2015 ,

Selamat Menyambut Tahun 2015♥

Wednesday, December 31, 2014 Sofia Naznim 0 Comments


Saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada para pembaca yang dikasihi sekalian. Semoga tahun baru ini akan menjadi tahun yang lebih baik dari tahun-tahun yang lalu. Jadikan tahun yang lalu sebagai pengajaran dan teladan. Semoga kita dapat menjadi insan yang lebih baik daripada sebelum ini. Semoga anda berbahagia di samping yang tercinta bersama keluarga dan teman-teman setia. Semoga kita semua di bawah lindungan Allah. 

Saya berharap agar Persada Perkahwinan dapat memberi anda info-info yang diperlukan oleh anda pada tahun 2015. Semoga apa yang telah dipersembahkan dalam tempoh sebulan ini oleh Persada Perkahwinan dapat serba sedikit membantu pasangan yang ingin melayari bahtera perkahwinan.

Marilah kita sama-sama doakan yang terbaik kepada Pantai Timur yang sedang dilanda banjir. Bersabarlah dan semoga semuanya akan pulih hendak-Nya. Tidak lupa juga kepada keluarga-keluarga QZ8501 serta mereka yang telah maut dalam kemalangan tersebut. Semoga roh mereka dirahmati oleh-Nya.

Bersederhanalah kita pada Tahun Baru ini dan ingatlah pada mereka yang dalam kesusahan.

Semoga Tahun 2015 akan menjadi Tahun yang baik bagi kita semua dan juga bagi blog Persada Perkahwinan. ♥

#Pray for Pantai Timur #Remembering QZ8501


Salam Ukhwah,
Sofia Naznim

0 comments :

2015 ,

Happy New Year 2015 ♥

Wednesday, December 31, 2014 Sofia Naznim 0 Comments


Today marks 31/12/2014 and tomorrow would be the beginning of a new year, 2015, a year of hope, love, goodness and success. That is everybody's dream to have a year full of bliss and joy. We can have it if we work hard and smart for it with His blessings. Hence, never forget the above.

I wish the best of year to my beloved readers and hopefully you wish the same to me and my family too. Have a great year with your family and loved ones. At times we will never know how our life will end up to be nevertheless it is best to live life to the fullest with virtues, hopes and dreams. 

Starting from 2015 onwards, this blog will be in dual language. The blog will be in Malay as well as in English language. If you could not follow any of these languages or any one of it, you can easily translate this blog to any language you like by clicking translate this blog at the top (below I Power Blogger logo)

I hope 2015 would be a great year for ABOL to spread knowledge and love to you!

Please be safe and smile wherever you are. Be strong and May God bless us.

#Pray for Pantai Timur #Remembering QZ8501


Warm Regards,
♥Sofia Naznim♥


Photo Credits: Original artists from Wallpapers apps

0 comments :

Greetings ,

Season's Greetings and Happy Holidays!

Wednesday, December 24, 2014 Sofia Naznim 0 Comments


Have a good time with your love ones. I wish the best of happiness to my beloved readers. 

My prayers to those who suffer a lot of pain in other parts of the world and even in my country. Be strong and hopefully things would get better.

Be safe on the road, at home, workplace and no matter where you are,
remember to be good. 

2015 is coming. Let's hope is going to be a wonderful year of greatness fills with 
virtues, love and peace. ♥ 

Have a pleasant Christmas and holiday.


♥ SNH♥

Photo Credit: Original artist from Wallpapers apps

0 comments :

ABOL ,

Happy Anniversary ABOL! ❤

Sunday, December 21, 2014 Sofia Naznim 0 Comments


Hello amazing readers! ❤

I am honoured to announced, Happy Anniversary to A Blog Of Life!

The blog has been 1 year and 3 months old and I would want to share this meaningful moment with my wonderful readers!
This blog is moving forward because of you!
Thank you Almighty for giving me the opportunity to write and keep writing.
Thank you love for your endless love, faith and support.
Thank you family and loyal friends for being there for me.
Thank you dear readers.

I know that I rarely update my blog. Nonetheless, I will try my best to update my blog entries as frequent as possible.

A rough idea on ABOL for first time readers, basically A Blog of Life is more on updates on informative articles rather than personal entries for the past one year.

The good news is I am going to rejuvenate this blog by updating more on trending news and updates, informative and awesome topics to enlighten you and hopefully you will gain something useful after reading my entries and articles. Creative writings, branding and advertorial writing, poetry, prose, haiku and more artistic and engaging contents for me to share with all of you!

May this blog will be more remarkable with your love and support. 

Thank you so much!!


With Love,
Sofia Naznim


Photo Credit: Original artist from Wallpapers apps

0 comments :

featured ,

Fotografi Pengantin Baru

Saturday, December 20, 2014 Sofia Naznim 0 Comments


Salam pembaca semua!

Kenduri kahwin bakal menjelma? Tapi photographer tak jumpa lagi? Survey punya survey semuanya mahal-mahal. Wow! RM 2000 ada RM 3000 ada RM 4000 ke atas pun ada. Kalau Chinese punya photographer, pakej diorang akan lagi mahal. Cecah RM 8000 plus-plus tu biasalah. Tapi end result semua memang tidak dapat dinafikan kecantikannya. Super impose diorang power jugalah.

