Negeri Selangor Salur Insentif Khas Bersasar Secara One-Off Kepada Penggiat Industri Pelancongan
Insentif Khas Sebanyak RM 1,000 Seorang telah Disalurkan
kepada 553 Penerima
yang Layak melalui
Pelan Pemulihan Ekonomi Negeri Selangor
SHAH ALAM, 19 November 2020 - Kerajaan Negeri Selangor merupakan antara
pendahulu dalam menangani impak pandemik Covid-19 kepada rakyat Negeri Selangor
dengan pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi merangkumi dua fasa pelaksanaan,
serta Pelan Pemulihan Ekonomi Negeri Selangor, yang telah diumumkan oleh Y.A.B
Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Selangor, pada 13 Julai lalu.
Antara yang terkandung dalam Pelan Pemulihan
Ekonomi Negeri Selangor adalah Pakej Bantuan Sektor Pelancongan kepada Penggiat Industri Pelancongan
Negeri Selangor dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM 2,600,000.00.
Sebanyak RM 553,000.00
dari jumlah ini merangkumi pemberian insentif khas bersasar secara one-off
sebanyak RM 1,000 seorang, di mana. Kerajaan Negeri Selangor pada Khamis telah
secara rasmi mengagihkan insentif khas ini kepada seramai 553 orang penerima
merangkumi 486 pemandu pelancong berlesen dan berdaftar dengan Selangor Tourist Guide Association (SGTA), 16 pengusaha
rumah inap atau homestay yang diperakui oleh Kementerian Pelancongan,
Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC), serta 51 Hos Komuniti Selangor.
Majlis yang hanya
dihadiri oleh wakil penerima dari SGTA, penyelaras rumah inap Negeri Selangor
dan Hos Komuniti Selangor telah disempurnakan oleh Y.B Tuan Hee Loy Sian,
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau, dan
Hal Ehwal Orang Asli Negeri Selangor.
Pelan Pemulihan Ekonomi Negeri
Selangor turut menggariskan Pakej Bantuan Sektor Pelancongan melalui penerbitan
subsidi “Baucar Pelancongan Negeri Selangor” dengan nilai bantuan peruntukan
sebanyak RM2,000,000.00.
Pakej bantuan kedua bagi pemulihan
ekonomi Negeri Selangor dalam sektor pelancongan ini sedang dikemaskini
pelaksanaannya pada peringkat akhir, dan dijangka akan dilancarkan pada
pertengahan bulan Disember tahun 2020, mengikut situasi semasa Covid-19
khususnya di Negeri Selangor.
Subsidi Baucar Pelancongan Negeri
Selangor adalah sebuah langkah seiring yang proaktif dengan pelaksanaan Kempen Promosi
Pelancongan Domestik, “Pusing Selangor Dulu” yang telah diperkenalkan oleh
pihak Tourism Selangor bagi merancakkan semula industri pelancongan Negeri yang
terjejas teruk ekoran pandemik Covid-19.
Kempen Pusing Selangor Dulu turut
memberi penekanan kepada inisiatif promosi serba mampan dengan melibatkan
usahasama dengan penggiat industri pelancongan seperti pihak Hotel, Agensi Pelancongan,
Media dan Syarikat Penerbangan bagi mempromosikan tarikan pelancongan Negeri
Selangor secara lebih meluas, termasuk pakej pelancongan bersepadu merangkumi 9
Daerah dan 12 PBT di Negeri ini.
Adalah menjadi harapan Kerajaan Negeri dan Tourism Selangor agar tawaran insentif dan inisiatif promosi yang dijalankan dapat membantu penggiat industri pelancongan yang terkesan. Hal ini kerana, sektor pelancongan domestik dilihat mempunyai potensi yang besar untuk dikembangkan dan diberi penekanan ke arah mengukuhkan ekonomi kendiri bagi penggiat industri pelancongan, seterusnya memacu pertumbuhan ekonomi Negeri Selangor.
Dari kiri, Encik Azrul Shah Mohamad, Pengurus Besar Tourim Selangor, Y.B Tuan Hee Loy Sian, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau, dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Selangor dan Encik Mohd Faiz Bin Abu Bakar, Penolong Pengarah (Sub- Seksyen Pelancongan, UPEN – Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan, Negeri Selangor
Penyerahan mock-up cheque kepada Encik Perremal Maruthamuthu, Pengerusi Persatuan Pemandu Pelancong Selangor (STGA) mewakili 486 ahli STGA
Penyerahan mock-up cheque kepada Encik Haji Basir Bin Wasiman, Penyelaras Homestay Banghuris, Sepang merangkap Pengerusi Persatuan Homestay Negeri Selangor
Y.B Tuan Hee Loy Sian menyerahkan mock up cheque kepada graduan Hos Komuniti Selangor tahun 2018, Encik Tee Chee Yang dan graduan tahun 2019, Encik Afzal Bin Azhari
Y.B Tuan Hee Loy Sian bersama wakil penerima bagi insentif khas bersasar sempena Pelan Pemulihan Ekonomi Negeri Selangor bagi sektor pelancongan
Untuk
informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel
Tentang Tourism Selangor
Tourism
Selangor adalah cabang pelancongan Kerajaan Negeri yang ditubuhkan untuk meningkatkan
bilangan pelancong tempatan dan antarabangsa ke Negeri Selangor dengan
membangunkan keindahan dan keunikan tersendiri Negeri. Banyak inisiatif telah
diambil untuk mencapai matlamat ini seperti menganjurkan kempen di peringkat
domestik dan antarabangsa, mengadakan misi perdagangan pelancongan yang
dilakukan di luar negara, melancarkan misi jelajah dan kembara, dan banyak
lagi.
0 Comments