Isu semasa yang melanda negara telah menghalang pergerakan masyarakat untuk keluar dari rumah. Walaubagaimanapun, dengan kuasa internet dan teknologi pada hari ini, orang ramai boleh membeli makanan hanya dengan menekan butang dihujung jari! Sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, kami telah menyenaraikan restoran dan kafe yang menyediakan perkhidmatan penghantaran dan pembungkusan atau takeaway yang pasti dapat memudahkan hidup anda.
Sarapan
pagi
1) Strangers at 47
Tidak tahu apa untuk di makan pada pagi hari? Kini,
anda boleh dapatkan makanan sarapan yang enak di Strangers at 47. Terletak di
Petaling Jaya, kafe ini menawarkan pelbagai set menu makanan yang terdiri
daripada Rice box, Pasta box, ayam panggang dan lempeng yang sudah pasti
akan memuaskan hati anda! Terdapat juga menu khas bagi yang inginkan takeaway selama tempoh PKP di mana anda boleh
membuat pesanan melalui WhatsApp sahaja!
2) Third Letter, Bukit Jelutong
Bagi
yang ingin mendapatkan menu terbaik untuk sarapan lewat pagi, The Third Letter
adalah tempatnya! Antara menu utama mereka adalah Beef Bacon Egg Carbonara,
Belacan Seafood Olio dan TTL Lamb pasta yang sangat lazat! Kafe ini turut menyediakan
perkhidmatan penghantaran dan takeaway di mana anda boleh membuat
pesanan melalui laman web rasmi mereka. Selain itu, kafe ini sangat mudah
dicari kerana ianya terletak bertentangan dengan ibu pejabat Jabatan Bomba dan
Penyelamat Negeri Selangor.
3) The Foxhole Bakery Café, Subang Jaya
Sekiranya anda sedang mencari makanan sihat untuk
memulakan hari anda, The Foxhole Bakery Café adalah pilihan terbaik! Jika anda
sedang mengamalkan diet yang sihat, anda boleh mencuba menu terkenal mereka iaitu Gym Junkie Brekkie yang berkalori
rendah! Anda juga boleh mencuba menu lain yang boleh didapati di laman web
rasmi kedai ini. Menariknya ialah anda boleh mendapatkan potongan sebanyak 15% sekiranya
anda menggunakan kaedah takeaway. Bukankah itu menajubkan?
4) Hemma Kafe
Berkeinginan untuk makan makanan Barat atau Asia di
pagi hari? Hemma Kafe yang berdekatanan dengan Sekolah Antarabangsa IDRISSI
menyediakan menu sarapan utama mereka yang dipanggil Breakfast Platter
yang terdiri daripada ham ayam, cendawan sosej yang dihidangkan dengan
croissant mini serta telur hancur, sudah pasti akan memberikan anda tenaga. Bagi
membuatkan sarapan pagi anda lebih baik, jangan lupa untuk memesan
minuman terbaik di kafe ini!
5) Fat Cat Café, Sunway GEO Avenue
Terkenal dengan menu mereka iaitu Japanese-Fusion
Rice bowl dan Ramen Goreng, Fat Cat Café dianggap sebagai tempat yang
sesuai untuk sarapan lewat pagi anda!
Selain daripada kawasan persekitarannya yang indah, makanan mereka yang sangat
lazat menjadi tarikan orang ramai. Terdapat juga Jaya Grocer yang berdekatan di
mana anda boleh membeli barangan dapur anda sambil membuat pesanan pembungkusan
makanan anda!
Makanan Tengahari
1) SevenLicious Café
Seperti nama kedainya, hidangan makanan dan minuman
oleh SevenLicious Café sudah pasti lazat! Anda boleh mendapatkan makan tengah
hari dari kafe ini dengan mencuba menu istimewa mereka seperti mee, sup dan
banyak lagi! Jika anda lebih sukakan makanan laut, jangan lupa untuk mencuba udang
goreng tepung atau udang masak pedas mereka.
2) myBurger Lab, Petaling Jaya
MyBurgerLab dikenali ramai sebagai ShakeShack dan
In-N-Out versi Malaysia. Sekiranya ini pertama kali anda ke myBurger Lab, kami cadangkan
anda untuk mencuba Beautiful Mess atau
The In-N-Out Tribute! Selain itu, mereka juga baru menambah hidangan
bernama the kaiju ke dalam menu
di laman web rasmi di mana anda boleh membuat pesanan di dalam talian atau
terus ke kedai untuk takeaway.
