Cuti sekolah sudah bermula! Ini adalah masa yang sesuai untuk anak-anak anda menikmati waktu rehat mereka.
Jika anda sedang mencari tempat untuk membawa anak-anak anda, Tourism Selangor telah menyenaraikan beberapa tempat menarik untuk merancang sebuah travelog mini bersama anak-anak anda.
TARIKAN & AKTIVITI
Daripada
berayun-ayun di kapal angkasa hingga melompat tanpa henti di atas trampolin,
Selangor menawarkan segala-galanya untuk menghabiskan hari yang terbaik bersama
anak-anak anda! Mari terokai tempat-tempat menarik yang disenaraikan ini untuk
merancang pelbagai aktiviti bersama si cilik anda.
Muzium Coklat
Pernahkah
anda membayangkan dunia yang diperbuat daripada coklat? Siapa yang memerlukan
tiket emas ke Willy Wonka apabila kita mempunyai Muzium Coklat di Kota
Damansara Petaling Jaya? Muzium Coklat ini adalah muzium coklat terbaharu,
paling menarik dan unik di Asia Tenggara, dengan paparan digital interaktif,
fakta menarik, peralatan terkini dan lebih daripada 100 jenama coklat tersedia
dengan tawaran harga terbaik! Jadikan anak-anak anda Next Asian Top Chocolatier
dengan menyertai aktiviti di makmal
coklat mereka pada harga serendah RM 39 sahaja dan bawa balik coklat buatan
tangan mereka yang lazat.
Jump Street Asia
Melompat,
melantun dan bergolek di atas hampir seratus trampolin yang disambungkan ke
gelanggang besar, termasuk gelung bola keranjang trampolin yang unik,
gelanggang dodgeball trampolin, bola gelembung dan beg udara gergasi yang boleh
dicuba oleh anak-anak anda. Jump Street Asia ialah taman permainan indoor yang menyeronokkan untuk semua,
sama ada anda seorang atlet amatur atau berpengalaman. Terdapat juga kawasan
bermain khas untuk kanak-kanak seawal usia tiga tahun.
Next-Gen
Terletak
di Pusat Beli-belah One Utama, Next-Gen ialah Taman Tema Family Edutainment seluas sekitar 45,000 kaki persegi yang
menampilkan Taman Permainan Kanak-kanak dan Play
City. Anak-anak anda boleh meneroka kedai roti, balai bomba dan pasar raya
seperti dunia sebenar! Dilengkapi dengan Karaoke, Zon Permainan, Bilik Parti
dan Kafe, Next-Gen memenuhi keperluan mereka yang berjiwa muda dengan pelbagai
aktiviti dan tarikan yang ditawarkan.
Amverton Riverine Splash, Water
Theme Park
Cuti
sekolah tidak lengkap untuk masyarakat Asia tanpa percutian tropika! Mari
bermain di taman tema air bertemakan
tribal yang baru dibuka di Amverton Riverine Splash. Hanya 1 jam dari Kuala
Lumpur, Riverine Splash menawarkan lebih 12 tarikan, dengan Riverine Hotel
& Suites terletak betul-betul di sebelah taman tema ini.
GASTRONOMI
Sudah
tiba masanya untuk berada jauh dari skrin anda! Nikmati makanan di restoran
bertema di Selangor ini, dilengkapi dengan kawasan permainan untuk anak-anak
anda. Terokai gastronomi hebat yang disenaraikan di sini dan manjakan diri anda
dengan hidangan yang lazat dan memuaskan.
Restoran FOODtree
RAWR!
Restoran bertemakan Jurassic yang terletak di Glenmarie Shah Alam ini
sememangnya menyeronokkan di bandar yang boleh anda terokai bersama anak-anak
anda! Restoran FOODtree menawarkan masakan yang lazat daripada Dinosaur Trap
(ayam panggang), Nest of Dinosaur (spaghetti bolognese), Telurex (ais kepal
Milo) dan Jumbo Herbs mereka!
Dilengkapi dengan ruang acara untuk parti persendirian, Restoran ini mempunyai
pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak, daripada mewarnai Dinosaur sehinggalah
menunggang mereka di sekitar restoran.
Geng’s Corner, Upin Ipin
Betul
betul betul! Imbau kembali zaman kanak-kanak di restoran bertema Upin Ipin oleh
Les’ Copaque di Shah Alam ini. Pelbagai masakan ditawarkan di sini, daripada
hidangan tempatan yang lazat dan makanan barat kepada Makanan Thai; restoran
ini mempunyai segalanya yang bertepatan dengan selera anda! Geng's Corner
terletak berhampiran dengan Les’ Copaque itu sendiri, di mana segalanya bermula
untuk animasi legenda ini.
