art ,

Quarter Century of Love & Life

Sunday, October 30, 2016 Sofia Naznim 0 Comments

Dear luvs,


Quarter century of love and life..=)


Love,
Sofia

0 comments :

anak ,

Anak: Ada atau tiada, itu adalah sebahagian daripada pilihan, rezeki dan ketentuan

Monday, October 10, 2016 Sofia Naznim 0 Comments


Image result for anak

Sebagaimana janjiku padamu, akan ku tunaikan. Janji untuk menunaikan permintaan artikel tentang anak. Soalan berkaitan anak ini hanyalah ditujukan kepada yang sudah berkahwin. Baru kahwin, dah kahwin lama, tetap kena. Dia punya graf tanya tu akan bertukar dari tanya untuk happiness ke arah tanya untuk ‘busy body’ bila masa beransur masa. Maaf, bukan semua.

Bukan semua, bukan majoriti, tetapi sesetengah, segelintir. Berdasarkan koleksi pengalaman kenalan-kenalan mahupun sahabat handai, banyak yang kecewa dengan pertanyaan yang bermula sebagai ingin tahu tetapi ending dia penuh dengan perasaan yang kurang menyenangkan. Antara koleksi soalan-soalan yang gemar ditanya adalah:

Baru kahwin
  • ·         “Dah ada isi belum?”
  • ·         “Dah tambah sorang lagi belum?”
  • ·         “Dah ada rezeki?”
  • ·         “Bila nak ada ‘your name’ Junior”
  • ·         “Tak sabar ni nak tengok anak you all, nanti mesti cantik, etc…”

Okay, soalan-soalan ni sangat standard dan common. Depends, some people okay with it, some people are not. Maybe lenggok tanya tu kena betul supaya bunyi tak macam emosi yang keruan sekiranya menyentuh peribadi dan privasi seseorang.

Dah lama kahwin tetapi belum menimang cahaya mata
  • ·         “Belum ada anak lagi?”
  • ·         “Bila you nak ada anak”
  • ·         “Lambatnya you nak ada anak”
  • ·         “Plan ke atau sebab tak boleh”
  • ·         “Dah pergi berubat ke?”
  • ·         “I ada kenal orang yang boleh ubat kalau tak boleh nak ada anak ni”
  • ·         “Ada anak tu best, rezeki, tak baik tunggu lama-lama”
  • ·         “Kahwin untuk ada anak, kalau tak ada anak, nanti husband cari lain”
  • ·         “Nanti kalau tak bagi anak dekat husband, husband you ok ke? You bagi ke kalau dia nak kahwin lain?”
  • ·         “Rezeki belum ada, maybe you boleh ambil anak angkat”

The list can become longer than this. Do share with me apa common questions yang orang suka tanya in the comment box below the article for knowledge sharing. ;)

Kenapa orang suka tanya soalan-soalan macam kat atas. Banyak sebab. Ada yang baik, ada yang tak berapa baik. Ada yang reti bertanya, ada yang memang fail bila nak tanya soalan sebab kurang ‘empathy’. Bukan simpati, empati. Empati adalah apabila kita cuba memahami seseorang individu dengan meletakkan diri kita di tempat dia dan cuba merasai apa yang dia rasa. Ini akan membantu kita untuk lebih menolong orang lain, bukan menjatuhkan mahupun menyusahkan orang lain.

Image result for Empathy

Masyarakat kini lebih gemar untuk menjaga tepi kain orang dengan niat untuk mengambil tahu dan bergosip, tetapi bukan untuk menolong. Tak menjadi masalah untuk bertanya, tapi tak perlu menjatuhkan maruah seseorang terutama di hadapan individu yang lain. Sebelum nak melontarkan sesuatu pertanyaan, cuba fikir dahulu, adakah ini isu sensitif?

Sekiranya ia, pastikan bertanya bila adanya privasi dan susun ayat dengan betul nak beradab. Unless, orang yang you tanya tu memang tak kisah apa pun (ada orang macam ni, gangster aka cool style). Tetapi tak bermakna gangster-gangster atau cool-cool, dia tak ada soft spot. Mustahil dia tak terasa langsung kalau asyik tanya dengan cara yang kurang menyenangkan. Manusia tetap ada hati dan perasaan. Kena cuba untuk menjaga mana yang kita mampu.