3) Macaroni Food & Coffee, Klang
Hiasan dalam restoran yang bergaya vintaj ini bukan sahaja dikelilingi persekitaran
yang tenang untuk makan tetapi kesemua makanan di menunya juga adalah sangat
enak. Terdapat pelbagai pilihan makanan tengahari seperti pizza, burger,
makaroni dan juga lain-lain. Juga disediakan menu kanak-kanak sekiranya anda mempunyai
anak kecik dirumah.
4) Foodsbury
Masih belum makan tengahari? Pilihan anda terhad?
Jangan bimbang, Foodsbury mempunyai segalanya yang anda perlukan! Anda boleh mencuba
Spicy Tomyam Spaghetti mereka yang dihiasi dengan Shredded
Chicken atau Salmon Fillet bagi menu makan tengah hari anda. Juga,
pastikan anda tidak terlepas menu khas mereka khusus semasa PKP ini. Anda tidak
akan menghadapi masalah untuk mencari kafe ini kerana ianya terletak
berhampiran dengan Concorde Hotel Shah Alam.
5) The View Cafe- Best Western I-City
Dikelilingi pemandangan indah, kafe ini terletak di tingkat
atas bangunan I-City Shah Alam. Selain menyediakan tempat untuk anda berjumpa dengan
kawan-kawan, kafe ini turut menyediakan pelbagai jenis pilihan makanan tempatan
mereka seperti Briyani serta pelbagai pilihan makanan barat juga!
Makanan Tradisional
1) Pinggan Puteh
Pinggan Puteh adalah gabungan kafe Insta-Worthy dan makanan tradisional
yang terbaik di Shah Alam. Sekiranya anda datang ke kafe ini, jangan lupa untuk
mencuba hidangan utama mereka iaitu Nasi Kenduri, Kuih Abuk-Abuk dan Daging
Tumbuk! Sepanjang tempoh PKP ini, anda boleh dapatkan menu khas bagi pesanan takeaway dan juga bagi perkhidmatan
penghantaran.
2) Willy Satay, Bangi
Adakah anda sedang mencari sate terbaik di Bangi? Jangan
ketinggalan untuk mencuba semua yang ada dalam menu yang ditawarkan untuk anda.
Di sini terdapat sate ayam, daging lembu dan juga babat! Willy Satay juga menawarkan
anda dengan menu mereka yang lain seperti Char Kuey Teaw dan Kuey Teaw Goreng yang
harus dicuba.
3) Gerobak Sate, Bukit Jelutong
Mustahil untuk terlepas Gerobak Sate terkenal ini dari
senarai kami! Jika dibandingkan dengan Willy Satay, Gerobak Sate tidaklah banyak
pilihan hidangan yang disediakan kerana memang secara khususnya mereka pakar
dalam pembuatan sate yang begitu enak sehingga ramai pengunjung yang juga bukan
dari Bukit Jelutong ke mari untuk menikmati hidangan mereka.
4) Kueh Café
Adakah anda berkeinginan untuk makan makanan Malaysia
yang terbaik tetapi terhalang dengan perintah kawalan pergerakan yang sedang
dilaksanakan ini?Jangan bimbang, dengan perkhidmatan penghantaran seperti
Foodpanda, GrabFood dan lain-lain, anda kini boleh memesan apa-apa yang anda
mahu tanpa perlu meninggalkan rumah! Ini adalah peluang untuk anda untuk
mencuba menu khas makanan tradisional Malaysia yang ditawarkan di Kueh Café seperti
Nasi dagang, Nasi Lemak Ayam Rempah, Roti Jala dan banyak lagi!
5) Bak Kut Teh Klang Yip Weng, Puchong
Bagi mereka yang tidak tahu, Bak Kut Teh ialah makanan
tradisional orang Cina iaitu tulang rusuk daging khinzir yang dimasak di dalam
sup herba. Terdapat banyak restoran Cina yang menjual Bak Kut Teh tetapi Bak
Kut Teh Klang Yip Weng di Puchong sudahpun menempah namanya sebagai restoran
yang menghidagkan Bak Tuk Keh terenak di Selangor dengan menu utama mereka
iaitu Bak Kut Teh Sup dan Bak Kut Teh Kering. Jika anda ingin merasai Bak Kut Teh
yang terbaik ni negeri ini, jangan lupa untuk mengunjung ke restoran ini!