Kafe Bucket B, Jaya One
Terletak
di Petaling Jaya, Kafe Bucket B menawarkan hidangan dan pastri barat yang lazat
untuk anak-anak anda. Kafe ini direka khas untuk mesra kanak-kanak, lengkap
dengan kawasan permainan, buku cerita dan semua jenis mainan dan permainan
video yang tersedia. Kafe yang menenangkan dan estetik ini bukan sahaja menarik
untuk kanak-kanak tetapi juga tempat yang santai untuk ibu bapa menikmati
secawan kopi atau teh mereka.
PENGINAPAN
Travelog
anda tidak lengkap tanpa staycation bersama
keluarga kecil anda! Terokai hotel hebat ini yang memenuhi harga dan pilihan
yang berbeza. Jangan risau! Hotel-hotel ini juga terletak berhampiran tarikan
menarik dan kedai makanan yang disenaraikan di atas untuk merehatkan diri anda
selepas seharian beraktiviti bersama anak-anak anda.
De-Art Hotel Shah Alam
Jadi
Picasso kecil seterusnya di De-Art Hotel, Shah Alam. Setiap bilik mempunyai
tema seni dan jalan cerita tersendiri, daripada filem, selebriti dan cerita
dongeng, kepada dunia fantasi dan seni moden. Sudah tiba masanya untuk
anak-anak anda bersama watak animasi kegemaran mereka atau menanam minat anda
terhadap karya-karya seni yang terdapat di sini.
Semenyih Eco Venture Resort &
Recreation
Semenyih
Eco Venture ialah tempat percutian yang menenangkan, jauh dari kesibukan dan
hanya 45 minit dari Kuala Lumpur. Ia adalah "hotel kontena terbesar"
di kawasan Hulu Langat, dan sebahagian daripada pusat rekreasi luar seluas 20
ekar. Semenyih Eco Venture ialah tempat yang sesuai untuk berseronok dan
menaikkan adrenalin anda daripada pelbagai sukan lasak yang ditawarkan
bersesuaian dengan tema mereka "play hard, get dirty & have fun!"
Dashbox Hotel, Cyberjaya
Dengan
arnab hijau sebagai maskot, Dash Box Hotel Cyberjaya ialah tempat yang sesuai
untuk membawa keluarga anda bercuti. Penampilan seni binanya yang futuristik
memikat mata dan sesuai untuk mengambil gambar sebagai kenang-kenangan untuk
anak-anak anda. Bukan itu sahaja, hotel ini juga berdekatan dengan D’Pulze
Shopping Centre, Tasik Putrajaya, Sembunyi Spa dan KidzTech Centre. Terletak di
tengah-tengah hab teknologi global, hotel ini benar-benar sesuai untuk
percutian hujung minggu.
Kita
semua tahu betapa bosannya anak-anak apabila mereka terkurung di rumah. Sama
ada pada hujung minggu atau musim cuti sekolah, Selangor mempunyai
segala-galanya, dari taman tema ke taman permainan indoor serta restoran mesra keluarga! Untuk lebih banyak inspirasi
perjalanan ke Selangor, layari laman web rasmi Tourism Selangor,
www.selangor.travel, atau ikuti akaun media sosial rasmi Tourism Selangor;
Instagram, Facebook, Twitter, TikTok, dan saluran YouTube Tourism Selangor.
#PusingSelangorDulu.
Mengenai Tourism Selangor
Tourism Selangor merupakan Agensi Promosi Pelancongan Rasmi Negeri Selangor yang ditubuhkan bagi meningkatkan bilangan pelancong tempatan dan antarabangsa ke Selangor dengan mempertingkat dan membangunkan keindahan negeri yang terkenal serta belum ditemui.
Negeri ini merangkumi 9 daerah, termasuk Petaling, Gombak, Klang, Sepang, Hulu Langat, Sabak Bernam, Kuala Selangor, Kuala Langat dan Hulu Selangor. Kawasan ini dikenali sebagai destinasi pelancongan dan acara yang menarik.
Terdapat banyak inisiatif telah diambil bagi mencapai matlamat ini, seperti penganjuran kempen tempatan dan antarabangsa, acara, misi perdagangan pelancongan luar negara, jelajah tempatan dan banyak lagi.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://selangor.travel/ atau ikuti di laman Twitter, Facebook dan Instagram
0 Comments