Kepada yang suka bertanya pula, jangan terlalu skeptical dan memandang perkara pada satu area sahaja. Kita harus cuba untuk memahami dengan lebih mendalam dan tahu tentang batas percakapan. Elakkan menghina, mengherdik, bercakap tentang soal rezeki dengan pasti dan membuat pihak yang ditanya itu rasa kecewa ataupun marah. Kalau kena orang yang belum nak ada anak lagi, tak apa lagi. Kalau yang tak boleh ada anak macam mana? Fikir-fikirkanlah.

Image result for anak

Malah ada juga ibu-ibu yang sedang mengandung (kebanyakannya yang mengandung anak pertama) yang terlalu menghebohkan hal anak dengan melukakan hati kawan-kawan yang tidak mempunyai anak. Ini terjadi apabila berjumpa dan sangat heboh di dunia social network. Ada yang berpada-pada, ada yang keterlaluan. Usahlah keterlaluan, lagi-lagi yang masih sedang mengandung. Ingatlah bila kita ada, ada yang tiada. Dan bila kita tiada ada yang ada. Cakap yang baik-baik, bukan yang pelik-pelik.

Kita harus ingat juga, bukannya semua orang nak ada anak serta merta, bukan semua orang bersedia untuk ada anak, bukan semua orang boleh ada anak. Bukan tiada anak itu tiada rezeki. Kadang kala tiada anak itu mungkin lebih baik untuk dia/mereka (itulah rezeki mereka).

Rezeki datang dalam pelbagai bentuk, salah satunya anak. Tetapi ada pelbagai jenis rezeki juga dikurniakan oleh Tuhan, kalau dia tidak menganugerahkan anak. Dia maha Kaya dan Mengetahui, dia tahu apa yang dia lakukan. Mungkin itu yang terbaik untuk individu tersebut dan itulah rezeki yang orang lain mampu mempersendakan tanpa memahami.

Image result for anak

Ramai yang ada anak tetapi tidak bahagia kerana pasangan tidak memahami, curang dan sebagainya. Ramai juga yang tiada anak tetapi bahagia kerana mereka saling memahami dan juga setia walaupun ada mengalami keadaan sukar dalam soal anak. Semua ada baik buruknya. Tiada yang sempurna.

Namun, kita harus berusaha untuk menjaga rumah tangga sendiri malah orang lain yang mempunyai bahtera yang sama tapi tak serupa. Jangan disebabkan mulut terlalu tidak baik, kita menyebabkan bahtera perkahwinan orang lain musnah. Elakkan dari mengumpat dan menfitnah. Setiap pasangan ada rezeki yang berbeza, jangan pernah samakan.

Bukan semua suami reti menghargai isteri yang mangandung dan melahirkan anak. Sangat menggerunkan tetapi inilah hakikat masa kini. Bukan di Negara kita sahaja, tetapi Negara lain juga sedang berleluasa. Nisbah wanita lebih banyak berbanding lelaki, ini adalah salah satu sebabnya. Selain subjek poligami yang sering ‘digalakkan’ kini dan disalahtafsir dan disalahgunakan, makin lama, makin menjadi kalau tidak memahami dan mendalami.

Image result for anak

Mencari pasangan yang baik itu sukar, kalau ada itulah antara rezeki yang terbaik. Bukan senang sahaja bersama, perit jerih itu juga yang diharungi bersama. Itulah antara rezeki perkahwinan yang sukar didapati sekarang dan kalau dimiliki, hargailah.

