Tempahan Kek Perkahwinan yang Cantik dan Sedap


Kek kahwin! Siapa tak nak kek kahwin yang cantik bukan? 
Salah satu important list dalam senarai kahwin you guys mesti kek kahwin. Kalau you guys guna khidmat wedding planner or ambil pakej kahwin, usually diorang akan recommend orang yang boleh buat cake cantik-cantik or memang dah siap ada dalam pakej.

Selalu kalau pakej mesti dah tak boleh lari, sama macam Catering untuk kenduri juga. Siapa yang nak kahwin buat semua sendiri dari A to Z, this is for you. Kalau yang ambil pakej tu tapi flexible sikit, bolehla try pertimbangkan recommendation saya untuk kek kahwin. ;D

Saya and husband semangat research kitorang tu tinggi. Macam-macam jumpa orang yang buat kek cantik-cantik ni. Tapi semua mahal sangat. Dia kira ikut tingkat. Lagi tinggi lagi mahal, lagi cantik lagi $$$. Last-last cari punya cari dan bertanya, seorang ni jugalah yang the best.


To us memang terbaik sebab skill dia buat cake hebat tapi sangat humble dia charge dan service dia bagus. Saya bagi dia gambar kek and saya tanya dia boleh buat tak sebab susah ada yang roses tu. Dia kata boleh and kitorang pergi sampai ke Selayang untuk rasa contoh kek dia. Baik orangnya.

Nama dia Kak Nurul. Bakery dia nama Sofia Bakery, sempena nama anak dia. Kebetulan sama nama dengan saya. Kami confirm booking kek hantaran nikah, sanding dan door gift semua dengan dia. Senang sebab dia boleh buat semua dan sedap. Kami punya butter cake, chocolate and red velvet, 3 tingkat sesuai dengan jumlah tetamu yang hadir. Kami pun buat simple-simple so taklah pening sangat nak melayan.

Apa pun, Sofia Bakery memang sedap, kek dia cantik and yang paling penting harga berbaloi! You guys can check out her Facebook page at https://www.facebook.com/sofiabakerymsia/?fref=ts for her cakes and call/msg/WhatsApp at 019-395 2399 kalau berminat. Dia busy sangat, so bila contact tu baik call and leave a message or WhatsApp as a reminder. Apa pun, hopefully, you guys akan rasa berbaloi dengan service dan kek dia. :)






Semoga entri ni membantu awak dan pasangan :)

Post a Comment

2 Comments

  1. I think you are doing a very good job. But you also need good Vegan foods at work

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you for reading and your kind comment

      Delete