Selalunya, kebanyakan photographer ada bagi pakej-pakej menarik dari pre-wedding photoshoot sampailah post-wedding photoshoot plus album cover dari biasa-biasa punya sampai cystal, diamond (one day I supposed) dan etc. Ada juga pakej yang termasuk dengan videografi sekali. Selalunya yang bagi pakej yang ada 'cinematografi' akan lagi mahal. Cerita pasal mahal-mahal ni memang tak best unless duit memang banyak sangat or memang keinginan nak macam tu. Terpulanglah pada individu.

Roughly perkara first yang anda perlu tanya dekat diri anda dan pasangan, berapa bajet yang perlu diperuntukkan kepada bahagian fotografi dan videografi? Segelintir orang mereka tidak kisah dengan bayaran asalkan gambar diorang tip top. Mana taknya, bukankah perkahwinan merupakan suatu kenangan indah yang akan sentiasa dikenang sepanjang melayari bahtera rumahtangga? Bukan time dah tua je baru nak kenang-kenang tau.

Paling penting ialah kualiti betul tak? Kalau anda nak gambar cantik dengan harga yang reasonable, saya memang recommend Mr. Hendry Malindo. Dia bukanlah pemilik syarikat penerbangan Malindo Air tetapi pemilik kepada Hendri Helmi (HH PhotoArt). He is a professional photographer with great experience, creative, friendly dan yang paling penting humble. Harga yang dia charge untuk pakej perkahwinan dan apa-apa majlis sangat reasonable. Mana nak cari kualiti begini bukan?

Saya dan suami sangat bersyukur mendapat beliau sebagai jurugambar perkahwinan kami. Beliau sangat easy-going dan senang dibawa berbincang. Tersangatlah penting untuk mendapat perkhidmatan yang terbaik selain kualiti gambar yang cantik kemudian. Dia juga buat pakej videografi. Memang cantik dan puas hati dengan sentuhan kreatif beliau. Saya dan suami memang bersyukur dengan kualiti gambar-gambar dan video perkahwinan kami. Terbaik!

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Hendri Helmi PhotoArt, silalah layari Fanpage beliau di www.facebook.com/hhphotoart.

Untuk maklumat lanjut tentang pakej-pakej yang ditawarkan oleh Mr. Hendri, jangan segan untuk terus tanya dia di Facebook untuk booking tarikh atau call/whatsapp Hendri di 0176953039.

Di sini ingin saya kongsikan beberapa gambar yang terbaik dari HH PhotoArt. 










Selamat berbahagia kepada semua pasangan suami isteri di dunia ini! 
Kepada yang bakal berkahwin tu, semoga ceria selalu okay! ❤

0 comments :

berbaloi ,

Hantaran Cantik dan Terbaik!

Monday, December 08, 2014 Sofia Naznim 0 Comments


Siapa tidak suka terima hantaran cantik bukan? Kalau anda bercadang nak tempah hantaran cantik dengan deal yang baik, dengan gembiranya saya dan beberapa kawan yang lain recommend kakak Nadia atau nama popularnya Hantaran Qaseh. Kak Nad membuat tempahan hantaran untuk majlis pertunangan, pernikahan dan banyak lagi. Paling penting, dia boleh buat tempahan hantaran mengikut citarasa dan kreativiti anda mengikut pakej hebat yang ditawarkan. Usah risau, pasti good deal.

Ada pelbagai pakej menarik yang ditawarkan dan semuanya dengan harga berpatutan. Sekiranya anda penggemar bunga segar (fresh flowers), Kak Nad juga sediakan pakej tempahan hantaran dengan bunga segar. Jangan risau, bunga artificial pun ada juga.

Bagi yang menempah hantaran bunga segar dengan kak Nad jangan risau sebab bunga dia memang cantik dan fresh. Sebagai contoh, sekiranya majlis tunang atau  nikah anda adalah esok, sehari sebelumnya bolehlah datang mengambil hantaran bagi memastikan bunga itu betul-betul fresh. Setelah hantaran-hantaran (fresh flowers) tersebut selamat sampai di rumah, percik atau spray air ke bunga-bunga segar tersebut. Pastikan bunga-bunga tersebut mendapat pengudaraan yang baik. Disyorkan untuk meletak bunga-bunga tersebut di dalam bilik yang berhawa dingin sejuk (air-conditioning room) sehingga hari majlis.

Benda yang hidup pasti tidak akan sempurna. Jangan terlalu mengharapkan yang bunga anda akan sempurna. Fresh flowers pasti akan ada sikit kekurangannya (imperfection) kalau ia sudah 2 hingga 3 hari dicabut dan digunakan untuk dibuat hantaran. Pastikan anda betul-betul menjaganya dengan baik untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Sekiranya ada sedikit kekuningan atau kelayuan, cuba untuk menyusun sedikit yang kurang cantik itu pada sudut yang tidak ketara orang melihatnya. Pastikan tidak terlalu menggubah kerana takut hilang seri dan kecantikan asal hantaran tersebut. Sekiranya sukar, bolehlah merujuk kepada yang pakar atau yang paling senang adalah tenang, berdoa, tawakal dan jangan terlalu risau. Dengan izin Allah, semuanya akan berjalan dengan lancar dan anda pasti akan bersyukur dengan semuanya.

