beliau.





Semua cantik😭

Jom tengok🤩

Pengarah Saluran hurr.tv, Datin Elaine Daly berkata, “Ini merupakan kolaborasi pertama Beli@hurr bersama pereka fesyen tempatan. Kami amat berbesar hati untuk menjadi medium kepada jenama Rizman Ruzaini bagi mengetengahkan koleksi mereka yang sentiasa menjadi buruan peminat. Kualiti rekaan mereka tidak perlu dipertikaikan. Malah dengan harga menarik yang ditawarkan, promosi ini seharusnya diambil oleh peminat fesyen untuk mendapatkan koleksi eksklusif Rizman Ruzaini.” 

Bagi mendapatkan inspirasi penataan, anda juga boleh ke laman web, YouTube atau aplikasi hurr.tv untuk melihat episod khas Nak Beli. Salah seorang pengasas jenama fesyen itu, Rizman Nordin berkongsi lebih lanjut mengenai konsep dan material bagi setiap koleksi berkenaan. 

Untuk maklumat lanjut mengenai hurr.tv, ikuti mereka di: 


***

MENGENAI HURR.TV 

Inginkan kandungan original yang berunsurkan hiburan, urban, relevan dan realiti? hurr.tv adalah definisi tepat dengan kandungan yang menggambarkan keunikan di Kuala Lumpur. hurr.tv adalah laman gaya hidup dan platform strim video yang membolehkan anda menonton pada mana-mana peranti yang mempunyai internet secara on the go. Kami membawakan anda kandungan dalam talian yang memenuhi selera penonton muda Malaysia. Dengan memaparkan personaliti media sosial dan selebriti, tumpuan kami adalah untuk menyajikan hanya yang terkini dan trending. Kami memastikan segalanya realiti dengan mengutamakan kandungan yang menarik memfokuskan kepada perkembangan terkini fesyen, kecantikan, kesihatan, gaya hidup dan isu kontemporari dengan gaya yang lebih santai. 

Dilancarkan pada 2016, hurr.tv sehingga kini telah mendapat lebih 69 juta tontonan dan 432 ribu pengikut di YouTube. Dengan kandungan program original dan menghiburkan seperti LimaLeTop, Muzik Jam, K-Poppers, Makan Apa?, In & Out KL dan Instafamous Battle, hurr.tv muncul antara laman hiburan dan gaya hidup utama Malaysia yang memaparkan personaliti terkenal seperti Ain Edruce, Faizdickie, Zack Merican, Sharifah Rose, Ismail Izzani, Naim Daniel, Tasnim Shah, Cupcake Aisyah dan ramai lagi. 

  
MENGENAI BELI@HURR 

Beli@hurr adalah butik e-dagang yang menawarkan pelbagai produk fesyen, kecantikan dan gaya hidup yang eksklusif mengikut citarasa rakyat Malaysia. Di Beli@hurr, kami menawarkan produk unik dan berkualiti untuk memenuhi keperluan gaya hidup anda dan membolehkan anda membeli-belah di mana jua pada bila-bila masa hanya di hujung jari. 

Membeli-belah tanpa sempadan hanya di Beli@hurr. 

Post a Comment

0 Comments