berbaloi ,

Hantaran Cantik dan Terbaik!

Monday, December 08, 2014 Sofia Naznim 0 Comments


Siapa tidak suka terima hantaran cantik bukan? Kalau anda bercadang nak tempah hantaran cantik dengan deal yang baik, dengan gembiranya saya dan beberapa kawan yang lain recommend kakak Nadia atau nama popularnya Hantaran Qaseh. Kak Nad membuat tempahan hantaran untuk majlis pertunangan, pernikahan dan banyak lagi. Paling penting, dia boleh buat tempahan hantaran mengikut citarasa dan kreativiti anda mengikut pakej hebat yang ditawarkan. Usah risau, pasti good deal.

Ada pelbagai pakej menarik yang ditawarkan dan semuanya dengan harga berpatutan. Sekiranya anda penggemar bunga segar (fresh flowers), Kak Nad juga sediakan pakej tempahan hantaran dengan bunga segar. Jangan risau, bunga artificial pun ada juga.

Bagi yang menempah hantaran bunga segar dengan kak Nad jangan risau sebab bunga dia memang cantik dan fresh. Sebagai contoh, sekiranya majlis tunang atau  nikah anda adalah esok, sehari sebelumnya bolehlah datang mengambil hantaran bagi memastikan bunga itu betul-betul fresh. Setelah hantaran-hantaran (fresh flowers) tersebut selamat sampai di rumah, percik atau spray air ke bunga-bunga segar tersebut. Pastikan bunga-bunga tersebut mendapat pengudaraan yang baik. Disyorkan untuk meletak bunga-bunga tersebut di dalam bilik yang berhawa dingin sejuk (air-conditioning room) sehingga hari majlis.

Benda yang hidup pasti tidak akan sempurna. Jangan terlalu mengharapkan yang bunga anda akan sempurna. Fresh flowers pasti akan ada sikit kekurangannya (imperfection) kalau ia sudah 2 hingga 3 hari dicabut dan digunakan untuk dibuat hantaran. Pastikan anda betul-betul menjaganya dengan baik untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Sekiranya ada sedikit kekuningan atau kelayuan, cuba untuk menyusun sedikit yang kurang cantik itu pada sudut yang tidak ketara orang melihatnya. Pastikan tidak terlalu menggubah kerana takut hilang seri dan kecantikan asal hantaran tersebut. Sekiranya sukar, bolehlah merujuk kepada yang pakar atau yang paling senang adalah tenang, berdoa, tawakal dan jangan terlalu risau. Dengan izin Allah, semuanya akan berjalan dengan lancar dan anda pasti akan bersyukur dengan semuanya.

Fresh flowers pasti menambat hati kerana hasilnya sangat menawan kalbu. Artifial flower pula akan menjadi cantik sekiranya kualiti dan gubahannya dipilih dengan betul. Penentuannya adalah di tangan anda. Setiap orang mempunyai citarasa yang tersendiri. Bagi yang tiada masa atau lebih senang untuk orang lain menggubahnya dengan tidak mengikut citarasa sendiri, Kak Nad memang terbaik dengan pengalamannya yang cukup hebat.

Servis yang diberi oleh kak Nad pasti membuat anda senang hati kerana sifatnya yang cukup memahami, disenangi dan baik hati. Sekiranya anda memang inginkan hasil yang baik untuk tempahan hantaran anda, jangan lupa untuk menghubungi Kak Nad. Berdasarkan pengalaman dan juga feedback client yang lain, perkhidmatan dan tempahan dia memang best. Dia juga ada buat kelas bagaimana nak buat hantaran dengan bayaran yang berpatutan juga.

Semoga anda mendapat tips di mana hendak mendapat perkhidmatan tempahan hantaran cantik di samping bagaimana nak menjaga hantaran fresh flowers anda. Sebelum menjengah ke artikel lain, ini adalah beberapa contoh gubahan hantaran yang pernah dibuat oleh Kak Nad.










Anda boleh melayari laman webnya di www.hantaranqaseh.com dan like page Hantaran Qaseh & Hantaran Qasehfull di Facebook.

Bagi tempahan, hubungi kak Nadia di 012-9603206. Boleh sms dan whatsapp Kak Nad.

Kunjungi butiknya di seksyen 7 Shah Alam (dalam Kamarini Bridal Sense). Anda boleh Google atau Waze Kamarini Bridal Sense.

You Might Also Like

0 comments :