Fresh flowers pasti menambat hati kerana hasilnya sangat menawan kalbu. Artifial flower pula akan menjadi cantik sekiranya kualiti dan gubahannya dipilih dengan betul. Penentuannya adalah di tangan anda. Setiap orang mempunyai citarasa yang tersendiri. Bagi yang tiada masa atau lebih senang untuk orang lain menggubahnya dengan tidak mengikut citarasa sendiri, Kak Nad memang terbaik dengan pengalamannya yang cukup hebat.

Servis yang diberi oleh kak Nad pasti membuat anda senang hati kerana sifatnya yang cukup memahami, disenangi dan baik hati. Sekiranya anda memang inginkan hasil yang baik untuk tempahan hantaran anda, jangan lupa untuk menghubungi Kak Nad. Berdasarkan pengalaman dan juga feedback client yang lain, perkhidmatan dan tempahan dia memang best. Dia juga ada buat kelas bagaimana nak buat hantaran dengan bayaran yang berpatutan juga.

Semoga anda mendapat tips di mana hendak mendapat perkhidmatan tempahan hantaran cantik di samping bagaimana nak menjaga hantaran fresh flowers anda. Sebelum menjengah ke artikel lain, ini adalah beberapa contoh gubahan hantaran yang pernah dibuat oleh Kak Nad.










Anda boleh melayari laman webnya di www.hantaranqaseh.com dan like page Hantaran Qaseh & Hantaran Qasehfull di Facebook.

Bagi tempahan, hubungi kak Nadia di 012-9603206. Boleh sms dan whatsapp Kak Nad.

Kunjungi butiknya di seksyen 7 Shah Alam (dalam Kamarini Bridal Sense). Anda boleh Google atau Waze Kamarini Bridal Sense.

0 comments :

GST ,

Isu Wang Hantaran

Friday, December 05, 2014 Sofia Naznim 0 Comments



Kalau mahu berbicara tentang isu hantaran, pasti boleh buat banyak pihak yang pening dan mungkin boleh menimbulkan salah faham dan lagi teruk, persengketaan. Wang hantaran memang dikenali antara isu panas bila nak berkahwin. Lagi lagi kalau semua pihak campurtangan dengan cara yang salah. 

Wahai saudara saudari sekalian, marilah kita elakkan persengketaan. Perkahwinan adalah suatu yang sangat mulia. Janganlah kita terlalu fokus pada wang hantaran dan barang hantaran, kerana yang paling penting adalah kehidupan selepas kahwin, bukan pada majlis perkahwinan itu. Macam mana nak hidup lepas kahwin lagi penting daripada hendak memuaskan hati-hati pihak yang lain. Give and take, itu lebih baik.

Wang hantaran sering menimbulkan salah faham di kalangan masyarakat kita. Kalau anda nak tahu, wang hantaran ini merupakan duit belanja yang diberikan oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan. Maksud wang hantaran juga boleh berbeza mengikut negeri, adat, dan juga cara pemikiran. Wang hantaran boleh digunakan untuk membeli barang perkahwinan, barang hantaran, barang masuk rumah, barang bilik, persiapan perkahwinan dan banyak lagi. Sekiranya ada lebih, itulah yang akan menjadi simpanan pasangan selepas berkahwin dan juga boleh digunakan untuk kecemasan. 

Sesetengah negeri dan adat, wang hantaran boleh dikira sebagai belanja hangus ertinya jumlah wang hantaran itu akan digunakan untuk pembelanjaan perkahwinan dan majlis. Ada juga yang meminta wang hantaran berdasarkan taraf pendidikan anak mereka, status sosial dan lain-lain. Yang ni common zaman sekarang, daripada menilai peribadi murni.

Ada pihak perempuan yang tidak meminta atau meletakkan harga wang hantaran, tetapi bakal suami nak bagi kerana dia mampu dan ikhlas. Paling penting dalam wang hantaran, bagi mengikut kemampuan. Pihak wanita, janganlah berlebihan. Termasuklah ibu bapa, jangan jual anak. Di sini akan tampak keikhlasan dan tanggungjawab pelbagai pihak, bukan sahaja bakal suami mahupun isteri, namun keluarga juga.

Bila nak berkahwin dan menerima anak orang, usahlah menilai status, pendidikan, pekerjaan terlalu berat seolah-olah kita ini hakim duniawi yang tidak akan dihakimi di akhirat nanti. Kalau hendak berkahwin, usahakan yang wajib, yang penting mas kahwin, kalau ada lebih, usahakan wang hantaran untuk majlis kahwin. Biarlah kecil dan bersederhana dari mewah dan membazir. Jangan terlalu terburu-buru untuk berkahwin kalau tidak bersedia bertanggungjawab selain berkemampuan kerana jodoh tidak akan ke mana kalau dia benar-benar milik kamu. Yang penting kena sentiasa berusaha yang terbaik mampu dan berkahwinlah kalau itu yang melengkapkan kamu.

Ibu bapa yang meminta atau mencadangkan anak untuk berkahwin, sokonglah anak itu kerana anda yang mula memberikan idea, impian dan harapan kepada si anak. Janganlah sokong di awal jalan, di tengah jalan mula meragui dan membinasakan harapan anak. Perkahwinan adalah penyatuan dua jiwa menjadi satu. Sangat suci kalau kita melihatnya secara suci. Patah satu, punah lagi yang satu itu. Bagi adik beradik, bersatulah dengan kedua-dua pihak yang bakal berkahwin. Berikan sokongan padu dalam menolong untuk menyempurnakan ikatan suci itu. In Sha Allah semua akan berlangsung dengan baik.

