Ketahui Kekayaan Sejarah Kesultanan Di Selangor dan
Kepentingannya Sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj
Duli Yang
Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj telah dimasyhurkan sebagai
Sultan Selangor ke-9 pada 22 November 2001. Dalam memperingati hari keputeraan
Baginda, mari kita mengimbau kembali kekayaan sejarah dan
pemerintahan sultan-sultan terdahulu dengan menelusuri sejarah di 6 tempat
bersejarah di seluruh negeri ini!
ISTANA BANDAR, KUALA LANGAT
Kompleks
istana tersergam indah yang dikenali sebagai Istana Bandar terletak di Banting,
Kuala Langat dan berfungsi sebagai ibu kota awal kerajaan negeri Selangor.
Istana Alaeddin, nama lain untuk struktur 40 bilik ini, telah dibina pada tahun
1899 di bawah Almarhum Sir Alaeddin Sulaiman Shah, Sultan Selangor ke-5. Marmar
dan kayu berkualiti tinggi digunakan dalam pembinaan struktur, yang turut
menampilkan reka bentuk berinspirasikan agama Islam. Beberapa seniman dari
negara China yang mereka bentuk istana ini juga menyumbang pengaruh budaya Cina
dengan menggunakan bumbung papan fascia berukir dan butiran sirip naga.
Pelancong digalakkan untuk melawat Istana Bandar bersama tour guide untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah istana
dan pemerintahan Sultan Alaeddin Sulaiman.
BUKIT JUGRA, KUALA LANGAT
Tahukah anda
bahawa Bukit Jugra mempunyai beberapa tinggalan bersejarah dan makam bagi
beberapa sultan. Berdekatan dengan Istana Bandar ialah Masjid Sultan Alaeddin
yang dibina pada tahun 1930-an dan diwartakan sebagai National Heritage Site. Terletak berhampiran kaki Bukit Jugra
adalah makam Sultan Abdul Samad, dan tanah perkuburan keluarganya sejak 1886.
Terdapat juga makam Raja Berayon, yang merupakan panglima perang kepada Sultan
Abdul Samad dan pemerintah Kajang. Di kaki Bukit Jugra, terletak Muzeum Insitu
Jugra, yang dibina pada tahun 1878 oleh seorang pegawai polis British, Kapten
Harry Charles Syers dan pernah menjadi balai polis dan penjara lama. Jika anda
mempunyai masa lapang, pergi mendaki bukit dan cuba pengalaman paragliding yang menyeronokkan.
GALERI DIRAJA SULTAN ABDUL AZIZ, KLANG
Terletak di
Klang, galeri ini bertempat di bangunan kolonial bersejarah dari tahun 1909 dan
digunakan oleh British sebagai pejabat pentadbiran mereka pada zaman
penjajahan, Jepun pada Perang Dunia Kedua dan seterusnya oleh beberapa pihak
berkuasa tempatan sehingga ia dipulihkan sebagai Galeri Diraja Sultan Abdul
Aziz. Pengunjung akan mendapat gambaran tentang tahun-tahun awal pemerintahan
Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sebagai putera mahkota, serta
kerjayanya sehingga pelantikannya sebagai Sultan Selangor Kelapan pada 1960 dan
sebagai Yang di-Pertuan Agong Kesebelas pada 2001. Terdapat juga Koleksi objek
diraja dari zaman pemerintahannya termasuk hadiah dan artifak.
ISTANA ALAM SHAH, KLANG
Istana rasmi
Sultan Selangor dipanggil Istana Alam Shah, dan ianya terletak di Klang. Di
situlah Duli Yang Maha Mulia menjalankan tugas rasmi baginda sebagai Sultan dan
tempat adat Raja Selangor diadakan. Dibina pada tahun 1905 oleh Sultan Alauddin
Sulaiman Shah, Sultan Selangor yang kelima, istana ini dibuka pada waktu siang
dan pengunjung perlu mendapatkan kebenaran untuk masuk. Walau bagaimanapun,
pengunjung boleh melawat kawasan luar istana melalui Royal Klang Town Heritage
Walk, di mana mereka juga akan mempelajari sejarah diraja.
MASJID DIRAJA SULTAN SULEIMAN, KLANG
Masjid Diraja
Sultan Suleiman merupakan sebuah masjid yang indah beserta seni bina unik yang
terletak di Klang. Ia dibina pada tahun 1932 dan dirasmikan pada tahun 1934
oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Alaeddin Suleiman Shah. Di sebelah masjid,
terdapat makam diraja di mana beberapa raja, permaisuri dan kerabat Selangor
disemadikan. Masjid ini dihadiahkan oleh Kerajaan British kepada Sultan
Selangor ketika itu iaitu Sultan Sulaiman Alaeddin Shah bagi memperingati
pengisytiharan Klang sebagai bandar diraja.
KOTA RAJA MAHADI, KLANG
Kota Raja
Mahadi merupakan sebuah kubu yang terletak di lokasi strategik di Bukit Kota,
Klang, dengan kedudukan tinggi di atas Sungai Klang. Dibina pada tahun 1866,
kubu ini mempunyai hubungan rapat dengan daerah Klang pada zaman lalu. Raja
Mahadi sendiri pernah menggunakan kubu ini untuk menghalau penyokong atau askar
Raja Abdullah yang merupakan saingannya dalam Perang Klang. Selain berfungsi
sebagai benteng pertahanan, kubu ini juga digunakan untuk memerhati atau
mengintip kapal musuh ketika melalui Pangkalan Batu dalam perjalanan ke Klang.
Hanya pintu yang membuka ke dalam kubu sahaja yang tinggal. Terdapat juga
beberapa artifak sejarah dan papan tanda untuk pengunjung membaca dan
mengetahui lebih lanjut mengenainya.
Temui warisan
dan legasi diraja yang tersohor dengan melawati mana-mana tapak bersejarah ini
dan ketahui kekayaan sejarah kesultanan di Selangor dan kepentingannya. Untuk
lebih banyak inspirasi pelancongan dan lawatan ke negeri Selangor, layari laman
web rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel, atau ikuti akaun media sosial
rasmi Tourism Selangor; Instagram, Facebook, Twitter, TikTok, dan saluran
YouTube Tourism Selangor. #PusingSelangorDulu!
Mengenai Tourism Selangor
Tourism Selangor merupakan Agensi Promosi Pelancongan Rasmi Negeri Selangor yang ditubuhkan bagi meningkatkan bilangan pelancong tempatan dan antarabangsa ke Selangor dengan mempertingkat dan membangunkan keindahan negeri yang terkenal serta belum ditemui.
Negeri ini merangkumi 9 daerah, termasuk Petaling, Gombak, Klang, Sepang, Hulu Langat, Sabak Bernam, Kuala Selangor, Kuala Langat dan Hulu Selangor. Kawasan ini dikenali sebagai destinasi pelancongan dan acara yang menarik.
Terdapat banyak inisiatif telah diambil bagi mencapai matlamat ini, seperti penganjuran kempen tempatan dan antarabangsa, acara, misi perdagangan pelancongan luar negara, jelajah tempatan dan banyak lagi.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://selangor.travel/ atau ikuti di laman Twitter, Facebook dan Instagram
0 Comments