Fotografi Pengantin Baru




Salam buat pembaca saya semua!

Kenduri kahwin bakal menjelma? Tapi photographer tak jumpa lagi? Survey punya survey semuanya mahal-mahal. 

Wow! RM 2000 ada RM 3000 ada RM 4000 ke atas pun ada. Kalau Chinese punya photographer, pakej diorang akan lagi mahal. Cecah RM 8000 plus-plus tu biasalah. Tapi end result semua memang tidak dapat dinafikan kecantikannya. Super impose diorang power jugalah.

Selalunya, kebanyakan photographer ada bagi pakej-pakej menarik dari pre-wedding photoshoot sampailah post-wedding photoshoot plus album cover dari biasa-biasa punya sampai cystal, diamond (one day I supposed) dan macam-macam lagi. 

Ada juga pakej yang termasuk dengan videografi sekali. Selalunya yang bagi pakej yang ada 'cinematografi' akan lagi mahal. Cerita pasal mahal-mahal ni memang tak best unless duit memang banyak sangat or memang keinginan nak macam tu. Terpulanglah pada individu.

Roughly perkara first yang anda perlu tanya dekat diri anda dan pasangan, berapa bajet yang perlu diperuntukkan kepada bahagian fotografi dan videografi? Segelintir orang mereka tidak kisah dengan bayaran asalkan gambar diorang tip top. 

Mana taknya, bukankah perkahwinan merupakan suatu kenangan indah yang akan sentiasa dikenang sepanjang melayari bahtera rumahtangga? Bukan time dah tua je baru nak kenang-kenang tau.

Paling penting ialah kualiti betul tak? Kalau anda nak gambar cantik dengan harga yang reasonable, saya memang recommend Mr. Hendry Malindo. Dia bukanlah pemilik syarikat penerbangan Malindo Air tetapi pemilik kepada Hendri Helmi (HH PhotoArt). 

Hendry is a professional photographer with great experience, creative, friendly dan yang paling penting humble. Harga yang dia charge untuk pakej perkahwinan dan apa-apa majlis sangat reasonable. Mana nak cari kualiti begini bukan?

Saya dan suami sangat bersyukur mendapat beliau sebagai jurugambar perkahwinan kami. Beliau sangat easy-going dan senang dibawa berbincang. Tersangatlah penting untuk mendapat perkhidmatan yang terbaik selain kualiti gambar yang cantik kemudian. 

Dia juga buat pakej videografi. Memang cantik dan puas hati dengan sentuhan kreatif beliau. Saya dan suami memang bersyukur dengan kualiti gambar-gambar dan video perkahwinan kami. Terbaik (bagi kami)!

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Hendri Helmi PhotoArt, silalah layari Facebook Fanpage beliau di www.facebook.com/hhphotoart.

Untuk maklumat lanjut tentang pakej-pakej yang ditawarkan oleh Mr. Hendri, jangan segan untuk terus tanya dia di Facebook untuk booking tarikh atau call/whatsapp Hendri di 0176953039.

Di sini ingin saya kongsikan beberapa gambar yang terbaik dari HH PhotoArt. 










Selamat berbahagia kepada semua pasangan suami isteri di dunia ini! 
Kepada yang bakal berkahwin tu, semoga semuanya dipermudahkan! ❤

Post a Comment

0 Comments