Jangan sesekali membandingkan jumlah wang hantaran dengan keluarga Bedah, Ali, Mahmud, Kiah, jiran tetangga, adik beradik keluarga, kawan-kawan, wang hantaran bapa beri kepada mak dulu, golongan bangsawan atau artis. Ukur baju di badan sendiri dan janganlah keterlaluan. Terpulanglah kepada individu untuk memberi berapa wang hantaran. Namun, jangan sesekali membandingkan dengan individu yang lain atau masa lalu. Masa kini jauh berbeza dengan 10 atau 20 tahun yang lalu. 20 tahun dahulu wang hantaran mak RM1000 sahaja sebagai contoh, maka tidak ajaiblah kalau sekarang anak itu nak bagi mengikut kos masa kini. Ambil kira kadar inflasi 20 tahun lalu dengan masa kini. Rujuk ekonomi semasa dan The Rule of 72. Tambahan lagi untuk yang bakal berkahwin tahun 2015 ke atas, perbelanjaan pasti akan lebih tinggi dengan adanya GST Malaysia (Goods and Sevices Tax) bermula 1 April 2015 nanti. Ini adalah untuk wang hantaran yang diberi untuk menyempurnakan majlis.

Penting untuk memahami untuk tidak riak dan melampau dalam melaksanakan majlis perkahwinan supaya terbit keberkatan dalam perkahwinan. Pentingkanlah masa selepas perkahwinan terutamanya, supaya tiada terikat dengan hutang dan terpaksa ikat perut sebab tak ada duit, duit habis untuk majlis dan hantaran. Fahamkan keluarga dan dapatkan sokongan semua pihak, moga dipermudahkan urusan kalian.

Sebagai keluarga yang baik dan harmoni, sokonglah usaha murni anak dan bantulah mana yang mampu dan boleh. Jangan kita kecilkan hati anak-anak kita di saat dia mahu berkahwin. Bagi pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga, janganlah berhutang untuk berkahwin kerana ini akan menyusahkan anda di masa hadapan. Lakukan mana yang mampu. Kalau mampu adakan majlis kecil atau sekadar yang wajib, tak mengapa, keberkatan perkahwinan di sisi Allah itulah yang penting. Pihak perempuan, fahamilah pihak lelaki. Diri kita tidak boleh diukur dengan wang ringgit, janganlah keterlaluan, dan berpada-padalah serta rasional dalam menguruskan hal-hal sebelum dan selepas berkahwin. Biar susah senang bersama. 

Semoga bakal-bakal pengantin yang ingin mendirikan rumahtangga kuat menghadapi cabaran alam percintaan yang bakal disatukan dan selamat meneguhkan alam kekeluargaan dan percintaan kepada yang sudah berkahwin. ;)

Artikel ini hanyalah sekadar nukilan berdasarkan pemerhatian dan kes-kes yang sedang berlangsung di luar sana. Bersama kita mengambil iktibar dan berusaha ke arah kebaikan. 

=)

0 comments :

2014 ,

Kadar Mas Kahwin Mengikut Negeri di Malaysia

Friday, December 05, 2014 Sofia Naznim 17 Comments

Kadar Mas Kahwin Mengikut Negeri di Malaysia


Senarai kadar mahar di atas adalah dirujuk daripada JAKIM. Saya pasti bagi negeri Selangor kadar mas kahwinnya tidak berubah iaitu masih RM 300 bagi orang kebanyakan (orang biasa). Bagi negeri-negeri lain, ada yang menyatakan mas kahwin telah berubah. Yang pasti, anda boleh rujuk ke JAKIM terus untuk maklumat yang paling tepat. Sekiranya sukar atau gagal menghubungi JAKIM, anda boleh bertanya kepada penolong pendaftar nikah anda ataupun kawan-kawan satu negeri anda yang baru berkahwin.

Bagi yang tertanya-tanya mas kahwin ini apa dan bila nak bagi, di sini akan saya jelaskan serba sedikit untuk anda.

Apa itu mas kahwin?

Mas kahwin atau juga dikenali sebagai mahar merupakan pemberian wajib suami kepada isteri. Pemberian mas kahwin ini akan menjadi hak sepenuhnya isteri. Dinasihatkan agar pemberian mas kahwin ini adalah dalam bentuk tunai agar memudahkan urusan majlis yang akan dilangsungkan.

Bilakah mas kahwin harus diberi?

Mahar haruslah diberi ketika majlis akad nikah dilangsungkan tidak kira anda ingin melangsungkan majlis akad nikah anda di masjid, dewan, rumah atau di mana sahaja yang elok anda hajatkan. Mas kahwin ini sebaik-baiknya diberi dalam bentuk tunai. 

Mas kahwin ini bolehlah digubah menjadi bunga dan apa sahaja yang mudah untuk dikira kemudian oleh tok kadi (sebelum akad selalunya tok kadi akan tanya dan tengok). Bagi sesetengah daerah di negeri Selangor, ada tok kadi yang kira mas kahwin nak pastikan cukup atau tidak seperti nilai yang telah diisi di dalam borang.

Kadar mahar wajib diberi seperti yang telah ditetapkan oleh JAKIM iaitu mengikut negeri. Sekiranya anda berkahwin di Selangor, maka mas kahwinnya adalah RM 300. Ini adalah minima. Terpulang kepada anda untuk memberi lebih tapi tidaklah kurang dari yang telah ditetapkan. Ada negeri seperi Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis yang tidak menetapkan mas kahwin. 

