bahasa ,

Munsee, Meowmu Tetap di Hati

Tuesday, April 14, 2015 Sofia Naznim 0 Comments


Kau comel
Kau tampan
Kau baik hati
Menambat segenap kalbu
Meragakan kasih dan sayang
Dengan lirikan manja
Sentuhan panas terasa
Hidungmu yang basah
Watakmu yang suka mengacah
Mengembirakan hati yang lara
Melupakan segala duka nestapa
Ekormu sering digoyang suka
Mata bersinar melambangkan cinta
Tidak pernah kau tiada
Pasti kau pulang dengan pelukan di dada
Kau peneman setia
Yang melengkapkan dunia dan masa
Tiba-tiba kau pergi
Perasaan syahdu tidak terperi
Sungguh sunyi tanpa kau di sisi
Meow yang menawan hati
Egomu yang mencuit hati
Pasti sangat dirindui
Kau tidak akan dilupai
Kaulah keluarga kami
Semoga Allah membalas budimu
Di syurga abadi
Dia lebih menyayangimu
Cintamu kekal terpatri
Kepada yang menzalimi
Allah pasti membalas kelak
Bawalah bertaubat sebelum dihakimi
Kalau tidak di dunia, di akhirat nanti balasan pasti tidak dapat dielak!

Puisi buat kucing tercinta yang pergi menghadap Pencipta, Munsee. 

Semoga kau tenang dan bahagia di syurga-Nya.

Karya Sofia Naznim

 

You Might Also Like

0 comments :