2015 ,

Selamat Menyambut Tahun 2015♥

Wednesday, December 31, 2014 Sofia Naznim 0 Comments


Saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada para pembaca yang dikasihi sekalian. Semoga tahun baru ini akan menjadi tahun yang lebih baik dari tahun-tahun yang lalu. Jadikan tahun yang lalu sebagai pengajaran dan teladan. Semoga kita dapat menjadi insan yang lebih baik daripada sebelum ini. Semoga anda berbahagia di samping yang tercinta bersama keluarga dan teman-teman setia. Semoga kita semua di bawah lindungan Allah. 

Saya berharap agar Persada Perkahwinan dapat memberi anda info-info yang diperlukan oleh anda pada tahun 2015. Semoga apa yang telah dipersembahkan dalam tempoh sebulan ini oleh Persada Perkahwinan dapat serba sedikit membantu pasangan yang ingin melayari bahtera perkahwinan.

Marilah kita sama-sama doakan yang terbaik kepada Pantai Timur yang sedang dilanda banjir. Bersabarlah dan semoga semuanya akan pulih hendak-Nya. Tidak lupa juga kepada keluarga-keluarga QZ8501 serta mereka yang telah maut dalam kemalangan tersebut. Semoga roh mereka dirahmati oleh-Nya.

Bersederhanalah kita pada Tahun Baru ini dan ingatlah pada mereka yang dalam kesusahan.

Semoga Tahun 2015 akan menjadi Tahun yang baik bagi kita semua dan juga bagi blog Persada Perkahwinan. ♥

#Pray for Pantai Timur #Remembering QZ8501


Salam Ukhwah,
Sofia Naznim

You Might Also Like

0 comments :