Sebagai contoh, pasangan yang berkahwin di negeri Kelantan, mas kahwinnya boleh menjadi RM 10,000. Ada juga yang meletakkan mas kahwin mengikut tarikh mereka bersama, tarikh lahir, mengikut taraf pendidikan, pangkat, kebesaran dan sebagainya. Secara terangnya, mas kahwin yang asal di negara ini ditetapkan juga mengikut darjat, kebesaran dan sebagainya.

Maka, terpulanglah kepada suami untuk memberi seberapa nilai mas kahwin kepada isteri asalkan yang wajib itu diberikan dan dipenuhkan. Jangan keliru, mas kahwin dan hantaran adalah berbeza. Kita akan masuk ke topik hantaran di artikel yang lain.

17 comments :

2014 ,

Prosedur Perkahwinan Islam Selangor (1st step sehingga selamat menikah) =)

Wednesday, December 03, 2014 Sofia Naznim 250 Comments


Buat mereka yang beragama Islam, ini adalah prosedur wajib yang harus dijalankan bagi bergelar suami dan isteri yang sah di negara Malaysia. Sekiranya anda anak Selangor, ini adalah info khas untuk anda dan pasangan. Sekiranya anda sudah pasti dengan calon pilihan hati untuk mendirikan rumahtangga bersama, sebaik-baiknya bacalah prosedur ini bersama dia supaya sama-sama dapat memahami prosedur ini agar urusan dapat dijalankan dengan mudah.

Prosedur ini akan menjadi mudah kalau kita memahami aturannya dan melakukannya mengikut tatacaranya. Asasnya ia dipanggil sebagai prosedur, maka eloklah kita lakukannya mengikut langkah seperti yang telah disarankan.

Prosedur Permohonan Nikah Selangor 2014-2015

Bakal Pengantin Lelaki

Step 1

Masuk ke laman sesawang ncr.jais.gov.my. Pastikan anda dan pasangan mendaftar masuk  ke Sistem NCR Online JAIS.

Muat turun Borang 2A dan cetak. (Untuk pemohon lelaki sahaja)

Isi Borang 2A tersebut dengan lengkap. Pastikan mengguna dakwat hitam/biru yang tidak basah dan isikan borang tersebut dengan menggunakan huruf besar. JANGAN tandatangan borang tersebut terlebih dahulu kerana tandatangan akan dibuat di hadapan penolong pendaftar nikah kemudian.


Step 2

Setelah selesai mengisi Borang 2A, pastikan dokumen-dokumen seperti di bawah ini sudah lengkap dan disediakan. Dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut:-

1)      Salinan kad pengenalan pemohon.
2)      Salinan kad pengenalan 2 orang saksi. (Saksi tidak perlu sama dengan saksi ketika akad nikah, saksi ini adalah untuk memastikan bahawa pemohon itu adalah bujang.)
3)     Salinan sijil kursus pra-perkahwinan. (Pastikan anda telah menghadiri kursus pra-perkahwinan dan mendapat sijil sah yang diiktiraf oleh JAIS.)
4)     Salinan keputusan ujian HIV. (Ujian saringan HIV hanya boleh dilakukan di Klinik Kerajaan sahaja. Keputusan HIV dari Klinik Swasta tidak akan diterima-pakai.)
5)   Surat pengesahan mastautin pemohon daripada penghulu/ketua kampung/nazir masjid/pengerusi JKKK/pengerusi jawatankuasa penduduk taman perumahan. (Sekiranya alamat rumah terkini pemohon bukan sama seperti di dalam kad pengenalan.) (Borang 1A-Akuan Pengesahan Permastautin)
6)      Surat perakuan cerai/kematian pasangan. (Jika pemohon duda)
7)      Surat/kad perakuan Islam dan salinannya. (Jika pemohon mualaf)
8)      Surat kelulusan dari kagat/PDRM. (Jika pemohon anggota tentera/polis)


Step 3

Setelah memastikan Step 1 dan Step 2 tadi telah selesai dijalankan, pemohon dan dua orang saksi tadi hendaklah berjumpa dengan penolong pendaftar nikah di mana pemohon bermastautin (masjid terdekat) untuk mendapatkan pengesahan dan sokongan berkahwin.

Sekiranya tiada penolong pendaftar nikah di kawasan itu atau penolong pendaftar nikah pergi bercuti, sakit dan sebagainya, pemohon boleh pergi ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).

Pemohon dan kedua-dua saksi tadi akan menandatangani borang-borang di hadapan penolong pendaftar nikah/pegawai di Pejabat Agama Islam Derah (PAID).

Pastikan penolong pendaftar nikah/pegawai di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) tersebut telah menandatangani borang borang-borang tersebut bersertakan tarikh dan cop rasmi di borang pemohon.


Step 4

Pemohon hendaklah pergi ke Pejabat Islam Daerah (PAID) (contoh di Shah Alam) di mana pemohon bermastautin untuk mendapatkan kelulusan/kebenaran berkahwin. 2 orang saksi tadi tidak perlu lagi hadir.

Kelulusan/kebenaran berkahwin ini akan diperolehi dalam masa yang sama sekiranya semua borang-borang lengkap dengan bayaran RM 10.