Kedai kopi dan pencuci mulut
1) Cake Jalan Tiung
Bukankah kita semua memerlukan sedikit kemanisan untuk
menceriakan kehidupan seharian? Di Cake Jalan Tiung, mereka menawarkan kek yang
unik dan pelbagai perisa untuk dipadankan dengan dan kopi yang sangat lazat
sehingga membuatkan anda mahukannya lagi! Dengan adanya PKP, Cake Jalan Tiung telah
menyediakan menu khas bagi anda memilih hidangan anda untuk dibungkus untuk dibawa
pulang atau dengan penghantaran terus ke rumah.
2) Bert’s
Mari cuba Meringue Sundae Dessert yang terkenal dari
Bert’s Café di mana ianya sudah pasti akan memenuhi keinginan anda! Tidak
terlepas dari senarai, Bert’s Café memberikan anda kopi dan pencuci mulut yang
terbaik dari menu! Persekitaran kafe yang turut memberikan suasana santai adalah
sangat sesuai untuk anda membawa rakan-rakan atau orang tersayang anda.
3) Bukku Café
Berlokasi di Klang, Bukku Café adalah tempat terbaik untuk
bersantai sambil menikmati secawan kopi. Kafe ini turut memberikan anda
keselesaan yang membuatkan anda berasa seperti betul-betul berada di rumah.
Kafe ini juga menawarkan Almond Tiramisu Cake dan Burnt Cheesecake yang kian
menjadi kegilaan ramai!
4) Wild Sheep Home, Petaling Jaya
Wild Sheep Home dapat dikesan dengan mudah kerana ianya terletak berhampiran dengan Pasar Tani. Anda boleh singgah ke kafe ini dan mencuba minuman kopi dan pencuci mulut yang mereka tawarkan yang lain daripada yang lain! Juga, jangan lepaskan peluang anda untuk mencuba menu khas yang baru iaitu Happy Pack atau Pek Gembira di mana anda akan mendapat kopi dan ais krim secara percuma. Untuk pengetahuan anda, pakej ini akan disediakan sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan. Pengambilan tempahan makanan anda boleh dibuat dari jam 11am.
Jadi, apa yang anda nantikan? Rebutilah peluang untuk
mendapatkan Happy Pack ini!
5) Brew and Bread, Kota Kemuning
Brew and Bread Café yang kini telah berada di dalam industri
perniagaan selama 9 tahun sudah memenangi beberapa anugerah di mana salah satu
daripadanya ialah Coffee World Cup Review. Hidangan utama mereka iaitu Ayam
pongteh, Hot bunny Crab Pasta dan banyak lagi menjadi identiti kafe ini! Jika
anda merancang untuk membeli apa-apa dari kafe ini sama ada untuk di bawa
pulang atau pesanan melalui talian, pastikan anda tidak lupa untuk memesan kopi
dan kek mereka!
Disebabkan perintah kawalan pergerakan yang kini
diamalkan, ramai orang menghadapi masalah untuk mencari kedai makan yang menyediakan
perkhidmatan penghantaran dan takeaway. Oleh itu, senarai di atas adalah
sebahagian daripada restoran dan kafe di Selangor yang dapat membantu anda.
Namakan sahaja, dari menu sarapan pagi sehingga kopi dan pencuci mulut,
semuanya ada. Harap-harap ianya dapat membantu anda!
Tentang Tourism
Selangor
Tourism Selangor adalah cabang pelancongan Kerajaan Negeri yang ditubuhkan untuk meningkatkan bilangan pelancong tempatan dan antarabangsa ke Negeri Selangor dengan membangunkan keindahan dan keunikan tersendiri Negeri. Banyak inisiatif telah diambil untuk mencapai matlamat ini seperti menganjurkan kempen di peringkat domestik dan antarabangsa, mengadakan misi perdagangan pelancongan yang dilakukan di luar negara, melancarkan misi jelajah dan kembara, dan banyak lagi.
0 Comments