bahasa ,

Puisi Kelip-kelip

Friday, May 05, 2017 Sofia Naznim 0 Comments


Cinta yang datang padaku kini
Bukan hanya sekadar datang dan pergi
Malah ia tetap menghantui
Di dalam minda dan sanubari
*
Selamat malam putera yang akan beradu
Kerana kau senantiasa menunggu
Kedatanganku di alam mimpimu
Kerana aku puteri bidadari impianmu
*
Kerdipan kudus di persada iman
Tipis jiwanya mekar amalnya
Terseksa rohani meratapi diri
Demikianlah jasad meniti hari

Hasil Nukilan,
Sofia Naznim

You Might Also Like

0 comments :