Permohonan nikah setelah mendapatkan kebenaran PAID hanya sah laku selama 3 bulan. Pastikan anda tidak terlalu awal atau terlalu lambat untuk membuat permohonan nikah anda berdasarkan tarikh majlis akad nikah anda. Tempoh masa yang digalakkan untuk membuat permohonan perkahwinan adalah sebulan setengah sebelum tarikh majlis akad nikah dilangsungkan.


Step 5

Surat/borang kebenaran pernikahan yang telah diluluskan tadi bolehlah beri kepada pihak perempuan.


Bakal Pengantin Perempuan


Step 1

Masuk ke laman sesawang ncr.jais.gov.my. Pastikan anda dan pasangan mendaftar masuk  ke Sistem NCR Online JAIS. (Ingatkan bakal suami anda sekiranya dia belum mendaftar)

Muat turun dan cetak Borang 2C dan Borang 2D. (Untuk pemohon perempuan sahaja)

Isi Borang 2C dan Borang 2D tersebut dengan lengkap. Pastikan mengguna dakwat hitam/biru yang tidak basah dan isikan borang tersebut dengan menggunakan huruf besar. JANGAN tandatangan borang tersebut terlebih dahulu kerana tandatangan akan dibuat di hadapan penolong pendaftar nikah kemudian.


Step 2

Setelah selesai mengisi Borang 2C (Borang Permohonan Perempuan) dan Borang 2D (Borang Perwakilan dan Wakalah Wali), pastikan dokumen-dokumen seperti di bawah ini sudah lengkap dan disediakan. Dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut:-

1)      Salinan kad pengenalan pemohon.
2)      Salinan kad pengenalan 2 orang saksi. (Saksi tidak perlu sama dengan saksi ketika akad nikah, saksi ini adalah untuk memastikan bahawa pemohon itu adalah bujang.)
3)      Salinan sijil kursus pra-perkahwinan. (Pastikan anda telah meghadiri kursus pra-perkahwinan dan mendapat sijil sah yang diiktiraf oleh JAIS.)
4)      Salinan keputusan ujian HIV. (Ujian saringan HIV hanya boleh dilakukan di Klinik Kerajaan sahaja. Keputusan HIV dari Klinik Swasta tidak akan diterima-pakai.)
5)      Salinan borang permohonan 2C. (Jika permohonan bikah luar daerah/negeri/negara.)
6)      Surat pengesahan mastautin pemohon daripada penghulu/ketua kampung/nazir masjid/pengerusi JKKK/pengerusi jawatankuasa penduduk taman perumahan. (Sekiranya alamat rumah terkini pemohon bukan sama seperti di dalam kad pengenalan.)
7)      Surat kelulusan/kebenaran berkahwin lelaki. (Surat yang telah diluluskan kepada bakal suami di Step 5.)
8)      Surat perakuan/pengesahan/akuan sumpah nikah ibu bapa (Jika pemohon perempuan adalah anak sulung atau walinya adalah abang lelaki yang sulung.)
9)      Surat wakalah. (Jika wali tidak dapat hadir semasa akad nikah.)
10)   Surat perakuan/akuan sumpah kematian wali. (Jika bapa telah meninggal dunia.)
11)   Surat/kad perakuan Islam dan salinannya. (Jika pemohon mualaf)
12)   Surat kelulusan dari kagat/PDRM. (Jika pemohon anggota tentera/polis)
13)   Surat perakuan cerai/kematian pasangan dan salinannya. (Jika pemohon janda/balu)


Step 3

Setelah memastikan Step 1 dan Step 2 tadi telah selesai dijalankan, pemohon, wali yang sah dan dua orang saksi tadi hendaklah berjumpa dengan penolong pendaftar nikah di mana pemohon bermastautin (masjid terdekat) untuk mendapatkan pengesahan dan sokongan berkahwin. 2 orang saksi tersebut perlu mengenali wali pemohon.

Sekiranya tiada penolong pendaftar nikah di kawasan itu atau penolong pendaftar nikah pergi bercuti, sakit dan sebagainya, pemohon boleh pergi ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).

Pemohon, wali yang sah, dan kedua-dua saksi tadi akan menandatangani borang-borang di hadapan penolong pendaftar nikah/pegawai di Pejabat Agama Islam Derah (PAID).

Pastikan penolong pendaftar nikah/pegawai di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) tersebut telah menandatangani borang borang-borang tersebut bersertakan tarikh dan cop rasmi di borang pemohon.


Step 4

Pemohon hendaklah pergi ke Pejabat Islam Daerah (PAID) (contoh di Shah Alam) di mana pemohon bermastautin untuk mendapatkan kelulusan/kebenaran berkahwin. Wali dan 2 orang saksi tadi tidak perlu lagi hadir.

Kelulusan/kebenaran berkahwin ini akan diperolehi dalam masa yang sama sekiranya semua borang-borang lengkap dengan bayaran RM 10.

Surat kebenaran berkahwin yang diperoleh mestilah diserahkan kepada penolong pendaftar nikah sebelum majlis akad nikah dijalankan.

Permohonan nikah setelah mendapatkan kebenaran PAID hanya sah laku selama 3 bulan. Pastikan anda tidak terlalu awal atau terlalu lambat untuk membuat permohonan nikah anda berdasarkan tarikh majlis akad nikah anda. Tempoh masa yang digalakkan untuk membuat permohonan perkahwinan adalah sebulan setengah sebelum tarikh majlis akad nikah dilangsungkan.


