bahasa ,

Laman Minda

Thursday, April 27, 2017 Sofia Naznim 0 Comments


Atas awan sana
Ada langit hitam
Ada kapal kelip malam
Dalam menara sana
Ada gadis berbaju hitam
Ada hati suram kelam
Selerak nota halaman ke mana
Tersadai hanyut di laman minda
Perah otak di balik persada
Merantai jiwa melepaskan bencana
Lari sini ke mari-mari
Inilah tempatku mencari-cari
Ilmu dan ilham
Pada malam membuah saham
Di laman minda
Tidak lagiku terpinga-pinga
Wacana segala perkara!

Hasil nukilan,
Sofia Naznim

You Might Also Like

0 comments :