akhir zaman ,

Pembuli akhir zaman

Monday, June 27, 2016 Sofia Naznim 0 Comments


Kau hina, dia merana
Kau tidak tahu, tapi yang lain tahu
Kau membidik kata menghancurkan nama baik
Sewenang-wenangnya yang salah itu juga kau dabik
Yang menerima percikan itu dia
Yang menerima serpihan itu keluarganya
Apa kau ingat kata itu dusta
Perangai kau bagai ahli api di sana
Merengus dosa, membidas salah
Kau lupa masih ada yang melihat dan tak akan beralah
Dunia ini masih ada timbangan
Jangan ingat semuanya terlepas tiada sesalan
Malu itu tahu
Kalau malu maaf itu perlu
Mana yang ikhlas dengan perlakuan?
Mana yang penuh dengan taubat akhir zaman?
Lakonan tidak akan bertahan
Kebenaran itu akan membelahkan
Sifatmu yang kotor bagai kerikil
Sokonganmu yang lupa pada Tuhan akan nanti dibedil.
Kalau tidak di muka bumi,
Pasti di akhirat nanti.
Usah kata tentang agama
Kamu semua buta
Tidak tahu beza kaca dengan permata
Berhentilah melakukan dosa besar
Takut nanti kelak tersasar
Bertaubatlah bagai esok nyawa akan direntap.
Jangan sampai nanti tiada apa yang nak ditatap.

Sofia Naznim

0 comments :

diskriminasi ,

Kecam Diskriminasi

Sunday, June 26, 2016 Sofia Naznim 0 Comments


Kecam ini kecam diskriminasi
Sudah langkah kedua-dua kaki
Sudah ditawar kelayakan pasti
Kau kecam kerana status isteri
Majikan ini tak berhak dipandang tinggi
Kejayaan dikecapi tak layak diwarisi
Hina kau di mata ini
Hina lagi di mata illahi
Kalau dasar meruntuhkan rezeki,
Memang akan terpalit ludah sendiri!

Sofia Naznim

0 comments :