Menanti Dalam Luka


Ku rangkumkan sepatah kata
Untuk kau percaya
Ku ranumkan sepatah kata
Untuk kau merasa
Ku selitkan kepercayaan
Dan perasaan dalam dada
Bertebaran kasih di ruang jiwa
Kerana menanti sebuah cinta
Emosi indah di panaroma
Untuk kau bawa
Yang kini menggila di seketika masa
Terdetiknya rindu yang kini tiada
Yang pasti kini
Hanya hati terluka...

Karya Sofia Naznim

Post a Comment

0 Comments