Step Terakhir Bagi Pemohon Lelaki dan Perempuan

Surat perakuan nikah boleh diambil selepas 14 hari (2 minggu) dari tarikh penolong pendaftar nikah menghantar borang dan dokumen nikah ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) untuk didaftarkan.

Surat perakuan nikah boleh diambil oleh suami dan isteri sahaja (dua-dua). Pastikan anda menandatangani akuan penerimaan ketika mengambil surat tersebut.

Pastikan suami anda menandatangani ruangan ta’liq pada surat pengakuan nikah berwarna biru.


Friendly Reminder:

Pastikan anda dan tunang anda menghadiri kursus pra-perkahwinan bersama sekiranya masing-masing belum berbuat demikian. Usahlah sekadar menghadiri dan mendapatkan sijil, tetapi menghayati bersama apa yang disampaikan bagi kebaikan rumahtangga yang mendatang.

Jangan lupa untuk menjalani ujian saringan HIV di klinik kerajaan sahaja. Anda boleh juga melakukan ujian HIV bersama tunang anda dan pastikan datang seawal klinik dibuka untuk mengelakkan kekecewaan beratur panjang atau tidak dapat mengambil keputusan pada hari yang sama. Temu janji tidak dilayan sama sekali.

Sekiranya anda dan pasangan anda tinggal di daerah dan kawasan yang sama, anda berdua bolehlah menguruskan prosedur ini bersama-sama kerana ia lebih memudahkan dan menjimatkan masa serta mengeratkan rasa kasih sayang dan tanggungjawab bersama.

Semoga artikel ini sedikit sebanyak membantu anda dan pasangan. Semoga semuanya akan berjalan dengan lancar. =)

250 comments :

«Oldest   ‹Older     Newer›   Newest»
«Oldest ‹Older     Newer› Newest»

Bahagia ,

Selamat Datang ke Persada Perkahwinan!

Wednesday, December 03, 2014 Sofia Naznim 0 Comments

Salam dan Selamat Datang ke Blog Persada Perkahwinan!


Blog ini adalah untuk semua tidak kira yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan ataupun yang sudah berkahwin. Kepada bakal-bakal pengantin, mesti anda berdebar-debar menunggu saat raja sehari anda tiba dan sudah pasti banyak persiapan yang sedang dijalankan.

Usah takut usah gentar kepada yang masih belum pasti dengan bakal persiapan yang perlu ada asalkan sudah pasti dengan pilihan cinta hati anda yang bakal melayari bahtera rumahtangga bersama. Itu yang paling utama, pilihan anda kerana dialah yang akan bersama-sama melayari bahtera percintaan yang halal bersama anda tika cerah, mendung, manis dan pahit dugaan hidup.

Info-info yang terdapat di dalam blog ini adalah perkongsian ikhlas daripada penulis kepada para pembaca sekalian. Semoga bahan bacaan ini dapat membantu anda dalam mencari jawapan kepada pertanyaan tentang perkahwinan dan juga membantu bakal-bakal pengantin yang menguruskan perkahwinan mereka sendiri dengan lebih mudah dengan info-info khas yang diberi.

Akhir kata, selamat menguruskan persediaan ke alam perkahwinan dan selamat berbahagia kepada yang sudah mendirikan rumahtangga!


Yang ikhlas,
Sofia Naznim

0 comments :

Book ,

Why You Should Read This

Saturday, November 29, 2014 Sofia Naznim 0 Comments


It is very sad that most people chose the road to not read books. Frankly speaking, I spent a lot of my money to buy books and I read them to know more on the particular topics. Knowing what the author wants to deliver. From there you earn knowledge. From there you become a person who thinks over the edge.

Most people easily spent their money/savings to buy gadgets. Yes it is true that you need tech to grow but if you are not using it in the right way, it makes you narrow. Then come the excuses. Yes, human just loves to give justification. Generally, I am included because I am human. Nevertheless, give a good one.

When you have money and time but your attitude is just simply ignorant, that is when knowledge will just slip away from you time to time. You will never realize the loss until it became yours in the future. In our life, most of us read books to pass tests, exams, to fall asleep after reading it. Rarely we read books because of hobbies, to earn the knowledge and all the positive essentiality

Nonetheless, do forgive me. There are people in certain countries that read books even when I turn around my heads at the beach, subway, restaurant and literally almost most of the place. Not many in my country, city. Most of them just like entertainment, mostly like somehow I see closed to nonsense.

There are also people who read a lot but their thinking is still narrow. Why? If you meet one, ask them, and share with me.

Sorry to say this, but we need to change. Someone just has to pull the trigger and shoot the old you that forgot how to earn knowledge. Never think that you are now somewhere in a very impressive company, awesome friends, great money, good food and shelter, you forgot to search for knowledge that you must.

Last 2 years I see the cyber world as quite an awful place. Now, it is just worse. The senseless you are, the more worship you. I really hope that people can actually realize how important knowledge and readings are. I am not here to criticize any group of people, just human population including reminding myself.

In spite of that, I do admit that cyber world can be a good place if we are doing it right. Share informative and brilliant information and artwork are fantastic. Even so, do no harm to people. Do not slander, defame, ridicule and bring people down. There are certain things that should not be said in cyber world. Don't be a keyboard warrior instead be a warrior that upholds righteousness and humanity.

If you are reading this, I thank you because you are actually reading. The main purpose of this entry is not to just focus on reading books but also in general remind every individual that we should read.

