Bahagia ,

Selamat Datang ke Persada Perkahwinan!

Wednesday, December 03, 2014 Sofia Naznim 0 Comments

Salam dan Selamat Datang ke Blog Persada Perkahwinan!


Blog ini adalah untuk semua tidak kira yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan ataupun yang sudah berkahwin. Kepada bakal-bakal pengantin, mesti anda berdebar-debar menunggu saat raja sehari anda tiba dan sudah pasti banyak persiapan yang sedang dijalankan.

Usah takut usah gentar kepada yang masih belum pasti dengan bakal persiapan yang perlu ada asalkan sudah pasti dengan pilihan cinta hati anda yang bakal melayari bahtera rumahtangga bersama. Itu yang paling utama, pilihan anda kerana dialah yang akan bersama-sama melayari bahtera percintaan yang halal bersama anda tika cerah, mendung, manis dan pahit dugaan hidup.

Info-info yang terdapat di dalam blog ini adalah perkongsian ikhlas daripada penulis kepada para pembaca sekalian. Semoga bahan bacaan ini dapat membantu anda dalam mencari jawapan kepada pertanyaan tentang perkahwinan dan juga membantu bakal-bakal pengantin yang menguruskan perkahwinan mereka sendiri dengan lebih mudah dengan info-info khas yang diberi.

Akhir kata, selamat menguruskan persediaan ke alam perkahwinan dan selamat berbahagia kepada yang sudah mendirikan rumahtangga!


Yang ikhlas,
Sofia Naznim

You Might Also Like

0 comments :