Tourism Selangor Lancar Baucar Pelancongan Negeri Selangor; "Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!"
Kerajaan Negeri
Selangor menerusi Tourism Selangor selaku Agensi Promosi Pelancongan Rasmi
Negeri meneruskan langkah proaktif ke arah merancakkan industri pelancongan
Negeri Selangor dengan pelaksanaan Kempen
“Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!”
Kempen ini mula
diwar-warkan melalui landasan digital bermula pada 10 Jun yang lalu, susulan
pengumuman pembukaan semula sektor pelancongan domestik Negara oleh pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya
Malaysia (MOTAC) sempena penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan
Pemulihan (PKPP).
Umum
mengetahui, industri pelancongan merupakan antara yang paling terjejas ekoran
impak dari pandemik Covid-19 yang melanda dunia. Sebahagian operator
pelancongan perlu menutup operasi atau beroperasi tanpa keuntungan dan golongan
yang bergantung pada industri pelancongan pula terjejas pendapatan, malah ada
yang hilang mata pencarian.
Memahami
situasi ini, Kerajaan Negeri Selangor telah menjadi pendahulu dalam pelaksanaan
dua Pakej Rangsangan Ekonomi dan juga
Pelan Pemulihan Ekonomi Negeri Selangor 2020 yang telah diumumkan oleh YAB. Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’
Menteri Besar Selangor pada 13 Julai lalu. Antara yang digariskan dalam
Pelan Pemulihan Ekonomi Negeri Selangor 2020 adalah Pakej Bantuan Sektor
Pelancongan dengan jumlah
keseluruhan peruntukan sebanyak RM 2,600,000.00.
Pakej Bantuan
Sektor Pelancongan ini turut merangkumi penerbitan subsidi “Baucar Pelancongan
Negeri Selangor” dengan nilai peruntukan sebanyak RM 2,000,000.00.
Penggunaan baucar ini adalah dalam bentuk
pengembalian mata nilai dompet elektronik dan baucar eletronik sebanyak RM
200.00 seorang untuk penerima yang layak. Baucar ini perlu digunakan bagi
pakej-pakej pelancongan terpilih yang akan melalui penyenaraian di aplikasi
dompet elektronik Touch ‘n Go e-Wallet
dan aplikasi ‘marketplace’ Lazada Malaysia melalui capaian khas
pautan sesawang mikro ‘Kempen Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!’.
Penebusan subsidi baucar pelancongan ini akan membuka promosi jualan di
kedua-dua landasan e-dagang tersebut
bermula pada 8 hingga 31 Januari 2021 dengan tempoh sah-laku bagi pakej yang telah dibeli sehingga 30 Jun
2021.
Pihak Tourism
Selangor juga mensarankan kepada para pelancong untuk mengamalkan norma baharu
yang menekankan SOPs (Standard Operating
Procedures) mengikut saranan Majlis Keselamatan Negara (MKN) semasa
melancong ke Negeri Selangor.
Adalah menjadi
harapan Kerajaan Negeri dan Tourism Selangor agar Kempen “Nak Bercuti? Pusing
Selangor Dulu!” dapat memberikan impak yang signifikan ke arah membangunkan
semula industri pelancongan domestik Negara, seterusnya memacu pertumbuhan
ekonomi Negeri Selangor.
Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel atau di :-
- https://www.lazada.com.my/?exlaz=d_1:mm_150050845_51350203_2010350203::11:124182683!5213523803!lazada%20malaysia!e!kwd-42680897814!c!!!!356005708039!&gclid=EAIaIQobChMIofHBzLKJ7gIVTgwrCh0MRga8EAAYASAAEgJV-fD_BwE
- https://www.tngdigital.com.my/
- https://selangor.travel/baucar-pelancongan-selangor-melalui-tngo-e-wallet-lazada-malaysia/
0 Comments