Dari Blog ke Akhbar: Pena Melayu Menyatu Dunia

 


Bermula dengan hanya menulis di dalam buku peribadi, tiada siapa yang tahu. 


Kemudian, saya melakarkan penulisan sastera di dalam blog, membuka ruang untuk pembaca menikmati bait-bait karya. Dari menulis sajak hingga bersastera, Bahasa Malaysia menjadi nadi pelayaran saya, mengemudi bahtera penulisan ke seantero dunia dengan penuh makna dan jiwa.



Alhamdulillah, tahun ini saya diberi peluang untuk menyumbangkan pandangan dalam ruangan Metropolitan akhbar Majoriti 7 tentang “Perubahan Zaman dan Pengaruh Penggunaan Bahasa.” Terima kasih kepada Izwan Ramlan @izwan_ramlan atas peluang ini bersama Akbar Life Style Premium Majoriti 7 @majoriti7. 🙌🤝 Juga penghargaan kepada Tammy @hellotammylim kerana berkongsi akhbar ini dengan saya.🫰


Terima kasih yang tidak terhingga buat semua pembaca yang setia mengikuti perjalanan penulisan saya sejak dulu hingga ke hari ini. Sokongan kalian adalah inspirasi terbesar saya.💖🫶🏻


Bahasa Malaysia, atau Bahasa Melayu, bukan sekadar bahasa komunikasi. Ia adalah bahasa kebangsaan yang pernah menjadi lingua franca dari abad ke-7 hingga abad ke-19. Bahasa ini, yang mudah difahami dan indah untuk diselami, adalah khazanah warisan budaya kita.


Sebagai rakyat Malaysia, kita bertanggungjawab untuk memartabatkan bahasa ini. Seperti mana China, Perancis, Sepanyol, Rusia, dan negara-negara Arab mengangkat bahasa ibunda mereka, kita juga boleh memperkasa Bahasa Malaysia sebagai bahasa global yang dihormati.


Bahasa Malaysia sangat mudah dipelajari oleh sesiapa sahaja. Dengan pengukuhan penggunaan dan penghargaan terhadap bahasa ini, kita dapat menjadikannya lingua franca baharu dunia, sekali gus memperluaskan warisan budaya dan identiti bangsa kita ke peringkat global.


Marilah kita bersama-sama memekarkan lagi penggunaan Bahasa Malaysia dalam kehidupan seharian. Menulis, membaca, dan berkarya dalam bahasa ini bukan sahaja mengukuhkan jati diri, tetapi juga menyemarakkan semangat cinta akan negara.


InshaAllah, saya akan terus berkongsi karya-karya saya di blog untuk dinikmati bersama. Nantikan perkongsian seterusnya.🥰


Bahasa jiwa bangsa, mencorak identiti, dan melakar sejarah untuk dunia❤️




Where stories come alive - Explore editorials, news, and inspirations at www.sofianaznim.com

Follow more moments @sf_artography


Post a Comment

0 Comments