Biarlah orang nak tanya soalan macam mana pun dan create speculation, yang penting anda tahu hal bahtera keluaga indah anda dan layarilah dengan kekuatan dan kesabaran. Sesetengah orang cemburu melihat kebahagiaan rumahtangga walaupun berdua. Sesungguhnya kita yang merancang, Tuhan yang tentukan, tetapi biarlah merancang dengan baik, bersama. ;)

Akhir kata, sangat normal untuk bertanya dan bersembang tetapi biar kena pada cara. Kalau kita tahu itu pilihan dia, hormatilah. Kalau kita tahu itu bukan masa buat pasangan itu, jangan dipaksa-paksa. Hiduplah bermasyarakat dengan menolong dan memahami supaya tiada hati yang dilukai. =)

Salam sayang,
Sofia


Image result for anak

Photos Credit: Google images and respected artists/photographers

0 comments :

artikel ,

Duduk dengan keluarga ke sendiri? Belum ada rumah?

Tuesday, October 04, 2016 Sofia Naznim 0 Comments



Tajuk artikel kali ni macam kenal tak? Biasa tak dengar? Kalau dah kahwin, ni memang antara soalan wajib orang akan tanya. Ini koleksi pengalaman dari kebanyakan kawan-kawan yang dah kahwin. Kalau belum kena maybe sebab orang memang dah tahu or orang tu rasa soalan tu agak private. Depends macam mana dia tanya. Ada orang bertanya niat dia baik, ada yang saja nak ambil tahu tetapi untuk mengata di belakang kita. So…nasiblah. Apa pun in the end, let them judge, we should know ourselves better.

Berbalik kepada soalan cepumas di atas, memang antara favorite questions yang orang suka tanya bila dah kahwin. Bila kita cakap duduk dengan keluarga, orang akan kata:

  • ·         ‘Kenapa tak duduk sendiri’
  • ·         ‘Suami tak ada rumah ke’
  • ·         ‘Rumah sendiri belum beli ke’
  • ·         ‘Dah kahwin ni duduk sendiri baru best’
  • ·         ‘Tak ada privacy la duduk dengan family’
  • ·         ‘Boleh ke duduk dengan mertua’
  • ·         ‘Boleh ke husband duduk dengan family perempuan’
  • ·         ‘Kalau belum ada rumah lagi, belilah rumah’
  • ·         ‘Biar sewa, tak beli pun tak apa, asalkan tak duduk dengan mak ayah’
  • ·         ‘Duduk sendiri barulah bertanggungjawab’

Siapa yang dah kahwin biasa tak dengar soalan dan statement yang macam kat atas ni? Especially kalau duduk dengan family, this is normal. Kan? Kebanyakkan statement memang tak ada insurans.

Kepada orang yang bertanya, tak salah tanya, tapi janganlah mengeluarkan statement yang menunjukkan awak ni tak memahami dan sangatlah judgemental. Cuba tanya elok-elok, ini tanya tentang rumah macam nak offer rumah, tapi diri sendiri pun rumah masih ada loan or mak ayah beli, then nak judge orang. Tak baik tau.

Kepada orang yang kena tanya, relax dan layankan je. Kalau hardcore sangat soalan-soalan atau statement dia, balas je balik dengan berhemah dan bijak.

Bukan semua orang yang tak duduk sendiri tu tak mampu. Ada yang keluarganya memerlukannya disebabkan faktor-faktor kewangan atau kesihatan. Ada yang mak ada ayah tak ada, ada yang ayah ada, mak tak ada. Ada yang tak ada adik beradik, siapa nak jaga mak ayah dia yang dah tua? Ada yang parents sakit, adik beradik lain sibuk dengan hal dunia, siapa lagi nak jaga? Ada yang memang tak mampu nak beli rumah, dia duduk la dengan keluarga dia. Rumah sekarang bukan murah, nak beli flat pun kena ada at least RM 100,000.


Jangan cakap macam-macam bila tahu orang tu tak mampu nak beli rumah, mulalah cakap, siapa suruh kahwin awal, rumah pun tak ada. Statement lain pula, rumah sendiri dah ada? Ambillah loan beli rumah cepat-cepat. Kita kenalah start invest, rumah makin lama makin mahal (siapa tak tahu). Ala murah je apartment ni compared dengan yang lain. Rumah tak payah beli mahal-mahal, asalkan ada rumah, tak menumpang dengan mak ayah.

