bangsa ,

Teratak Bangsa

Sunday, August 14, 2016 Sofia Naznim 0 Comments



Ini rumah kita
Yang terbina
Dengan sejuta tekad
Dengan selaut keringat
Dengan segunung semangat

Rumah ini rumah berkat
Rumah sejuta rahmat
Tanah ini tanah keramat
Tanah sejuta nikmat

Rumah ini jangan sampai dimakan anai-anai
Tanah ini jangan sampai terjual tergadai
Oleh warisan muda
Yang mudah dicacai
Kerana rumah ini
Adalah pusaka bangsa
Dan maruah bahasa
Menegakkan ketuanan Negara!

Hasil nukilan,
Sofia Naznim

You Might Also Like

0 comments :