Nowadays you can read many things with just a click of a button. You can easily get information from your laptop and simpler, your mobile. If you don't fancy reading books, read informative things on the internet. At least you are gaining than losing.

Update yourself. Broaden up your mind. Eventually it will get through your heart and soul.

Cheers.

Photo Credit: Original artist from Wallpapers apps

0 comments :

Asian ,

COMOS - The First Electric Vehicle in Malaysia!

Wednesday, August 20, 2014 Sofia Naznim 2 Comments

               
               Renault Twizy
Nissan Leaf

As seen in the pictures above, that would be an awesome car to drive around the neighborhood to go to work or meeting with friends. Now we can say thank you to CMS Consortium Sdn Bhd and their partners Malaysia Automotive Institute (MAI) and GreenTech Malaysia for introducing such a brilliant idea to bring this eco-friendly technology car to Malaysia.

Originally, electric vehicles (EVs) have been hitting Australian street in 2008 with various models being introduced every year around the world. It is proud to see these electric vehicles will start to roam the streets of Malaysia after their grand launching this August.


This exceptional concept called Coherent Mobility Solution (COMOS) is a car sharing service using EV fleet such as electric cars and bikes that integrated with charging station which known as EVSE and parking reservation and management system. Users are allowed to pick up or drop their EVs at any designated green parking bays within the city using COMOS mobile apps.

COMOS aims to promote sustainable green environment through emission reduction, reduction of fuel consumption and rationalization of fuel subsidy, promoting a new lifestyle of alternative mode of mobility and promote a car sharing concept thus reducing traffic congestion and promoting the utilization of public transportation.

The integration of EV ecosystem and value chain of COMOS highly supports the National Automotive Policy (NAP) by develop critical mass for the utilization of EVs.

I am truly excited with COMOS because it's remarkable to see Malaysia finally having their first ever futuristic car! This futuristic car is absolutely amazing and superb when it has the added value-environment friendly. I believed that this is a great initiative by the company to develop COMOS, first in Malaysia and Asian!

I wish the best for COMOS and may the greatness spur around the globe!


Think Electric Vehicle (EV) Think COMOS. 
Change the way we think, change the way we commute,
Improves our life in every blink, improves mother nature, that's how we contribute!

Source: www.comos.com.my
Photo Credits: Original artists from Google image

2 comments :

arcade ,

Brewball IOI Mall, E5dss Dancing & Phoenix Dart Game!

Tuesday, August 05, 2014 Sofia Naznim 0 Comments

Good news for E5dss (Dance Super Station) dancers! You can now head on to IOI Mall New Wing as the dancing machine is now ready for you to Step Up!! Straight to Brewball at 3rd floor, next to GSC and Redbox.

There are also few others arcade machines such as Initial D, Boxing, Jubeat, Basketball and one of the coolest game trending-Phoenix Dart game. This game is also a great game to train and sharpen your accuracy and persistency while loosen up your stress! At Brewball you can hangout with friends, playing pool, snooker or arcade.

Have fun!








Photo Credit: Sofia Naznim

0 comments :

Authentic Bakery ,

Tous les Jours Malaysia-The All You Want To Know!!

Tuesday, July 01, 2014 Sofia Naznim 0 Comments


Haven't heard of Tous les Jours? If never, now you have. Welcome to Tous les Jours, the French-Asian Bakery-a South Korean bakery franchise owned by CJ Foodville. This amazing Authentic Bakery is now in Malaysia. It has been in Malaysia on June 2013 and that is the first beautiful store that you can see now in Wolo Bukit Bintang, the heart of Kuala Lumpur.


Tous les Jours (TLJ) (pronounced as Too-Leh-Joo) means everyday in French (all the days). It was established in South Korea in 1997, began franchise licensing a year after that to the public. The company introduced its reputable "cafe-style bakery business model" in January 2003.

Henceforth, TLJ spread its wings to the United States an open its first store in April 2004 which now have 27 outlets in the US from west coast to east coast. Follows its successful steps in the US, TLJ spreads its business to other Asian countries such as China, Vietnam, Philippines, Cambodia, Indonesia, and Malaysia. Now, TLJ has more than 1300 outlets across 8 countries from Korea to the USA and to Malaysia.


Now TLJ has opened a few branches in Malaysia. These are the locations:-

1) Wolo Bukit Bintang, Kuala Lumpur
2) Empire Shopping Gallery (Subang)
3) Jalan Telawi 3, Bangsar Baru
If you want to indulge yourself in toothsome unique selections of breads, pastries and cakes, here is the place. They also offer delicious beverages which goes great with your bakery selections. Also do not miss out the appetizing all-day breakfast (only available at Wolo Bukit Bintang, Kuala Lumpur) which can turn you into a morning person and start taking your breakfast instantly!

It opens daily from 9 am to 11 pm. Talking about price, the quality is worth the price. Based on personal experience and others reviews, TLJ at Wolo Bukit Bintang is by far the best. It is a 2 storey-floor and the ambiance is really welcoming. Just love the smells of tempting bakery goods and one word, you will love it!
Give it a try, sure you will love it and don't forget to bring your loved ones and share the sweet moments together!

Check out more on this website: www.tlj.com.my (Malaysia) and www.tljus.com (United States)


"Indulge yourself with TLJ"


Photo Credits: Sofia Naznim & Original artists from Google image

0 comments :