Haiz macam-macam orang kita ni. Usahlah begitu. Senang-senang je jatuh dosa. Lagi-lagi kalau perkara tu tak benar, dibuat-buat dan kemudian disebarkan. Yang penting orang tu ada atap (bumbung) atas kepala, lindung dia dari panas terik dan hujan. Ramai lagi yang tak berbumbung, yang tu nak cakap apa pula?

Bukan semua orang bagi tahu satu dunia, aku ada rumah, rumah aku dekat alamat sekian-sekian, harga rumah aku lebih dari RM xxx,xxx, aku pakai duit gaji aku sendiri, tak duduk dengan mak ayah, barulah berdikari duduk sendiri. Best ke buat macam tu? Rasa bagus ke? Tak baik buat macam tu...

Kita sebelum nak meninggi diri, ukur betul-betul. Kalau dah ukur, mesti malu nak buat. Even kalau betul pun, ada caranya. Usahlah merendahkan dan menjatuhkan yang lain. Meskipun kita ni kaya ataupun berduit (mahupun ambil loan; sedangkan diri tu berhutang), tak perlulah berlagak. Harta patut disembunyikan bukan dihebohkan dengan cara yang memudaratkan dan membahayakan. Paling penting hati dan mulut kita ni, janganlah suka hati menilai sehingga membidas kata-kata yang kurang enak.

Kalau nak jual barang ke rumah ke, tak perlu paksa-paksa, orang tu tahu apa dia nak. Rumah bukan MLM. Guna cara yang berhemah tak perlu peril-memperli. Ingat, suatu ketika dulu, siapa yang ada rumah? Everyone start from nothing. Everyone ada dia punya pace. Everyone ada sebab kenapa dan mengapa dia lakukan something. Everyone ada usaha dan rezeki masing-masing.

Sebagai orang luar, cuba memahami dan jangan buruk sangka. Kadang-kala orang yang kita terlebih nilai dengan prasangka yang tidak baik itulah yang lebih berharta dari kita. Mungkin bukan dari segi kewangan, tapi kebaikan yang kita tak nampak. Janganlah mengherdik. Kalau rasa-rasa nak mengumpat dan menfitnah, ingatlah nanti orang yang kamu fitnah tu nak maafkan kamu ke bila sampai masanya.



Soalan berkaitan rezeki ini haruslah ditanya dengan cermat dan prihatin dengan memikirkan sensitiviti. Tanyalah dengan beradab. Kalau overly tanya tu, nak belikan rumah ke kat orang yang awak tanya tu?

Sekurang-kurangnya orang yang buat keputusan untuk duduk dengan mak ayah untuk jaga mak ayah dia itu adalah anak yang baik. Kita tak tahu mugkin dia yang bayar rumah, dia jaga makan minum mak ayah dia. Bila lagi nak berbakti kat mak ayah? Tak kan bila dah kahwin, mak ayah ditinggalkan?

Dapat pasangan yang memahami, syukur. Dapat mertua yang memahami bertambah-tambah syukurnya. Tak salah duduk bersama asalkan bahagia. Mak ayah, adik beradik juga harus pandai memberi ruang dan privasi. Kalau kedua-dua pihak bijak memberi kerjasama, tidak menjadi masalah untuk tinggal bersama, malah hubungan akan menjadi lebih akrab kerana saling menyayangi dan memahami.


Siapa yang beli rumah dengan duit sendiri tu bagus, Alhamdullilah. Tetapi tak perlu perli orang yang tak ada rumah. Bukan semua orang nak beli rumah. Kalau dia dah ada rumah buat apa nak beli. Bagi dia kalau dia tak nak invest dalam perumahan, tapi dia invest di tempat/portfolio yang lain. Betul tak? Banyak lagi cara unutuk berjaya. Salah satu adalah dengan tidak menundukkan orang lain. :) 

Apa pun kepada yang dah ada rumah sendiri, mereka pun dulu start dengan tak ada rumah. Nak membantu biar kena cara, tak perlu perli, tak perlu paksa, tak perlu meninggi diri dan kurang adab. Kadang-kadang orang yang senyap atau cakap tak ada tu orang yang ada banyak harta. 

