Ini rumah kita
Yang terbina
Dengan sejuta tekad
Dengan selaut keringat
Rumah ini rumah berkat
Rumah sejuta rahmat
Tanah ini tanah keramat
Tanah sejuta nikmat
Rumah ini jangan sampai dimakan anai-anai
Tanah ini jangan sampai terjual tergadai
Oleh warisan muda
Yang mudah dicacai
Kerana rumah ini
Adalah pusaka bangsa
Dan maruah bahasa
Menegakkan ketuanan Negara!
Hasil nukilan,
Sofia Naznim
0 Comments