bahasa ,

Puisi Kelip-kelip

Friday, May 05, 2017 Sofia Naznim 0 Comments


Cinta yang datang padaku kini
Bukan hanya sekadar datang dan pergi
Malah ia tetap menghantui
Di dalam minda dan sanubari
*
Selamat malam putera yang akan beradu
Kerana kau senantiasa menunggu
Kedatanganku di alam mimpimu
Kerana aku puteri bidadari impianmu
*
Kerdipan kudus di persada iman
Tipis jiwanya mekar amalnya
Terseksa rohani meratapi diri
Demikianlah jasad meniti hari

Hasil Nukilan,
Sofia Naznim

0 comments :

bahasa ,

Kamu

Wednesday, May 03, 2017 Sofia Naznim 0 Comments


Perasaan yang membuahkan ketegangan
Emosi di landasan kehalusan
Gigi berketaran di penghujung keduniaan
Bibir bertemu terasa kelambaian kecintaan
Jasad, jiwa terhanyut dalam kedamaian
Indahmu ku temukan rasa keindahan
Kehangatan cinta tak kan ku lepaskan
Kita, dua sama melayan kelayangan
Layanganku hanya kau yang mampu lenyapkan
Jangan, jangan hapuskan
Hanya kau yang aku perlukan
Sampai hujung dunia aku pertahankan!

Hasil nukilan,
Sofia Naznim

0 comments :

bahasa ,

Jika Kau Lihat Ada Apa Pada Malam

Tuesday, May 02, 2017 Sofia Naznim 0 Comments


Malam
Kian sunyi menyepi
Berteman cahaya neon di sisi
Gemerincing bunyi gelang kaki kau beri
Melambang kasih setia menanti
Bertemunya kita di dalam mahligai
Tersenyum malu tersimpul dua hati
Menandakan kemanjaan yang telah terjadi
Menghapus duka membelenggu diri
Malam ini
Kita diijabkan kekasih sejati
Malam ini
Kita diijabkan suami isteri
Malam ini
Kita berdua mengikat janji
Hidup bersama itu yang dinanti
Jika kau lihat ada apa pada malam
Pasti kau lihat ada kau dan aku
Bersama memori bahagia kenangan abadi

Hasil Nukilan,
Sofia Naznim

0 comments :