Kesimpulannya, kita haruslah sentiasa berusaha untuk mendapat rezeki dan tawakal serta redha dengan pemberian yang Tuhan bagi. Kalau hari ni awak ada rumah, dia ada rezeki lain yang awak tak ada. Setiap orang diberi rezeki dan peluang yang berbeza. Justeru, usahlah kita terlalu cepat menilai dan bertanya tanpa adab. Fikir sebelum tanya dan cakap, jangan cepat sangat menilai tanpa memahami.



Salam ingatan.
Sofia

Pictures credit to Google images

0 comments :

blog ,

In Time: Is Time really Gold?

Monday, October 03, 2016 Sofia Naznim 0 Comments


Hey guyssss! I’m just super excited to be able to write again. No worries, nothing wrong with my hand, just my time. My timetable is super pack and I certainly need more than 24 hours a day. I feel that time is ultimately precious and I need more of them. I used to be at a stage in life where I feel ‘Why the time and day moves so slowww’. Guess when? My student days, in the class, when the teacher is mind-numbing. I supposed, the best of us felt or undergo this when we were young. If you never experienced it, it’s either you are good or your teacher is. ;P

Have you ever watched the movie In Time starred by Justin Timberlake and Amanda Seyfried? That’s how I feel all this years. That was one of the best movie I ever watched. I don’t know, but somehow I believed the scenario in the movie can occur in the future. Perhaps it can happen when I’m at the age of 120 years old~bye guys ;(.

What I have learned through time is, time is super valuable. You won’t get the same time twice. The same goes as chance and opportunity. You can’t buy time with money. You have to embrace all the time you have with love. I truly understand that it is hard to be diligent in managing time and it is common for sometimes just to stare blank or simply waste your time. Nevertheless bear in mind, do it for a purpose.


I used to think that it is a waste of time to sleep as I think that I can utilize the 8 hours of sleeping for a more productive activity. However, once I get older, I appreciated the importance of getting enough sleep as it is crucial towards a good health, your beauty sleep all that. But yeah, I still don’t get enough sleep. Not because I don’t want to but I have so many things to do. So slap me. ;P

If you have money but you don’t have time, it is pointless. But if you have time, no money, you can work on it. If you are friends with the seniors and people with many experiences, they would tell you that time is everything besides family and love. At the end of a human life, in the death bed, one of the things that we are going to regret is how we used our time and have we used it to the fullest with our loved ones.


Why I write this because no matter how busy I am, I never forget the people I loved and care so much towards me. I don’t get busy on purpose, it is truly because I am occupied with work and other important chores. I will try my best to make time for others. Sometimes I felt that I don’t have time for myself, and I wish I can do more to help others as well. Unfortunately, time is limited and you need to prioritize.

Everyday we are granted with 86,400 seconds and if you convert every seconds with a dollar, it means we will have $86,400 daily. How rich will you be? Super rich! And this wealth is called TIME. It is a bank of life that will generate $86,400 in the morning and writes off after 24 hours as loss. No overdraft can be made, no balance you can carry forward. All you can do is make the best of every single time you have and spend it wisely. Make the most what you have with people who deserved most of your time. Invest your time and get the best out of every investment in happiness, health and success. Each seconds make a difference in life. Ask yourself, are we gaining or are we losing? Again, try to make worth of every seconds. >3

I always love this quote ‘No matter how busy you are, if there is love, there is time’. Above all, do appreciate your time. Keep a timetable if you are super busy. Nothing to be ashamed, that shows you know how to manage your time. Prioritize your work and try to minimize what is less important and maximize what is more important. Always appreciate what you have. Spend every single day like today is your last day. Find time for yourself and your loved ones. Look after yourself to ensure you can look for others as well. I hope I can do more for others. I hope we can do more for all. Hopefully. 

Thanks for reading after so long. Appreciate your dedication and love. ;)


Cheers,
Sophie

Pictures credit to SF Artography and Google (EmilysQuotes.com) & (workingwomenoffaith.com)

0 comments :